Kisah Kejayaan Andre Michelin Dan Asal-Usul Maskot Putih

Sering kita lihat iklan maskot putih yang mempunyai badan berbentuk timbunan tayar yang sering mempromosikan tayar Michelin. Baru-baru ini ianya sudah menjadi trend bagi abang-abang lori untuk menggantung patung Michelin ini di lori mereka.

Tayar Michelin ini sememangnya berkualiti tinggi dan terkenal di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan tersebut, pasti ada kisah yang dilalui oleh pengasas beliau.

Jom kita baca kisah kejayaan Andre Michelin yang pastinya mampu memberi inspirasi kepada kita semua.

Latar Belakang Andre Michelin

Kredit Gambar: Michelin

Andre Michelin dilahirkan pada tahun 1853 di Clermont Ferrand, Perancis. Beliau berasal dari keluarga yang mempunyai perniagaan yang ditubuhkan oleh datuk mereka pada tahun 1832.

Perniagaan tersebut menghasilkan alat pertanian dan produk getah, termasuklah tali pinggang dan juga bola untuk kanak-kanak.

Beliau mengambil alih syarikat tersebut pada tahun 1886 dan dengan cepat mempunyai reputasi untuk inovasi dalam industri kenderaan bermotor yang semakin meningkat pada ketika itu.

Pada tahun 1889, beliau telah menghasilkan tayar yang dapat dicabut dengan mudah. Beliau telah mempatenkannya pada tahun 1891 dan pada tahun yang sama, ianya diperkenalkan semasa perlumbaan basikal dari Paris ke Brest.

Selepas itu, tayar buatan Micheiln dengan cepat telah disesuaikan untuk kenderaan bermotor sehingga ke hari ini.

Idea Pengiklanan Maskot Putih

Kredit Gambar: Marketing91

Andre Michelin dan adiknya, Edouard pernah melihat timbunan tayar dan mereka mendapat idea untuk membuat maskot yang terbuat daripada tayar sebagai salah satu cara untuk mengiklankan produk mereka.

Andre Michelin banyak membantu memperkenalkan kenderaan bermotor dan ianya banyak membantu dalam meningkatkan permintaan terhadap tayar mereka.

Penghasilan Tayar Pneumatik Kereta Api

Pada tahun 1929, beliau telah menghasilkan tayar pneumatik untuk kereta api pula. Tayar tersebut telah diuji di Perancis dan juga Britain.

Pada awal abad ke-21, syarikat ini mempunyai 68 kilang pengeluaran di 17 buah negara dan menggaji 112,000 orang pekerja.

Dunia kemudiannya telah dikejutkan dengan kehilangan pengasas Michelin ini pada tahun 1931 dan kemudiannya pada tahun 1940, Edouard pula menghembuskan nafas terakhirnya.

Tak sangka bahawa jenama Michelin yang bermula pada tahun 1889 masih lagi kekal sehingga ke hari ini.

Sumber Rujukan:

Tahukah anda bahawa saham Michelin ini didagangkan di pasaran saham Perancis dan telah naik 44% dalam masa setahun?

Kredit: Trading View

Mungkin kita tak mempunyai platform di Malaysia yang boleh beli di pasaran saham Perancis, tetapi kita boleh beli saham yang didagangkan di pasaran saham Amerika Syarikat.

Mulakan Pelaburan Saham di Wall Street

Nak cuba buat duit USD pula dalam pasaran saham? Wall Street adalah jawapannya. 

Ada yang masih kata saham-saham dekat Wall Street MAHAL

Dengan USD 250 (RM1,050), anda boleh membeli saham-saham patuh syariah PALING UNTUNG untuk suku pertama 2021 di Wall Street seperti:

  1. KOSS (USD 18.80): kenaikan 462%
  2. ICGN (USD 9.63): kenaikan 341%
  3. EYES (USD 7.42): kenaikan 282%
  4. LODE (USD 3.83): kenaikan 227%
  5. MVIS (USD 17.97): kenaikan 165%

Di Wall Street, tiada HAD (limit) keuntungan mahupun kerugian ye. Dan jangan risau, banyak saham patuh syariah yang tersenarai.

Contohnya harga saham syarikat teknologi yang melombong Bitcoin seperti Bit Digital (BTBT) naik melambung sehingga 5,382% pada awal 2021.

Cuma kena lah ingat  High Risk, High Return. Jangan sampai No Return pula. 

Segalanya MUNGKIN di Wall Street. Ciptalah peluang anda di sini.

Daftar Webinar Saham Wall Street 3.0
bersama
Tuan Mukhriz Mangsor

Tarikh : 29 & 30 Mei 2021 (2 hari)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Platform: Zoom

Dapatkan maklumat lanjut di Webinar Saham Wall Street.

Program ini tidak melibatkan dagangan dalam Forex, Option, CFD, binary dan instrumen-instrumen lain yang tidak patuh syariah.

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.