Industri Penerbangan Yang Menggunakan Tenaga Hijau Bakal Mendominasi

Pada ketika ini, selain daripada mencari jalan penyelesaian terhadap krisis pandemik dunia, negara kuasa besar dunia giat melaksanakan undang-undang bagi mengurangkan kesan perubahan iklim cuaca dunia.

Antara negara yang paling ke depan dalam mengambil berat tentang permasalahan ini adalah Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan juga China.

Negara-negara ini mengenakan undang-undang yang ketat bagi sesetengah sektor perindustrian bagi mengurangkan pencemaran udara yang menyumbang kepada perubahan iklim dunia.

Antara langkah popular diambil negara ini adalah dengan menggalakkan rakyat mereka menggunakan kenderaan elektrik dan juga menggunakan pegangkutan awam bagi bergerak ke sesuatu destinasi.

Banyak inisiatif yang diberikan kepada mereka yang menggunakan kenderaan elektrik termasuk daripada segi subsidi.

Kini kenderaan elektrik telah mendapat perhatian ramai dan kempen ke arah itu semakin berjaya menarik minat orang ramai menggunakan teknologi hijau tersebut.

Selain daripada asap yang dikeluarkan oleh kilang dan kenderaan, ramai orang terlepas pandang mengenai asap yang dikeluarkan oleh industri penerbangan komersial dan persendirian yang telah menyumbang sebanyak 2.5% asap ke atmosfera pada tahun 2018.

Pengeluaran Gas Karbon Oleh Industri Penerbangan

This image has an empty alt attribute; its file name is Industri-Penerbangan-Yang-Menggunakan-Tenaga-Hijau-Bakal-Mendominasi2-700x500.jpg
Kredit Gambar: Global Possibilities

Pengeluaran gas karbon melalui enjin kapal terbang telah menarik minat aktivis alam sekitar yang sekiranya tidak dicegah dengan betul, ia akan menyumbang kepada isu perubahan iklim dunia.

Industri penerbangan merupakan salah satu industri pengangkutan yang terbesar di dunia sebelum kedatangan Covid-19 pada tahun lepas.

Pada tahun 2018, industri penerbangan komersial dunia telah membawa seramai 4.2 bilion penumpang dan merupakan industri yang banyak mengeluarkan gas karbon ke atmosfera bumi. Para aktivis alam sekitar mula membuat kempen supaya mengurangkan jumlah penerbangan komersial bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Penyelesaian yang terbaik untuk masalah ini adalah dengan membina enjin kapal terbang yang menggunakan tenaga elektrik sama seperti yang dilakukan dalam industri automotif.

Masalah Yang Dihadapi Oleh Teknologi Hijau Dalam Penerbangan

Walaupun nampak senang di atas kertas, pembinaan enjin kapal terbang menggunakan tenaga elektrik perlu berdepan dengan beberapa kekangan.

Industri penerbangan merupakan satu industri yang sangat kompleks dan teknologi yang digunakan oleh industri ini memerlukan kajian yang lama dan menelan kos yang sangat tinggi demi keselamatan pengguna mereka.

Untuk menghasilkan enjin kapal terbang berkuasa elektrik dilihat sangat sukar kerana kekangan kuasa elektrik itu sendiri.

Kredit Gambar: Global-Aero

Bateri yang diperlukan oleh kapal terbang untuk membuat satu penerbangan juga adalah sangat besar yang boleh menambahkan berat badan kapal terbang itu sendiri berbanding dengan minyak.

Ruangan kargo yang sepatutnya digunakan untuk mengisi barang akan menjadi penuh untuk mengisi bateri kapal terbang.

Masa Hadapan Teknologi Hijau Dalam Penerbangan

Walaupun dilihat sukar, pengeluar kapal terbang terbesar di dunia iaitu Boeing dan Airbus sedang berusaha ke arah itu.

Disebabkan Covid -19 melanda dunia, kedua syarikat tersebut mempunyai lebihan masa untuk membangunkan teknologi enjin kuasa elektrik.

Setakat ini, kedua-duanya sedang membangunkan enjin yang menggunakan biodiesel di dalam kapal terbang yang terpilih dan hanya 0.1% saja yang menggunakan teknologi ini kerana kos penerbangan yang sangat mahal.

Kredit Gambar: Airbus

Industri penerbangan akan dijangka menggunakan teknologi penerbangan elektrik bermula pada tahun 2050 di mana pada waktu itu, dunia dijangka menggunakan kuasa ini sepenuhnya bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga menangani perubahan iklim dunia.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.