Kenapa Hibah Takaful Sahaja Tak Selesaikan Masalah Rumah Pusaka?

Hari ini, semakin ramai ejen takaful yang mempromosikan ‘produk’ hibah takaful daripada syarikat masing-masing sebagai cara untuk menyelesaikan masalah perebutan harta pusaka apabila berlaku kematian nanti.

Yang paling popular, ramai ejen takaful yang menawarkan plan (hibah) takaful untuk selesaikan isu dua penama di S&P rumah, khususnya buat pasangan suami isteri yang membeli rumah secara bersama.

Senario yang diandaikan adalah apabila suami atau isteri meninggal dunia, maka pasangan yang masih hidup akan menerima pampasan takaful dari syarikat takaful.

Daripada duit pampasan tersebut, ianya akan digunakan untuk membayar baki hutang rumah sekiranya masih ada dan juga menebus faraid; kepada waris lain yang menuntut bahagian faraid mereka ke atas rumah (harta pusaka) tersebut.

Persoalannya, betulkah itu penyelesaian yang paling tepat?

Saya cuba jelaskan perkara ini melalui sebuah analogi.

Analisis Situasi Pasangan Suami Isteri Yang Membeli Rumah Bersama (Dua Nama Dalam S&P Agreement)

Setelah 4 tahun berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kamal dan Syuhada berhasrat membeli rumah yang lebih selesa untuk keluarga kecil mereka di Semenyih, Selangor. Sebelum itu mereka hanya menyewa.

Harga rumah adalah RM400,000.

Semasa proses pembelian, mereka membuat join loan serta joined SNP (dua nama dalam SNP) kerana beranggapan jika salah seorang daripada mereka meninggal dunia, pasangan yang masih hidup akan mewarisi rumah tersebut secara automatik.

Sebenarnya anggapan tersebut adalah salah!

Kenapa salah?

Ini kerana disebabkan di dalam S&P terdapat dua nama; Kamal dan Syuhada, maka rumah tersebut secara asasnya mempunyai dua pemilik.

Untuk lebih mudah faham,

  • Kamal memiliki 50% nilai semasa rumah
  • Syuhada pula memiliki 50% nilai semasa rumah

Berapa sahaja nilai semasa rumah tersebut, setiap seorang daripada mereka mempunyai hanya ½ sahaja daripadanya.

Nak dijadikan cerita, selepas setahun rumah dibeli, Kamal meninggal dunia kerana kemalangan. Seterusnya apa yang berlaku?

1. 50% loan rumah sudah selesai kerana pinjaman perumahan Kamal dilindungi oleh Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), jadi bank akan melunaskan hutang rumah bahagian Kamal.

2 Syuhada hanya perlu membayar baki hutang bahagiannya sahaja kepada bank.

3. 50% permilikan bahagian Kamal menjadi harta pusaka. Bahagian Kamal perlu diagih mengikut faraid,walaupun rumah tersebut masih ada nama isterinya dan isteri masih duduk dalamnya. Bahkan isteri juga masih membayar pinjaman perumahan setiap bulan.

4. Siapa waris faraid Kamal dan berapa bahagian mereka? Ibu bapa Kamal masih hidup.

  •  Ayah, 16.67% = RM33,340
  •  Ibu, 16.67%    = RM33,340
  •  Isteri, 12.50% = RM25,000
  •  Anak lelaki, 54.17% = RM108,339

*Andaian nilai semasa rumah tersebut semasa Kamal meninggal dunia kekal RM400,000. Jadi bahagian Kamal yang perlu difaraidkan adalah RM200,000, 50% daripada nilai rumah.

Beberapa andaian senario berkaitan proses pengagihan harta pusaka Kamal.

1. Senario pertama

Ibubapa Kamal melepaskan hak faraid mereka. Maka si balu dan anak akan mendapat pemilikan penuh ke atas rumah tersebut. Jika ini yang berlaku maka tiada masalah yang timbul.

2. Senario kedua

Si ibu dan ayah ingin tebus hak faraid, mereka hanya mahukan wang tunai dari nilai bahagian faraid yang sepatutnya mereka terima. Ini bermakna si isteri perlu membayar RM66,680 kepada mertuanya sebelum mereka melepaskan hak faraid.

Di sinilah selalunya ejen takaful memberikan gambaran bahawa dengan pampasan takaful yang diterima oleh isteri, dia boleh membayar kepada waris yang nak bahagian mereka atau istilahnya tebus faraid.

3. Senario ketiga

Si ibu dan ayah tidak mahu wang, mereka mahu nama mereka masuk dalam geran. Ini lagi bermasalah. Lebih banyak nama dalam pemilikan sesebuah rumah, semakin rumit urusan pentadbirannya.

Kenapa Pelan Pampasan Hibah Takaful Bukan Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Ini?

Kita ambil contoh kes Kamal dan Syuhada.

Kamal mengambil polisi Takaful bernilai RM200,000 semasa hayatnya, dengan harapan, jika dia meninggal dunia, isteri boleh gunakan pampasan tersebut untuk tebus faraid dan bayar baki hutang.

Berbeza dengan analogi sebelum ini, Kamal meninggal dunia bukan setahun selepas beli rumah, tetapi lepas 10 tahun. Maka kita boleh andaikan nilai semasa rumah tersebut pasti meningkat.

Katakanlah semasa Kamal meninggal dunia, nilai rumahnya RM800,000. Bahagian Kamal terhadap pemilikan rumah? RM400,000.

Pampasan yang Syuhada isterinya terima? RM200,000.

Cukupkah nak bayar bahagian waris faraid lain? Cukupkah nak bayar baki pinjaman? Cukupkah nak guna untuk keperluan harian?

Disebabkan inilah, instrumen hibah takaful tidak sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah seperti ini.

Bukan saya nak kata hibah takaful tak bagus, tetapi kena betul-betul faham fungsi dan cara menggunakannya.

Bahkan hibah takaful sebenarnya satu instrumen pengurusan harta yang sangat bagus, cuma kita yang mungkin tidak tahu caranya.

Jadi, Apa Penyelesaian Terbaik Untuk Kes Seperti Ini?

Jawapan ringkas, dokumen pengisytiharan hibah rumah (hibah ruqba). Kita memberikan (hibah) hak pemilikan kita terhadap rumah yang dibeli secara bersama tersebut kepada pasangan andaikata kita meninggal dunia.

Nak buat di mana? Anda boleh dapatkan konsultasi daripada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.

Yang penting pastikan syarikat tersebut betul-betul berautoriti dan mempunyai track record yang baik dalam pengurusan hibah.

7 Kesilapan Dalam Merancang & Urus Harta

Isu harta pusaka merupakan isu yang panas sejak dari dulu lagi. Sehingga mengakibatkan sebanyak RM70 bilion harta rakyat Malaysia kena beku.

Jom kita bersama-sama Tuan Fakhrur Radzi yang merupakan seorang perunding harta pusaka Islam dalam topik ‘7 Kesilapan Dalam Merancang & Urus Harta’.

Previous ArticleNext Article
Seorang konsultan perwarisan harta Islam di sebuah syarikat amanah yang menguruskan perancangan harta dan pentadbiran pusaka secara Syariah.

Hibah Amanah ASB Memudahkan Proses Tuntutan Waris Selepas Kita Meninggal Dunia

Ramai rakyat Malaysia mempunyai simpanan dalam unit amanah ASNB, termasuk ASB. Namun, pernahkah kita terfikir bagaimana simpanan tersebut akan diuruskan apabila kita meninggal dunia?

Tanpa perancangan harta yang sesuai, waris mungkin perlu melalui proses pentadbiran pusaka sebelum harta pelaburan dapat diserahkan kepada pihak yang berhak.

Bagi pemegang unit amanah ASNB yang beragama Islam, salah satu pilihan perancangan harta yang disediakan ialah Hibah Amanah ASNB.

Apa itu Hibah Amanah?

Secara umum, hibah ialah akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain ketika masih hidup, secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan.

Dalam konteks ASNB, Hibah Amanah merupakan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan Hibah Ruqba yang diperhalusi mengikut prinsip Syariah.

Perkhidmatan ini membolehkan pemegang unit amanah membuat perancangan mengenai penyerahan unit pelaburannya kepada penerima hibah selepas kematiannya, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ASNB.

Bagaimana konsep Hibah Ruqba berfungsi?

Hibah Ruqba ialah hibah bersyarat yang menetapkan pemilikan harta berdasarkan kematian salah satu pihak.

Dalam penerangan ASNB, sekiranya pemberi hibah meninggal dunia terlebih dahulu, harta hibah akan menjadi milik penerima hibah.

Namun, jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.

Pendekatan ini digunakan dalam perkhidmatan Hibah Amanah ASNB bagi memenuhi keperluan pemegang unit amanah, termasuk keadaan penerima meninggal dunia terlebih dahulu.

Bagaimana Hibah Amanah ASNB berfungsi?

Berdasarkan penerangan ASNB, proses Hibah Amanah melibatkan beberapa langkah utama:

  1. Semasa hidup, pemberi hibah melaksanakan akad hibah, iaitu pemberian dan penerimaan harta dengan kehadiran dua orang saksi.
  2. Pemberi dan penerima hibah bersetuju melantik ASNB sebagai pemegang amanah bagi mentadbir harta selepas kematian.
  3. Selepas kematian pemberi hibah, ASNB akan mengagihkan harta hibah kepada penerima seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Hibah Amanah.

Dengan adanya perancangan ini, pemegang unit amanah boleh menetapkan penerima yang dikehendaki ketika masih hidup.

Siapa yang layak memohon Hibah Amanah?

Menurut maklumat ASNB, syarat kelayakan yang dinyatakan adalah seperti berikut:

  • Pemegang unit mestilah warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit.
  • Unit yang diambil kira tidak termasuk unit yang bercagar, unit melalui pinjaman atau unit di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.
  • Pendaftaran tertakluk kepada tabung unit amanah ASNB yang terbuka untuk pendaftaran Hibah Amanah.

Oleh itu, pemegang unit perlu menyemak sama ada dana pelaburan yang dimiliki layak untuk didaftarkan di bawah perkhidmatan ini.

Berapa Kos Hibah Amanah ASNB?

Selain syarat kelayakan, kos perkhidmatan juga merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat Hibah Amanah ASNB.

Berdasarkan jadual yuran ASNB, berikut ialah kadar yang dinyatakan:

Jenis yuranKadar
Yuran pendaftaran kali pertamaRM180
Yuran pendaftaran selanjutnyaRM90
Yuran pembatalanRM70
Yuran pindaan penerima hibah, penjaga sah, penambahan atau pengguguran tabungRM20
Yuran pentadbiranRM10 setiap tahun

Contoh pengiraan kos

Sebagai contoh, Encik Ahmad ingin mendaftarkan Hibah Amanah ASNB buat kali pertama.

Kos yang perlu diambil kira ialah:

  • Yuran pendaftaran kali pertama: RM180
  • Yuran pentadbiran tahunan: RM10

Jumlah kos pendaftaran dan pentadbiran bagi tahun pertama ialah RM190, berdasarkan kadar dalam jadual tersebut.

Pada tahun-tahun berikutnya, yuran pentadbiran ialah RM10 setahun, tertakluk kepada terma dan kadar yang berkuat kuasa.

Sekiranya Encik Ahmad ingin membuat pendaftaran selanjutnya, yuran pendaftaran yang dinyatakan ialah RM90. Jika beliau mahu membatalkan Hibah Amanah, yuran pembatalan pula ialah RM70.

Bagi perubahan tertentu, seperti pindaan penerima hibah, penjaga sah, penambahan atau pengguguran tabung, yuran yang dinyatakan ialah RM20.

Kesimpulannya, kos Hibah Amanah ASNB bukan sekadar RM180. Terdapat juga yuran pentadbiran tahunan serta caj tertentu bagi pendaftaran selanjutnya, pembatalan atau pindaan, bergantung pada perkhidmatan yang digunakan.

Berapa Yuran Tuntutan Hibah Amanah ASNB?

Selain yuran pendaftaran dan pentadbiran, penerima hibah perlu mengambil kira yuran tuntutan berdasarkan jumlah baki pelaburan yang dituntut.

Menurut jadual yuran ASNB, kadar tuntutan adalah seperti berikut:

Baki pelaburanKadar yuran tuntutan
RM25,000 yang pertama1.50%
RM225,000 yang berikutnya1.00%
RM250,000 yang berikutnya0.50%
RM500,000 yang berikutnya0.25%
Baki selebihnya0.10%

Kadar ini dikenakan secara berperingkat mengikut jumlah baki pelaburan, bukannya satu kadar yang sama untuk keseluruhan nilai tuntutan.

Contoh pengiraan yuran tuntutan

Sebagai contoh, katakan Encik Ahmad mempunyai baki pelaburan sebanyak RM300,000 di bawah Hibah Amanah ASNB. Selepas kematiannya, penerima hibah membuat tuntutan terhadap keseluruhan baki tersebut.

Pengiraan yuran tuntutan adalah seperti berikut:

Baki pelaburanPengiraanYuran
RM25,000 pertamaRM25,000 × 1.50%RM375
RM225,000 berikutnyaRM225,000 × 1.00%RM2,250
RM50,000 berikutnyaRM50,000 × 0.50%RM250
JumlahRM2,875

Berdasarkan kadar dalam jadual tersebut, jumlah yuran tuntutan bagi baki pelaburan RM300,000 ialah RM2,875.

Dengan itu, penerima hibah perlu memahami bahawa selain kos pendaftaran, terdapat juga yuran tuntutan yang bergantung pada nilai pelaburan.

Jumlah sebenar yang dikenakan hendaklah dirujuk kepada pengiraan dan terma ASNB yang berkuat kuasa pada masa tuntutan dibuat.

Berapa lama proses tuntutan Hibah Amanah?

Ini merupakan salah satu maklumat penting yang perlu diperbetulkan daripada artikel lama.

ASNB memaparkan perbandingan proses tuntutan seperti berikut:

KaedahTempoh yang dipaparkan
Hibah Amanah21 hari*
Wasiat18 bulan
Tidak membuat perancangan harta3 tahun

*Tempoh 21 hari bagi Hibah Amanah adalah untuk pindahan unit sahaja.

Maksudnya, angka 21 hari tidak wajar ditulis sebagai jaminan bahawa keseluruhan proses tuntutan harta pusaka akan selesai dalam tempoh tersebut. Ia merujuk kepada pindahan unit sahaja, berdasarkan perbandingan yang dipaparkan oleh ASNB.

Perbandingan dengan harta pusaka tanpa perancangan

Bagi pemegang unit yang tidak membuat perancangan harta, waris mungkin perlu mengenal pasti dan mengumpulkan harta pusaka terlebih dahulu sebelum proses pentadbiran dapat dijalankan.

Dalam perbandingan ASNB, proses tanpa perancangan harta dianggarkan mengambil masa sehingga tiga tahun, manakala proses melalui wasiat pula dipaparkan mengambil masa sehingga 18 bulan.

Tempoh sebenar sesuatu urusan pusaka boleh bergantung pada keadaan harta, dokumen yang diperlukan, pihak pentadbir serta proses undang-undang yang berkaitan.

Hibah Amanah pula menyediakan mekanisme khusus untuk penyerahan unit kepada penerima yang telah ditetapkan, tertakluk kepada syarat dan dokumen yang diperlukan.

Berapa Kos Hibah Amanah ASNB?

Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat Hibah Amanah ialah kos pendaftaran.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan oleh ASNB, yuran pendaftaran Hibah Amanah ialah RM180.

Sebagai contoh, sekiranya Encik Ahmad ingin mendaftarkan simpanan unit amanahnya di bawah Hibah Amanah ASNB, beliau perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM180, tertakluk kepada terma dan caj yang berkuat kuasa.

Namun, perlu difahami bahawa RM180 tersebut ialah yuran pendaftaran, bukannya nilai pelaburan yang dihibahkan. Simpanan unit amanah yang hendak dihibahkan adalah berasingan daripada kos pendaftaran.

Pemegang unit disarankan menyemak dengan ASNB sama ada terdapat caj lain yang berkaitan dengan pindahan unit atau proses tuntutan selepas kematian.

Adakah Hibah Amanah sesuai untuk semua pelabur ASNB?

Tidak semestinya. Kesesuaian Hibah Amanah bergantung pada keadaan kewangan, jenis pelaburan, keperluan keluarga dan matlamat perancangan harta seseorang.

Pemegang unit yang ingin membuat perancangan harta boleh mendapatkan penjelasan terus daripada ASNB tentang:

  • Dana yang layak didaftarkan.
  • Syarat pemberi dan penerima hibah.
  • Dokumen yang diperlukan.
  • Terma Surat Ikatan Hibah Amanah.
  • Prosedur tuntutan selepas kematian.
  • Yuran dan caj semasa.

Contoh situasi:

Encik Ahmad, seorang pemegang unit amanah ASNB, mempunyai 20,000 unit pelaburan. Beliau ingin memastikan simpanan tersebut diserahkan kepada anaknya, Ali, sekiranya beliau meninggal dunia.

Semasa hidup, Encik Ahmad boleh membuat perancangan Hibah Amanah dengan menamakan Ali sebagai penerima hibah, tertakluk kepada syarat dan terma ASNB.

Sekiranya Encik Ahmad meninggal dunia terlebih dahulu, ASNB akan menguruskan penyerahan harta hibah kepada penerima seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Hibah Amanah, tertakluk kepada dokumen dan prosedur tuntutan yang ditetapkan.

Perkara penting: Hibah Amanah bukan bermaksud wang akan terus masuk ke akaun penerima secara automatik. Penerima masih perlu membuat tuntutan dan memenuhi keperluan ASNB.

Contoh 2: Bagaimana jika penerima meninggal dunia dahulu?

Contoh situasi:

Encik Ahmad menamakan anaknya, Ali, sebagai penerima Hibah Amanah. Namun, Ali meninggal dunia sebelum Encik Ahmad.

Oleh sebab perkhidmatan Hibah Amanah ASNB menggunakan pendekatan Hibah Ruqba, harta hibah tersebut akan kembali kepada pemberi hibah, iaitu Encik Ahmad, berdasarkan konsep yang diterangkan oleh ASNB.

Ini menunjukkan bahawa pemegang unit perlu memahami syarat hibah, termasuk keadaan apabila penerima meninggal dunia terlebih dahulu.

Di manakah permohonan pendaftaran Hibah Amanah boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat di seluruh cawangan ASNB dan ejen yang mengambil bahagian (bagi pendaftaran pertama sahaja).

Kesimpulan

Hibah Amanah ASNB merupakan salah satu pilihan perancangan harta bagi pemegang unit amanah ASNB yang memenuhi syarat kelayakan.

Melalui perkhidmatan ini, pemegang unit boleh membuat persediaan semasa hidup dan menetapkan penerima hibah mengikut mekanisme yang disediakan.

Namun, penting untuk memahami bahawa tempoh 21 hari yang dinyatakan ASNB adalah bagi pindahan unit sahaja, bukan semestinya tempoh keseluruhan penyelesaian tuntutan pusaka.

Perancangan harta yang lebih awal dapat membantu keluarga memahami hak dan tanggungjawab masing-masing apabila berlaku kematian. Sebelum membuat keputusan, pemegang unit disarankan merujuk maklumat rasmi ASNB serta mendapatkan nasihat daripada pihak yang berkelayakan jika diperlukan.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum mengenai Hibah Amanah ASNB dan bukan nasihat undang-undang, Syariah atau kewangan. Syarat, yuran dan prosedur adalah tertakluk kepada ketetapan ASNB yang berkuat kuasa.