22 Fakta Menarik Mengenai Warren Buffett Yang Jarang Diceritakan

Siapa yang tak kenal dengan kehebatan Warren Buffett dalam pelaburan saham. Walaupun kita sering membaca kisah tentang diri beliau dalam pelaburan, mari kita lihat fakta-fakta menarik mengenai Warren Buffett yang jarang diketahui umum.

1. Membeli Saham Pertama Ketika Berusia 11 Tahun

Dia yang terdedah dengan pasaran saham sejak berusia 7 tahun ketika berada di pejabat bapanya yang merupakan ahli kongress Amerika Syarikat. Pada usia 11 tahun, beliau telah membeli saham pertama sebanyak 5 unit yang berharga USD38 seunit menggunakan akaun kakaknya dan menjual ketika saham itu naik ke paras USD40.

Selepas dia menjual saham tersebut harga saham itu terus meningkat sehingga USD200. Dia sangat menyesal kerana menjual terlalu awal dan ia adalah pelajaran pertama Warren Buffett dalam pelaburan saham.

2. Mempunyai Simpanan Sebanyak USD53,000 Ketika Berusia 16 Tahun

Beliau yang melakukan pelbagai pekerjaan sejak berusia 6 tahun dari menjual minuman Coca-Cola sehingga mempunyai pinball machine di kedai gunting.

Jadi tidak hairanlah ketika berusia 16 tahun, beliau mempunyai wang simpanan sebanyak USD53,000.

3. Permohonan Memasuki  Harvard Business School Ditolak

Selepas berjaya menamatkan pengajian di Universiti Nebraska,dia telah memohon untuk menyambung Master di Universiti Harvard. Malangnya universiti tersebut telah menolaknya dan dia mendapat maklumat bahawa mentornya Benjamin Graham dan David Dodd telah mengajar di Universiti Columbia.

Beliau kemudiannya menulis surat untuk memasuki universiti tersebut dan berjaya menjadi pelajar Benjamin Graham. Selebihnya, semuanya kini menjadi sejarah.

4. Makan Seperti Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun

Warren Buffett gemar makan makanan segera dan minuman ringan setiap hari terutamanya McDonald’s dan Coca- Cola. Pemanis mulut pula adalah aiskrim.

Beliau berkata bahawa makanan seperti kanak-kanak berusia 6 tahun merupakan yang terbaik bagi dirinya kerana kanak-kanak di usia tersebut jarang meninggal dunia akibat makanan.

5. Tinggal Di Rumah Yang Sama Sejak Tahun 1958

Warren Buffett tinggal di rumah yang dibeli bersama dengan isterinya yang pertama. Baginya, rumah tersebut dapat memberi kegembiraan yang tidak terdapat dalam rumah agam.

Banyak kenangan yang dia perolehi yang terdapat dalam rumah tersebut yang tiada di tempat lain.

6. Bapa Mertuanya Yakin Bahawa Beliau Akan Gagal Dalam Kehidupan

Selepas berkahwin dengan Susan Thompson, bapa mertuanya memanggilnya untuk bertanyakan tentang masa depan kehidupan mereka. Warren Buffett membentangkan rancangannya untuk masa depan mereka berdua.

Selepas mendengar perancangan yang dibentangkan oleh Warren Buffett, bapa mertuanya yakin bahawa Warren Buffett akan gagal di masa hadapan.

7. Ahli Perniagaan Sanggup Membayar Berjuta Dolar Untuk Makan Tengahari Bersamanya

Setiap tahun, sebuah Yayasan Glide akan membida untuk orang ramai makan bersama dengan Warren Buffett. Bidaan tersebut akan dimasukkan ke dalam yayasan tersebut untuk membantu golongan gelandangan.

8. Walaupun kekayaan yang dimiliki oleh Warren Buffett berjumlah USD101 bilion, 94% daripada kekayan tersebut diperolehinya ketika berusia 60 tahun dan ke atas

9. Tidak Pernah Menggunakan Twitter

Waaupun mempunyai akaun Twitter, Warren Buffett tidak pernah menggunakan platform tersebut dan hanya mempunyai 9 tweet yang tidak dilakukannya yang terdapat pada akaun rasminya yang mempunyai seramai 1.25 juta pengikut.

10. Tidak Mengikuti Mana-Mana Individu Di Twitter

Tidak gemar akan teknologi, jadi tidak hairan dia tidak megikuti mana-mana tokoh dalam akaun Twitter miliknya.

11. Mempunyai 20 Pasang Suit, Tetapi Tidak Pernah Membelinya

Kesemua suit yang dipakai oleh Warren Buffett dihasilkan oleh Madam Lee. Warren Buffett pernah bercerita tentang kehabatan Madam Lee dalam perniagaan yang mana beliau bermula dengan sebuah mesin jahit dan kini menjadi seorang usahawan yang berjaya di China

12. Rajin Membaca

Tidak hairanlah mengapa Warren Buffett begitu hebat di dalam pasaran saham. Ini disebabkan hobinya yang gemar membaca sebelum membuat pembelian mana-mana syarikat melalui maklumat laporan tahunan kewangan.

Beliau membaca hampir 500 muka surat setiap hari.

13. Beri USD1 Juta Kepada Pekerja Yang Meneka Pasukan Yang Menang Dalam NCCA

Bermula dari tahun 2014, Warren Buffett berjanji kepada pekerjanya sekiranya mereka dapat meneka dengan tepat 16 pasukan yang berjaya memasuki pusungan akhir dalam kejohanan bola keranjang NCCA, beliau akan diberi ganjaran sebanyak 1 juta setiap tahun sehingga pekerja itu  meninggal dunia.

14. Menggantikan Telefon Lipatnya Dengan iPhone Pada Tahun 2020

Oleh kerana Warren Buffett tidak gemar menggunakan teknologi dalam hidupnya, segala jenis gajet ini tidak penting dalam urusan hariannya. Sebelum ini beliau pernah menunjukkan bahawa beliau hanya menggunakan telefon flip jenama Samsung.

Beliau mula menggunakan Apple semenjak menjadi salah seorang pemegang terbesar saham dalam syarikat tersebut. Setiap tahun, Tim Cook menghantar model baru iPhone untuk kegunaan Warren Buffett.

15. Membawa Kanak-Kanak Ke Dairy Queen Setiap Ahad

Setaip hari Ahad, beliau akan membawa cucunya dan kawan-kawan mereka untuk menikmati hidangan di Dairy Queen yang merupakan tempat paling digemarinya selain McDonald’s.

Berkshire Hathaway mempunyai pegangan sebanyak 7% dalam syarikat tersebut.

16. Jarang Guna Emel

Disebabkan tidak gemar dengan perkembangan teknologi, Warren Buffett sangat jarang menggunakan emel sebagai salah satu alat komunikasi alam kehidupan harian. Beliau pernah mendakwa hanya sekali sahaja menggunakan emel di dalam hidupnya.

Beliau membalas emel Bill Gates pada ketika itu di mana Microsoft sedang menghadapi antitrust law dan disiasat sekiranya terbabit dalam insider trading bagi saham Microsoft.

17. Mempunyai Bakat Bermain Ukulele

Ketika usia 18 tahun, Warren Buffett mempelajari ukulele hanya untuk mengorat wanita. Sejak dari itu, ukulele adalah alamat muzik yang paling digemari beliau.

18. Berikrar Untuk Menyumbang 85% Kekayaan Miliknya Kepada Badan Kebajikan

Warren Buffett berikrar akan menyerahkan hampir kesemua kekayaan yang dimilikinya kepada yayasan Bill and Melinda Gates selepas beliau meninggal dunia nanti. Beliau mula aktif melakukan aktiviti kebajikan secara besar-besaran sejak tahun 2006 sehinggalah ke hari ini.

Jumlah kekayaan yang didermakan oleh Warren Buffett kepada badan kebajikan ini adalah sebanyak USD36 bilion sejak tahun 2006.

19. Berjaya Menewaskan Pasaran Saham Selama 60 Tahun

Sepanjang lebih daripada 60 tahun berada di dalam pasaran saham, secara puratanya pelaburan yang dibuat Warren Buffett dapat menewaskan pulangan indeks Wall Street.

20. Muka Di Tin Coca-Cola Di China Sebagai Pemasaran

This image has an empty alt attribute; its file name is pexels-oleg-magni-860977-700x466.jpg

Rakyat China begitu kagum dengan ketokohan Warren Buffett. Disebabkan beliau mempunyai pegangan yang besar dalam saham Coca-Cola, syarikat tersebut menggunakan muka Warren Buffett sebagai model untuk Coca-Cola Cherry yang menjadi minuman kegemarannya.

21. Peminat Siri Breaking Bad

Beliau merupakan peminat tegar drama dari saluran Netflix bertajuk Breaking Bad yang mengisahkan seorang cikgu kimia yang terlibat dalam kencah perniagaan dadah disebabkan kesempitan hidup untuk merawat penyakit kanser yang dihadapinya.

22 . Menghayati Sajak Apabila Pasaran Tengah Merudum

Warren Buffett suka membaca sajak karangan Rudyard Kipling. Dengan menghayati sajak tersebut, sedikit sebanyak mengubat kedukaan yang dialami dirinya.


Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.