Untung Saham Yang Sama Berkali-Kali Dengan Teknik Ini

Semua orang boleh terlibat dalam pasaran saham. Tak kisah apa latar belakang anda. Asalkan ada kemahuan dan berani mengambil risiko.

Tetapi itu semua perlu diterjemahkan dengan ilmu pengetahuan, bukan zero tak tahu apa-apa dan terus terjah masuk ke pasaran.

Harga saham turun dan naik itu biasa. Dia bukan meroket naik sepanjang masa. Sebab itu seboleh-bolehnya kita memang nak elak daripada rugi dan memaksimumkan keuntungan.

Tetapi benarkah ada teknik yang dapat mengurangkan risiko dalam pelaburan saham?

Jawapannya, ya memang ada dan wujud banyak teknik yang digunapakai para pelabur dan pedagang saham.

Sebenarnya, anda boleh lakukannya sendiri dengan teknik yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Teknik ini bukan sahaja digunakan oleh trader saham Malaysia tetapi turut digunakan oleh trader saham antarabangsa.

Pedagang antarabangsa terkenal bernama Rayner Teo menamakan teknik ini sebagai ‘Stuck In a Box”.

Apa itu ‘Stuck In A Box’?


Sumber: Majalah Labur

Gambar rajah di atas adalah contoh harga saham yang bergerak dalam satu jurang harga.

Garisan merah mewakili paras rintangan (resistance) dan garisan berwarna biru pula mewakili paras sokongan (support).

Teknik ini sebenarnya mudah dan senang untuk dipraktikkan oleh pelabur atau pedagang yang baru berkecimpung dalam pasaran saham.

Sekiranya kita dapat mengenal pasti paras sokongan dan paras rintangan, lebih mudah untuk kita mengetahui paras terbaik untuk buy dan sell.

Berdasarkan gambar rajah di atas, ada sesetengah pedagang mungkin membeli saham pada titik A dan membuat keputusan memeram saham tersebut dan kemudian menjualnya di titik F.

Kenal pasti pergerakan harga sesebuah saham dengan baik dapat membantu anda untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum.

Dengan teknik ini, kita sebenarnya boleh membuat keuntungan sebanyak 3 kali sekiranya kita membeli saham ini pada paras sokongan dan menjualnya pada paras rintangan.

Baca lagi 3 Cara Untuk Tentukan Support dan Resistance.

Perkara yang paling mengujakan adalah teknik yang sama boleh diulang berkali-kali untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada lantunan ini.

Swing pertama  : Beli pada titik A & jual pada titik B

Swing kedua    : Beli pada titik C & jual pada titik D

Swing ketiga    : Beli pada titik E & jual pada titik F

Kajian Kes Swing Trading


Sumber: Trading View

Gambar rajah di atas adalah sebuah saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan membuat corak pergerakan harga dalam jurang paras support dan paras resistance.

Nama saham terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan para pembaca tersalah tafsir sebagai saranan belian.

Anda ingin tahu di mana paras sokongan dan paras rintangan?

Paras sokongan adalah apabila candlestick beberapa kali cuba untuk jatuh. Namun begitu, harga saham seolah-olah disokong kuat di paras tersebut.

Jika anda dapat mengenal pasti paras sokongan, anda boleh membeli ketika harga saham berada di paras sokongan.

Paras rintangan pula adalah paras candlestick beberapa kali cuba untuk menembusi rintangan tersebut namun tidak berjaya.

Seterusnya saham tersebut membuat lantunan ke bawah semula untuk mencari paras support.

Apabila harga saham telah mencecah paras rintangan dan tidak berjaya melepasi paras rintangan, maka anda boleh merancang untuk menjual saham anda dan mengambil keuntungan.

Tak tahu bagaimana nak lukis support dan resistance?

Tak mengapa. Biar kami tunjukkan.

Baca sini :Tutorial Bergambar Cara Melukis Support Dan Resistance Menggunakan Trading View

Penulis sendiri mempunyai pengalaman mengaplikasikan teknik swing pada saham ini sepanjang bulan September 2020 sehingga Disember 2020.

Sekiranya para pedagang mengaplikasikan teknik swing pada saham ini maka mereka akan membeli saham tersebut ketika ianya berada hampir pada paras sokongan iaitu titik ‘A’.

Dan kemudian, menjualnya semula ketika saham gagal menembusi paras rintangan iaitu titik ‘B’.


Sumber: Trading View

Daripada gambar di atas, pedagang boleh membuat keuntungan sebanyak 4 kali sepanjang tempoh September 2020 sehingga Disember 2020. Jom lihat berapa ROI yang berjaya diperoleh daripada setiap swing tersebut.

Swing pertama  : 24% (Beli pada harga RM0.25; jual pada harga RM0.31)

Swing kedua     : 24% (Beli pada harga RM0.25; jual pada harga RM0.31)

Swing ketiga     : 19% (Beli pada harga RM0.26; jual pada harga RM0.31)

Swing keempat : 17% (Beli pada harga RM0.26; jual pada harga RM0.31)

Lihat potensi yang anda boleh dapat sekiranya anda menggunakan teknik swing ini berbanding hanya membeli saham ini sekali.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya pergerakan saham tidak seperti yang dijangka dan malah jatuh menembusi paras support?

Jawapannya adalah, cut loss.

Anda perlu tahu yang di dalam pelaburan saham tiada teknik yang mampu menjamin keuntungan konsisten 100%.


Sumber: Trading View

Kita kembali ke gambar rajah di atas.

Jika anda sedar pada titik B yang terakhir, saham ini akhirnya membuat breakout dan berjaya menembusi paras rintangan.

Jika anda telah menjual saham anda pada titik B yang terakhir dan saham tersebut berjaya membuat breakout pada keesokan harinya, anda boleh lah menggunakan teknik Buy on Breakout pula.

Baca juga Beli Saham Sebab Breakout, Jual Sebab Nak 10%

Natijahnya, jika anda masih bekerja dan tiada masa untuk mengawasi saham anda setiap hari, anda disarankan untuk mencuba teknik swing.

Setelah diperkenalkan dengan strategi ‘Stuck In A Box’ ini, anda boleh mula membuat carian saham-saham yang membuat pergerakan serupa dan praktikkan ilmu yang telah dipelajari dari artikel ini.

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Artikel asal ditulis oleh Ronnie Chai di TheKapital.my

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.