Strategi Atkins Nutritionals Dalam Menembusi Produk Makanan Kesihatan Dunia Yang Bernilai USD71 Bilion

Setiap manusia inginkan kecantikan dan disebabkan perkara tersebut, ramai orang terutamanya golongan wanita sanggup berhabis ratusan ringgit malah ada yang menghabiskan ribuan ringgit untuk kelihatan cantik melalui produk kosmetik dan juga produk kesihatan.

Hari ini, media sosial menjadi nadi kehidupan manusia moden. Semakin ramai yang inginkan kecantikan untuk dipamerkan di dalam kehidupan media sosial bagi mendapat pujian ramai.

Isu body shaming dalam media sosial juga memainkan peranan penting yang membawa seseorang itu untuk berubah. Oleh sebab itu, banyak iklan yang melibatkan pengambilan ubat kurus bagi mendapatkan bentuk tubuh badan yang diidamkan.

Walaupun kadangkala ubat yang dijual secara online tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kebanyakan orang tidak mengambil berat isu keselamatan. Di negara Barat juga berlaku perkara yang sama.

Industri kesihatan merupakan salah sebuah industri terbesar di Amerika Syarikat. Antara syarikat yang terkenal dalam perniagaan menjaga kesihatan melalui pemakanan ini adalah Herbalife dan Atkins Nutritionals.

Baca: Benarkah Herbalife Menjalankan Perniagaan Skim Piramid?

Kedua-dua syarikat ini sangat dominan dalam memberi perkhidmatan untuk membantu seseorang untuk sihat dengan cara yang betul. Mereka sangat popular di sana kerana mereka mempunyai bilangan ahli yang ramai.

Jom kita lihat bagaimana Atkins Nutritionals berjaya bersaing dengan syarikat kesihatan yang lain melalui program diet yang dicipta oleh syarikat tersebut.

Apa Itu Diet Atkins?

This image has an empty alt attribute; its file name is Strategi-Atkins-Nutritionals-Dalam-Menembusi-Produk-Makanan-Kesihatan-Dunia2-700x465.jpg
Kredit Gambar: Ketogenic

Diet Atkins merupakan diet yang diperkenalkan oleh Dr Robert C. Atkins pada era 1960-an. Beliau merupakan seorang pakar kardiologi dan telah membuat kajian bagaimana seseorang itu boleh menjaga kesihatan dan kurus dengan hanya memakan makanan kesihatan bersama dengan senaman yang berkesan.

Diet Atkins ini sangat mengambil berat tentang jumlah pengambilan kalori dalam sehari. Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Robert C. Atkins, jika seseorang itu berjaya mengambil jumlah tertentu kandungan kalori terutamanya karbohidrat dan protein, mereka tetap akan kurus tanpa menjejaskan rutin pemakanan harian.

Disebabkan hal ini, ramai orang mula tertarik dengan teknik yang digunakan oleh Dr Robert C. Atkins. Sebelum Diet Atkins wujud, ramai yang percaya untuk mendapat tubuh yang sihat dan kurus, seseorang itu perlu menahan daripada makan dan minum.

Teknik Pemasaran Atkins Nutritionals

Salah satu faktor mengapa Atkins Nutritionals lebih berjaya berbanding dengan syarikat kesihatan lain adalah disebabkan pemasaran yang dilakukan oleh syarikat.

Di antara teknik yang dilakukan untuk menarik orang ramai menyertai program yang dianjurkan mereka adalah dengan memberi tips kesihatan percuma kepada orang ramai melalui laman web mereka.

Apabila orang ramai mula berminat menyertai program ini, mereka akan mendaftar untuk menyertai program Diet Atkins termasuk dengan program senaman.

Dari sinilah Diet Atkins berjaya menjual produk makanan kesihatan mereka yang mengandungi kalori yang betul untuk pelanggan mereka.

Mereka juga menggunakan teknologi AI untuk memudahkan pelanggan mengikuti jadual senaman dan makanan untuk menjadi kurus. Dengan wujudnya teknologi tersebut, penurunan berat badan akan menjadi lebih berkesan kepada pelanggan mereka.

Kesan Sampingan Produk Kesihatan

This image has an empty alt attribute; its file name is Strategi-Atkins-Nutritionals-Dalam-Menembusi-Produk-Makanan-Kesihatan-Dunia3-700x504.jpg
Kredit Gambar: Pure Wow

Walaupun Diet Atkins nampak menarik dan selamat, produk tersebut juga tidak lari daripada kesan sampingan yang tidak didedahkan. Terdapat beberapa pakar pemakanan yang mengkritik teknik Diet Atkins yang mereka dakwa boleh membawa kemudaratan.

Ianya disebabkan diet ini yang mengurangkan karbohidrat dalam makanan harian tetapi melebihkan pegambilan protein dan lemak haiwan.

Mereka akan berdepan dengan penyakit batu karang, gout dan juga serangan jantung.

Selain produk kesihatan Atkins, kebanyakan produk kesihatan yang ada di Amerika Syarikat juga tidak terlepas daripada kontroversi yang sama. Kebanyakannya tidak didaftar dengan badan tertinggi keselamatan iaitu Food and Drug Administration (FDA).

Fungsi badan ini adalah untuk memberi maklumat tentang bahaya sesuatu produk yang ada di pasaran. Terdapat juga beberapa kes di mana syarikat mengeluarkan produk kesihatan ini mencampur bahan kimia yang merbahaya untuk mendapat kesan yang cepat.

Oleh itu, kita sebagai pengguna perlu peka dengan segala kesan terhadap produk yang kita guna. Apa yang pasti, tiada jalan singkat untuk menurunkan berat badan selain daripada displin yang tinggi dalam melakukan senaman dan juga mengambil makanan yang berkhasiat.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.