Lelaki Malaysia Mencari Gadis Dengan 5 Ciri Tambahan Ini

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah SAW berkata:“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadis Riwayat Bukhari).

Mendapatkan pasangan yang tepat dan baik, sudah tentu akan melahirkan keturunan yang baik dan membawa kebahagiaan dalam rumah tangga. Garis panduan yang telah diberikan oleh Rasulullah seharusnya menjadi pedoman kepada bakal suami yang beragama Islam.

Dewasa ini, terdapat keperluan pasangan yang berumahtangga untuk sama-sama keluar bekerja bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Wanita yang bijak dalam mengurus kewangan ini dilihat sebagai bonus dan dapat membantu bakal-bakal suami di luar sana dalam menempuh ekonomi zaman sekarang.

Berikut merupakan di antara ciri-ciri bijak kewangan yang perlu dikesan.

1. Mempunyai Simpanan Kecemasan 

Biasanya, wanita yang bijak  kewangan ini pastinya tahu apa keperluan pada masa hadapan. Mereka telah bersiap sedia dengan pelbagai bentuk simpanan termasuk simpanan kecemasan. 

Ini kerana, simpanan kecemasan ini adalah simpanan terbaik ketika mereka berada pada saat sukar. Mereka sama sekali tidak ingin menyusahkan orang lain atau pun diri sendiri.

Panduan:

2. Hutang Yang Terurus 

Walaupun mereka memiliki hutang, namun anda boleh lihat kepada jenis hutang dan jumlah hutang tersebut, hutang baik atau hutang tidak baik.

Kebiasaanya, mereka yang bijak kewangan ini akan mendahulukan hutang-hutang yang memberikan keselesaan dan kesenangan pada mereka pada masa depan kelak – sebagai contoh pembelian rumah di usia muda.

Dan mereka juga lebih bertanggungjawab dan pandai menguruskan hutang kad kredit.

Panduan:

3. Pelaburan

Wanita bijak kewangan, pasti memiliki sifat berani dengan setiap langkah yang mereka ambil. Ketika wanita lain takut dan was-was untuk membuat pelaburan, wanita bijak kewangan pula tidak takut untuk melabur.

Mereka ini sanggup mengambil risiko meskipun nilai pelaburannya adalah kecil. Antara pelaburan yang sering dilakukan adalah di ASB dan Unit Trust. Ada juga yang semakin berani melabur saham di Bursa Malaysia, lebih berani berbanding lelaki.

Panduan :

4. Aktif Sertai Seminar Kewangan 

Wanita sebegini, akan banyak menghabiskan masa mereka dengan mengambil segala peluang yang terbentang di hadapan mata. Mereka lebih banyak melihat sesuatu yang dapat memberikan mereka keuntungan dalam kewangan mereka sendiri.

Biasanya, mereka memilih untuk sertai seminar kewangan dan lebih banyak menghabiskan masa dengan membaca buku-buku berkaitan kewangan.

Cara ini dapat membantu mereka untuk menguasai ilmu kewangan dan pengurusan kewangan serta membina kerjaya dalam perniagaan untuk menambah pendapatan.

5. Relationship Goal Yang Baik

Biasanya, kita sedia maklum yang wanita lebih gemar untuk menghabiskan masa mereka dengan shopping. Mereka sanggup berbelanja besar demi memuaskan nafsu.

Namun, bagi wanita yang bijak kewangan, mereka melihat nafsu kepada perkara kebendaan adalah satu bentuk pembaziran. Perlu ke banyak handbag? Banyak kasut? Banyak baju? Banyak seluar?

Usah Tersilap Langkah Di Usia Muda

Ketika mudalah, kita perlu bentuk sifat bijak kewangan kerana mungkin terlambat untuk berubah apabila telah melakukan kesilapan besar pada usia muda.

Tersilap beli kereta mewah, nak habis loan kena tunggu lagi 9 tahun. Ambil personal loan untuk majlis perkahwinan, 5 tahun lamanya perlu menanggung hutang peribadi sampai habis. Selagi loan tak habis, selagi tu tak mampu nak beli rumah sebab pendapatan tak meningkat banyak setiap tahun, atau increment kurang setiap tahun.

Dalam segala perbelanjaan yang mereka lakukan, mereka pastinya punya perbincangan bersama pasangan mereka sendiri. Perbelanjaan mereka juga pastinya telah punya perancangan rapi dan sedia maklum atas tujuan yang betul.

Bagi golongan lelaki yang dah jumpa wanita yang bijak kewangan seperti di atas, usah tunggu lama-lama. Masuk meminang cepat-cepat.

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.