Mengapa Wanita Cenderung Menjadi Pelabur Cemerlang?

Wanita secara holistiknya sering mempamerkan ciri-ciri yang diperlukan untuk melabur dengan baik. Namun dapatkah ia dibuktikan atau sekadar cakap kosong?

Mari kita lihat beberapa kajian yang telah dijalankan berkenaan wanita dalam arena pelaburan.

Banyak Kajian Telah Dijalankan

Beratus-ratus kajian telah dilakukan sejak dua dekad yang lalu, bagi mengkaji sikap wanita terhadap dunia kewangan dan pelaburan. Kesimpulannya, terdapat dua pemerhatian yang paling banyak dikaitkan dengan perwatakan wanita dalam pelaburan, iaitu:

Pertama, semua kajian menyimpulkan wanita lebih menonjol dalam membuat pulangan terhadap portfolio pelaburan mereka. Walau apa jua situasi pasaran saham, samada bull market atau bear market, mereka konsisten dalam mengekalkan prestasi pelaburan yang lebih baik berbanding lelaki.

Tidak menghairankan jika satu hari nanti, wanita lebih ke depan berbanding lelaki dalam dunia pelaburan.

Kedua, wanita secara konsisten menghasilkan pelaburan yang lebih baik kerana wanita lebih tertumpu terhadap pengurusan risiko berbanding mengejar keuntungan. Wanita lebih berdisiplin ketika berdepan dengan risiko dalam portfolio pelaburan mereka.

Wanita juga dilihat lebih bersedia dalam menghadapi situasi di luar pengetahuan dan pengalaman mereka. Secara tidak langsung, perempuan dapat menjana prestasi pelaburan yang lebih baik, dan mempunyai tahap risiko yang rendah.

Sungguhpun begitu, majoriti wanita di Malaysia kurang memahami potensi diri mereka sebagai seorang pelabur berjaya.

Selaras dengan pemerhatian ini, kita boleh ambil kaji selidik yang dijalankan oleh Prudential Research Survey yang bertajuk “Financial Experience & Behaviors Among Women”. Ianya telah mendedahkan bahawa, sebilangan besar daripada pelabur wanita tidak yakin dengan  proses membuat keputusan pelaburan mereka.

Didapati bahawa 70% tindakan mereka dalam pelaburan hanya dianggap sebagai proses penabungan atau simpanan, dan bukannya proses pelaburan.

Sebahagian besar pelabur wanita lebih menyifatkan diri mereka kurang pengetahuan dalam dunia kewangan, dengan hampir 2/3 responden menyatakan bahawa mereka hanya berminat dengan dunia pelaburan apabila produk pelaburan mereka mendapat jaminan keuntungan.

Wanita dilihat lebih selesa berjimat-cermat dalam dunia kewangan. Keengganan mereka untuk melabur mungkin disebabkan sifat berjimat-cermat ini. Tambah mereka lagi dalam kajian tersebut, kurang dari 25% wanita yang ditemuramah sangat meminati dunia pelaburan.

Data ini menunjukkan kenapa wanita lebih dipinggirkan dalam dunia pelaburan kerana kurangnya minat dari golongan hawa ini.

Kesimpulannya, jika seseorang wanita boleh meningkatkan keyakinan diri dan pengetahuan, sekaligus mereka boleh mencapai potensi diri yang mereka tidak pernah bayangkan. Kenali kelebihan dan kekurangan diri, sentiasa cari jalan untuk mengawal risiko, dan InsyaAllah anda akan berjaya.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FCPO: Kembali Ke Fasa Pengukuhan

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO ini menurun MYR9 semasa sesi dagangan lalu untuk ditutup pada harga MYR4,597. Pada hari Jumaat, komoditi ini memulakan dagangan pada paras MYR4,604. Pada awalnya, ia jatuh ke paras terendah sesi tersebut pada MYR4,575. Ia kemudiannya melantun ke paras tertinggi sesi tersebut pada MYR4,608 dan menutup dagangan pada MYR4,597. Di samping pergerakan RSI ke bawah, penutupan dagangan terkini yang menurun menunjukkan momentum menurun kembali menguat.

Komoditi ini mungkin akan melanjutkan fasa koreksi harga dan menguji paras sokongan semula pada MYR4,390. Sementara itu, garisan SMA 50 hari masih bergerak ke paras lebih rendah, lantas mengukuhkan keadaan pasaran menurun. Sekiranya komoditi ini mencatat pergerakan menaik, paras MYR4,700 akan menahan harga daripada menembusi paras berkenaan. Selagi FCPO terus berada di bawah paras ambang MYR4,700, kami tetap akan berpegang pada bias dagangan negatif.

Para pedagang disarankan untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei (MYR4,481). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama kini berada pada MYR4,390 dan diikuti oleh paras sokongan lebih rendah pada MYR4,250. Paras rintangan pertama pula ialah MYR4,700 yang diikuti oleh paras MYR4,900.