Ramai yang mula berjinak-jinak dalam pelaburan saham. Jika dilihat, pada tahun 2020, lebih ramai yang memulakan langkah pertama untuk melabur saham.
Pelaburan saham tidaklah susah seperti yang ramai orang bayangkan. Apa yang penting adalah ilmu. Berbekalkan dengan ilmu, sudah pasti kita dapat menempuhi dunia pelaburan saham dengan keyakinan yang tinggi dan selamat.
Yang menjadi igauan ngeri pelabur-pelabur baru adalah, mereka mula melabur tanpa ilmu. Susah nak dapatkan ilmu? Dah banyak perkongsian ilmu percuma berkenaan dengan pelaburan saham. Nak dalam Bahasa Inggeris banyak, dalam Bahasa Melayu pun banyak.
Kalau masih tak tahu mana nak dapatkan perkongsian ilmu tentang saham, Tuan Haji Asri banyak membuat perkongsian percuma dalam pelaburan saham.
Nahhh, kami kongsikan kepada anda perkongsian dari Tuan Haji Asri berkenaan dengan soalan yang selalu kita dengar tentang pelaburan saham.
Jom tonton video siri 1 ini. Semoga ianya dapat menjawab persoalan yang sedang bermain dalam minda anda.
Video ini dibawakan khas oleh Asri Ahmad Academy.Jika anda “Zero” tentang pelaburan saham, ayuh sertai program – program percuma anjuran bersama Bursa Malaysia. Daftar sekarang di
Dah faham? Ini baru siri 1, nantikan siri 2 soalan-soalan yang sering ditanya berkenaan dengan pelaburan saham.
Seperti yang Tuan Haji Asri tekankan, ilmu sangat penting. Adanya ilmu, mudahlah perjalanan kita nanti. Jika anda berminat untuk dapatkan ilmu secara percuma, boleh dapatkan daripada perkongsian-perkongsian yang Tuan Haji Asri berikan.
Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.
Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)
Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.
Trend harga bahan terkini
Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.
Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei
Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.
Prospek prasarana
Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.
Projek-projek prasarana penting yang akan datang
Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).
Faktor pemangkin utama untuk sektor ini
Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.
Penganalisis Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])
Penafian : Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.