Analisis Fundamental : Kenali Syarikat CIHLDG Yang Memberikan Dividen Berterusan

Antara salah satu kelebihan dalam pelaburan saham adalah pendapatan dividen yang diterima oleh para pelabur. Selain dari peningkatan modal, pelabur juga mendapat dividen tahunan jika melabur di syarikat yang betul. Melihat kepada pelaburan jangka panjang, dividen adalah penting kerana hanya syarikat yang stabil dalam kewangan mampu untuk memberikan dividen yang baik.

Dalam pelaburan saham di Malaysia, terdapat syarikat yang sangat pemurah dalam pemberian dividen. Pemberian dividen mereka saban tahun semakin meningkat. Ini menunjukkan pengurusan kewangan syarikat yang baik. Mari kita kenali syarikat yang memberikan peningkatan dividen kepada pelabur mereka sepanjang tiga tahun.

C. I. Holdings Berhad (CIHLDG)

CIHLDG merupakan syarikat dalam sektor barangan pengguna makanan dan minuman. CIHLDG ditubuhkan pada tahun Februari 1978 dan menjadi syarikat tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 1982. CIHLDG mempunyai dua segmen bisnes iaitu memproses dan mempaketkan semua jenis minyak makanan serta membuat dan menjual aksesori paip.

Pendapatan Syarikat

Sumber : Malaysiastockbiz

Sejak suku akhir tahun 2020, CIHLDG menunjukkan peningkatan dalam pendapatan bersih dan konsisten. Jualan syarikat juga meningkat dengan memberikan petunjuk bahawa permintaan kepada produk keluaran syarikat semakin tinggi.

Salah satu anak syarikat CIHLDG adalah Palmtop yang mendapat permintaan tinggi seiring dengan permintaan produk berasaskan minyak kelapa sawit. Palmtop mempunyai dua kilang pemprosesan minyak kelapa sawit menjadi end product sebelum dijual kepada pelanggan dalam dan luar negara.

Pada masa kini, Palmtop telah berkembang dengan jayanya kerana telah memasarkan produk mereka kepada lebih 85 buah negara.

Dividen Syarikat

Sumber: Malaysiastockbiz

Syarikat CIHLDG memberi dividen secara konsisten sepanjang tahun. Sejak 2019, pemberian dividen dilihat semakin meningkat. Pada tahun 2019, pemberian dividen adalah 8.00 sen dan meningkat kepada 10.00 sen pada tahun 2020. Peningkatan sebanyak 25%, manakala pada tahun 2021, CIHLDG memberikan lagi peningkatan 25% dividen kepada para pelaburnya.

Syarikat CIHLDG mendapat manfaat kerana peningkatan harga minyak kelapa sawit dunia sejak tahun 2020. Pengurangan dalam pengeluaran di kilang-kilang disebabkan pandemik yang melanda telah melonjakkan harga minyak kelapa sawit dunia.

Dengan pengurusan yang bagus, syarikat ini dijangka akan mampu untuk terus memberikan dividen yang berterusan kepada para pelabur.

Previous ArticleNext Article

Pembinaan: Laluan Jelas Di Sebalik Ketidaktentuan

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Saham Pilihan Utama: Gamuda, Sunway Construction (SCGB), dan Kerjaya Prospek (KPG). Antara 10 syarikat yang kami kaji yang melaporkan keputusan semasa suku terbaru ini, empat mencatat keputusan menepati jangkaan (SCGB, KPG, Inta Bina (INTA), MGB), lima tersasar dan satu mencapai unjuran. Risiko-risiko negatif berkenaan kos bahan yang lebih mahal akibat pertelingkahan di Asia Barat sebahagiannya dapat dikurangkan dengan memasuki kontrak berdasarkan model kos tokok, manakala untuk kontrak bayaran sekali gus tetap, arahan perubahan kerja mungkin dapat dirundingkan.

Margin bersih untuk saham-saham terbesar sektor (SCGB dan KPG)

Masih bagus pada 1QCY26, disebabkan oleh projek pusat data (DC) yang siap dengan cepat (sesetengah kontrak adalah berasaskan kos tokok dan bukannya berdasarkan bayaran sekali gus tetap) di samping akaun-akaun projek yang dimuktamadkan, yang seterusnya menyebabkan peruntukan dikembalikan. Sebaliknya, kontraktorkontraktor bermodal kecil hingga sederhana, khususnya kontraktor cerucuk, rataratanya mengalami penyusutan margin secara QoQ semasa 1QCY26 disebabkan oleh harga bahan lebih tinggi, terutamanya untuk diesel walaupun konflik Asia Barat hanya menjejaskan pasaran selama satu bulan.

Trend harga bahan terkini

Harga bar keluli memaparkan kenaikan 13% YoY pada bulan April sehingga mencapai kira-kira MYR2,300 setan, iaitu paras tertinggi sepanjang 16 bulan. Namun begitu, harga bar keluli sekarang masih jauh lebih rendah daripada paras puncak pada Apr 2022 yang mencecah MYR3,500 setan semasa krisis antara Rusia-Ukraine meruncing. Harga beg simen purata di Semenanjung Malaysia meningkat 8% YoY pada bulan April kepada MYR25.25 bagi setiap beg 50kg, sementara sesetengah kontraktor dilihat masih dapat memperolehnya pada harga MYR22-24 bagi setiap beg 50kg. Mengikut unjuran kami, setiap kenaikan 10% pada harga diesel, simen dan konkrit siap bancuh (RMC), margin bersih bagi kontraktorkontraktor besar yang kami kaji mungkin menurun kira-kira 0.5-0.7ppts.

Walaupun Jabatan Perdagangan AS berkata pada 31 Mei

Bahawa ia akan menguatkuasakan syarat-syarat kelayakan lesen untuk eksport cip kecerdasan buatan (AI) maju kepada syarikat-syarikat yang beribu pejabat di China, biarpun syarikat-syarikat tersebut turut menjalankan operasi dalam pasaran luar negara, kami dapat menghela nafas lega daripada perkembangan ini kerana pemaju DC utama iaitu GAM, SCGB, dan IJM Corp rata-ratanya tertumpu pada syarikat penyedia khidmat awan bukan dari China.

Prospek prasarana

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak akan menghentikan mahupun menangguhkan sebarang projek pembinaan sektor awam meskipun berdepan kenaikan kos yang didorong oleh gangguan bekalan dunia yang berkait dengan ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Projek-projek prasarana penting yang akan datang

Termasuk kerja-kerja Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang (dianggarkan MYR3-4bn) dan Segmen 2 bagi LRT Pulau Pinang yang akan menghubungkan KOMTAR dan Penang Sentral (anggaran MYR5-6bn). Projek-projek lain yang diramalkan merangkumi pemanjangan jajaran antara Laluan Kereta Api Pantai Timur-Pelabuhan Klang (anggaran MYR600j-900j).

Faktor pemangkin utama untuk sektor ini

Sekiranya terdapat sebarang pelaksanaan mekanisme perkongsian kos antara Kerajaan dengan kontraktor untuk mengurangkan bebanan kenaikan harga dalam sektor pembinaan. Risiko-risiko utama termasuk pelancaran kerja yang merosot dan kekurangan pekerja buruh.

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.