10 Aplikasi Perlu Ada Dalam Telefon Seorang Pelabur Saham

Install apps ini

Jika anda bercadang melabur di pasaran saham untuk mendapat pulangan jangka masa pendek (2-3 hari – seminggu) atau jangka masa sederhana (6 bulan), artikel ini memang untuk anda.

“Adoi…tak boleh bergerak aku dari hadap laptop ni kalau nak buka dan baca banyak benda”

Kami tahu ramai pelabur saham yang masih bekerja dan dah tentu sibuk.

Bila masa nak buka trading platform?

Bila masa nak check harga saham?

Bila masa nak baca berita ekonomi, berita kewangan, maklumat harga turun naik minyak dunia dekat banyak tempat?

Bagaimana nak terima alert apabila harga dah cecah sesuatu paras untuk buy atau sell?

Senang cerita, anda pasti perlukan aplikasi di telefon pintar anda bagi memudahkan anda mendapat maklumat yang tepat dan real-time di hujung jari pada bila-bila masa.

Paling best aplikasi ini adalah percuma – gratis!

Update Pasaran Saham Seluruh Dunia

1. CNBC

Dengan aplikasi CNBC, anda boleh dapatkan berita mengenai pasaran kewangan dan data pasaran saham dengan cepat.

2. Investing.com

Sertai ratusan ribuan orang yang gunakan aplikasi INVESTING.com setiap hari untuk dapatkan berita mengenai pasaran kewangan dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Update Pasaran Saham Malaysia

3. StockHut

Apps pelabur saham

StockHut merupakan aplikasi tempatan yang mengambil berita kewangan serta analisis pakar tempatan daripada pelbagai sumber aliran perdana dan meletakkannya di satu tempat. Ini akan memberi anda akses yang cepat kepada berita-berita kewangan yang relevan sahaja.

Ia juga dilengkapi dengan kemudahan untuk menganalisa pergerakan harga saham di Bursa Malaysia.

4. KLSE Screener

Aplikasi KLSE Screener boleh membantu anda menganalisa pergerakan harga saham dengan cepat. Juga berguna untuk mengira berapa bilangan unit yang anda boleh beli dengan modal yang anda ada, dan pada paras harga manakah akan memberikan peratusan pulangan yang menguntungkan setelah ditolak dengan kos-kos lain (brokerage fee, clearing fee, duti setem).

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
android_app_on_play_logo_small

5. Bursa MKTPLC (Marketplace)

Apps pelabur saham

Bursa MKTPLC merupakan aplikasi rasmi daripada Bursa Malaysia bagi mendapatkan data pasaran saham terkini dan idea jual beli bagi pasaran saham di Malaysia.

Fungsi paling best adalah Alpha Factor yang memberi petunjuk dalam bentuk ranking sama ada saham tersebut “bagus” atau“tidak bagus”.

Jika bernasib baik saham tersebut akan mempunyai catatan dari “experts” yang memberi pandangan sama ada ianya sesuai untuk dibeli, dijual atau dipegang (hold).

Anda disarankan buat analisa tentang syarikat di sini kerana data di sini adalah yang terkini dan tepat. Namun aplikasi ini masih belum dapat menunjukkan pergerakan harga saham (chart) yang real time.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
app_store

Paper Trade (Jual beli olok-olok)

6. Bursa V-Trade

Satu lagi aplikasi tempatan. Ingin praktis jual beli olok-olok di pasaran saham Malaysia terlebih dahulu sebelum guna duit betul-betul? Perdagangan virtual yang realistik dapat dilalui dengan aplikasi yang mudah ini.

7. TradeHero

Aplikasi kewangan ini mendapat rating tinggi di lebih daripada 90 buah negara! Anda akan diberi $100,000 sebagai duit olok-olok. Ia membolehkan anda berdagang saham secara virtual di hampir 35 pasaran saham seluruh dunia.

Yang menariknya anda boleh juga acah-acah lawan buat duit di pasaran saham dunia dengan rakan-rakan anda.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
android_app_on_play_logo_small

Trading Platform (Bergantung kepada Broker anda)

8. RHB TradeSmart

Bagi mereka yang membuka akaun CDS dengan RHB Investment Bank. Jual beli saham menjadi sangat mudah menggunakan aplikasi ini.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
app_store

Majoriti syarikat broker sudah menyediakan aplikasi trading platform mereka dalam Android & iOS bagi memudahkan pelanggan mereka.

Belajar Saham Online

9. LaburSaham

Belajar saham kini lebihi mudah dengan aplikasi terbaru daripada Asri Ahmad Academy.  Ada video tutorial, modul pembelajaran dan juga koleksi soalan yang dapat membantu para pelabur dalam pelaburan saham.

Nak tahu lebih lanjut mengenainya, boleh rujuk Belajar Saham Online Melalui Telefon Pintar Dengan Aplikasi LaburSaham.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
app_store

Maklumat Berkenaan Akaun CDS

10. Bursa Anywhere

This image has an empty alt attribute; its file name is bursa-anywhere11.png

Aplikasi Bursa Anywhere ini terbahagi kepada dua fasa. Dalam fasa pertama ini, kita boleh tengok maklumat berkenaan semua akaun CDS yang kita ada. Boleh juga mengemaskini maklumat akaun CDS kita secara terus dengan Bursa Malaysia. Nak muat turun penyata akaun CDS pun boleh, dan boleh juga tahu nilai portfolio pegangan saham kita bagi setiap akaun CDS.

Nak tahu pasal fasa kedua? Jemput baca Aplikasi Bursa Anywhere – Semua Pelabur Wajib Download.

Download di sini:

android_app_on_play_logo_small
android_app_on_play_logo_small

Akhir Kata

Kesemua aplikasi kewangan di atas dapat membantu anda mendapatkan berita dan segala maklumat yang penting di hujung jari anda. Lebih banyak sumber yang anda ada, sekurang-kurangnya anda boleh bandingkan dan membuat kesimpulan sendiri.

Jadi tak kiralah anda guna telefon Samsung atau iPhone, pastikan aplikasi-aplikasi ini ada dalam telefon anda!

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

I-Berhad Catat Prestasi Kukuh FY2025 dengan PBT Meningkat 80% Tahun ke Tahun kepada RM77.1 Juta

KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2026 – I-Berhad (“I-Berhad” atau “Kumpulan”), pemaju induk i-City – Bandar Digital No.1 Malaysia, hari ini mengumumkan keputusan kewangan tidak diaudit bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2025 (“S4TK2025”).

Bagi tahun kewangan penuh berakhir 31 Disember 2025 (“TK2025”), Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM77.1 juta, meningkat 80% tahun ke tahun berbanding RM42.8 juta pada TK2024. Peningkatan kukuh ini mencerminkan keupayaan pelaksanaan yang semakin mantap serta momentum pendapatan yang berterusan. Prestasi ini dicapai walaupun Kumpulan melaksanakan strategi operasi yang berhemah sepanjang tahun, sekali gus menunjukkan keupayaan menjana hasil dan keuntungan kukuh daripada pembangunan sedia ada serta asas pendapatan berulang.

Prestasi Suku Keempat (S4TK2025)

Bagi S4TK2025, Kumpulan merekodkan hasil sebanyak RM117.0 juta, meningkat 44% berbanding suku sebelumnya, didorong oleh momentum pelaksanaan yang lebih baik merentasi segmen teras.

Segmen Pembangunan Hartanah muncul sebagai enjin pertumbuhan utama dengan hasil sebanyak RM75.2 juta berbanding RM42.1 juta pada suku terdahulu. Peningkatan ini didorong oleh kemajuan pembinaan yang lebih pantas serta bil progresif yang lebih tinggi daripada projek-projek dalam i-City, mencerminkan peningkatan kecekapan operasi dan pelaksanaan projek. PBT segmen bagi suku ini ialah RM13.1 juta, berbanding RM16.1 juta pada S3TK2025, di mana suku terdahulu menerima rangsangan daripada pelarasan semula peruntukan projek yang tidak lagi diperlukan.

Segmen Pelaburan Hartanah mencatatkan hasil stabil sebanyak RM6.9 juta, disokong oleh sumbangan sewaan konsisten daripada Mercu Maybank, aset pusat data dan tempat letak kereta di i-City, serta pendapatan bersekutu daripada Central i-City Mall. PBT segmen adalah RM3.7 juta, mengekalkan asas pendapatan berulang yang kukuh.

Segmen Riadhah dan Hospitaliti meneruskan trajektori peningkatan dengan hasil RM33.8 juta, naik 6% suku ke suku. PBT segmen meningkat kepada RM7.0 juta, disokong kehadiran pengunjung yang mampan dan prestasi operasi stabil di tarikan i-City.

Prestasi Tahun Kewangan 2025

Bagi TK2025, I-Berhad merekodkan jumlah hasil sebanyak RM322.6 juta dan PBT sebanyak RM77.1 juta, mencerminkan keberkesanan model pendapatan yang pelbagai.

  • Pembangunan Hartanah: Hasil RM172.3 juta, PBT RM39.5 juta
  • Pelaburan Hartanah: Hasil RM26.8 juta, PBT RM19.1 juta
  • Riadhah dan Hospitaliti: Hasil RM120.6 juta, PBT RM20.9 juta

Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong, berkata penutupan kukuh TK2025 mencerminkan daya tahan model perniagaan pelbagai enjin Kumpulan serta pelaksanaan strategi pembangunan dan pelaburan yang berdisiplin.

Menurut beliau, peningkatan bil pembangunan hartanah pada suku keempat bersama pendapatan berulang yang stabil daripada aset pelaburan dan operasi riadhah telah membolehkan Kumpulan mencatatkan satu lagi suku keuntungan yang kukuh.

Tan Sri Lim menambah bahawa baki nilai pembangunan kasar (GDV) sekitar RM5 bilion di i-City menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan masa hadapan, dengan pelancaran baharu dijangka meningkatkan lagi sumbangan hasil dan momentum pendapatan.

Fasa Seterusnya: AI dan Robotik

Memasuki fasa seterusnya evolusi i-City, fokus Kumpulan adalah memperkukuh pendapatan berulang, meningkatkan produktiviti aset dan mempersiapkan bandar tersebut untuk masa depan melalui teknologi, dengan kecerdasan buatan (AI) dan robotik sebagai pemacu utama.

Melalui AI World, presint bandar pertama Malaysia yang didayakan AI, Kumpulan secara berperingkat mengintegrasikan infrastruktur digital, sistem pintar dan pengurusan berasaskan data dalam ekosistem i-City bagi meningkatkan kecekapan operasi, mutu perkhidmatan dan prestasi aset.

Inisiatif ini berteraskan hasil komersial dan merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang serta membezakan i-City sebagai penanda aras kehidupan bandar berasaskan AI di Malaysia.

Di samping itu, pembangunan AI Living @ i-City di ibu negeri Selangor bakal menjadi menara kediaman AI dan robotik pertama di dunia sebagai tapak ujian sebenar dan platform pengkomersialan robot humanoid. Dijadualkan siap pada tahun 2030, menara 500 unit ini direka untuk masa depan di mana manusia dan robot berinteligens terbenam berinteraksi dalam satu persekitaran yang lancar.

Prospek

Melangkah ke hadapan, Kumpulan kekal optimistik secara berhati-hati terhadap prospeknya, disokong oleh kestabilan ekonomi Malaysia, trend urbanisasi berterusan dan permintaan terhadap pembangunan bersepadu berteraskan teknologi. Dengan rekod pelaksanaan yang terbukti serta saluran pembangunan yang besar, I-Berhad berada dalam kedudukan kukuh untuk mencapai pertumbuhan hasil berterusan dan penciptaan nilai jangka panjang kepada para pemegang taruh.