9 Jutawan Dunia Yang Tidak Tamat Belajar

Ramai yang melihat kejayaan seseorang diukur dengan segulung ijazah atau tamatnya pelajaran di universiti. Namun perlu diingatkan bahawa kebanyakan jutawan dunia tidak tamat belajar dan mereka berjaya atas usaha mereka sendiri. 

Tahukah anda, siapakah antara jutawan dunia yang tidak tamat belajar? Namun hari ini mereka adalah jutawan dan sangat kaya di dunia.

  1. Simon Cowell

Kredit: GQ 

Simon Cowell sering dikenali sebagai juri di rancangan TV seperti American Idol, The X Factor, dan America’s Got Talent. Tahukah anda bahawa beliau juga merupakan jutawan yang tidak tamat belajar kerana berhenti sekolah di usia 16 tahun kerana bekerja di sebuah syarikat penerbitan. Asetnya kini dianggarkan bernilai USD600 juta.

  1. Jay-Z

Kredit: Rolling Stone

Siapa tidak kenal dengan Jay-Z, beliau merupakan jutawan artis rap pertama di dunia. Beliau berasal daripada keluarga yang susah dan tidak menamatkan pelajarannya. Namun, dengan semangatnya yang tinggi serta bakatnya dalam bidang nyanyian, kini asetnya dikatakan telah mencecah USD1 bilion.

  1. Kim Kardashian

​​

Kredit: ET Online

Kim Kardashian merupakan seorang artis terkenal dan usahawan wanita yang sangat jelita. Beliau juga tidak menamatkan pelajarannya tetapi minatnya dalam menceburkan diri dengan kosmetik, wangian dan pakaian wanita telah membuatkannya menjadi kaya. 

Lihatlah, dengan minatnya yang mendalam dalam produk kecantikan, ia telah menjadikan beliau menjadi jutawan dunia dengan aset yang dianggarkan berjumlah USD900 juta.

  1. Ted Turner

Kredit: IBPF 

Ted Turner adalah pengusaha penyiaran yang terkenal dengan memiliki banyak saluran televisyen seperti CNN, Cartoon Network, dan Turner Network Television (TNT). Beliau juga tidak menamatkan pelajarannya akibat diusir daripada kolej yang kemudiannya bekerja di perniagaan ayahnya. Selepas mengambil alih perniagaan ayahnya, beliau telah menjana banyak keuntungan yang kini dianggarkan berjumlah USD2 bilion.

  1. Steve Jobs

​​

Kredit: DNA India

Pengasas bersama dan bekas CEO Apple dan Pixar, Steve Jobs ini juga tidak menamatkan pelajarannya. Namun, setelah kejayaannya membangunkan Apple, beliau telah berjaya dan menjadi jutawan dunia yang asetnya dianggarkan bernilai USD7 bilion ketika beliau meninggal dunia.

  1. Zhou Qunfei

​​

Kredit: StartUpAnz

Zhou Qunfei adalah pengasas dan CEO Lens Technology, pernah kehilangan ibunya pada masa kecil dan ayahnya buta. Namun, situasi itu tidak menghalangnya untuk menjadi salah seorang jutawan paling berjaya di dunia walaupun berhenti sekolah pada usia 16 tahun. Aset Zhou Qunfei kini dianggarkan bernilai USD17 bilion.

  1. Michael Dell

Kredit: Laughing Colours

Jutawan dunia yang tidak tamat belajar seterusnya adalah Michael Dell. Beliau merupakan pengasas Dell yang merupakan salah satu syarikat teknologi dan komputer peribadi terbesar dan paling berjaya di dunia. Dell berhenti dari pengajiannya pada usia 19 tahun untuk fokus menjalankan perniagaannya yang kini dianggarkan bernilai USD41 bilion.

  1.  Bill Gates

Kredit: CGTN

Bill Gates adalah pengasas bersama Microsoft yang pada awalnya berhenti dari Universiti Harvard ketika masih muda. Pilihan Beliau berhenti belajar untuk memulakan bisnes telah mengejutkan banyak pihak. 

Akhirnya, usaha tersebut telah membawa kepada penubuhan Microsoft. Kini, Bill Gates mempunyai aset bersih yang berjumlah USD122 bilion dan risiko yang diambilnya memang berbaloi!

  1.  Mark Zuckerberg

Kredit: BBC 

Mark Zuckerberg terkenal di seluruh dunia sebagai pengasas bersama dan CEO Facebook, juga pernah belajar di Universiti Harvard tetapi tidak pernah lulus. Beliau juga tidak tamat belajar. 

Beliau berhenti dalam pelajarannya setelah Facebook yang diasaskan olehnya mendapat sambutan ramai pihak. Beliau dianggarkan memiliki aset bersih berjumlah USD102 bilion pada masa kini.

Kesimpulannya, jutawan di atas sememangnya tidak pernah tahu akan nasib masa depan mereka. Namun, mereka tetap bekerja keras untuk mencapai impian mereka walaupun tidak menamatkan pelajaran mereka. Oleh itu, teruskan usaha anda sekuat yang mungkin dan jangan pernah mengalah!

Rujukan

  1. https://financebuzz.com/millionaires-without-a-college-degree
  2. https://www.entrepreneur.com/slideshow/308246
  3. https://iluminasi.com/bm/8-orang-paling-kaya-di-dunia-yang-tak-tamatkan-pelajaran-di-universiti.html
Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.