Senarai IPO Terbesar Dalam Sejarah

IPO merupakan singkatan bagi Initial Public Offering. Mana-mana syarikat yang ingin mengumpul dana awam dan ingin disenaraikan perlu melalui proses IPO terlebih dahulu. Syarikat memilih untuk diapungkan di bursa saham kerana ingin mengumpul dana bagi pelbagai tujuan seperti mengembangkan perniagaan, membayar hutang dan membeli aset tambahan.

Nak belajar lebih lanjut mengenai IPO, apa kata anda berkenalan dengan IPO terlebih dahulu. 

Baca : Jom Berkenalan Dengan IPO

Ada banyak IPO yang baru disenaraikan pada tahun ini baik di Bursa Malaysia dan juga mana-mana bursa saham di seluruh dunia. Jika di Malaysia, Farm Fresh baru sahaja ditawarkan kepada pelabur awam, di Amerika Syarikat pula ada Oatly. 

Gambar: Dairy Reporter

Baca : Oatly, Susu Alternatif Yang Baru Saja IPO Di Amerika Syarikat

Biasanya kita boleh membuat permohonan IPO di MITI dan juga bank.

Baca : Sistem Peruntukan Saham Khas Bumiputera MITI Version 2.0 Membolehkan Kita Beli IPO Secara Online

Modal yang ingin dikumpul melalui IPO pula berbeza-beza bagi setiap syarikat.  Sebagai contoh, J&T Express merancang IPO yang bernilai RM4.1 bilion.

Baca : J&T Express Rancang IPO Bernilai RM4.1 Bilion

Baru-baru ini juga Senheng merancang untuk menjana modal sebanyak RM267.5 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO).

Baca : IPO Senheng jana modal RM267.5 juta

Jika terdapat ribuan IPO di seluruh dunia pada setiap tahun, IPO manakah yang terbesar dalam sejarah?

Sumber: Statista

Berdasarkan infografik yang diperoleh daripada Statista, Saudi Aramco sebuah syarikat minyak & gas gergasi dari Arab Saudi menduduki tempat teratas sebagai IPO terbesar dalam sejarah. 

Saudi Aramco berjaya meraih dana berjumlah USD29.4 bilion melalui IPO. Pada awalnya Aramco hanya bercadang untuk mengumpul sebanyak USD25.6 bilion dengan menjual 3 bilion unit sahamnya. 

Gambar: Bloomberg

Namun, Aramco bertindak menjual lebih banyak saham syarikat pada IPO tersebut kerana terdapat permintaan yang tinggi ketika tawaran awal dibuat. Maka sebab itulah, dana yang berjaya diraih melalui IPO adalah setinggi USD29.4 bilion. 

IPO Ant Group dicanang bakal memecahkan rekod IPO Saudi Aramco, tetapi sehingga kini syarikat China tersebut belum lagi berjaya diapungkan. 

Ant Group memiliki platform pembayaran digital terbesar China iaitu Alipay.

IPO Ant Group belum lagi berjaya direalisasikan sehingga kini disebabkan kerajaan China sendiri mempunyai percubaan menghalang Ant Group daripada IPO. 

Baca : Kenapa China Menghalang IPO Ant Group?

Adakah syarikat Ant Group akan berjaya disenaraikan? Sama-sama kita nantikan. 

Previous ArticleNext Article

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.