Syarikat Gergasi Internet Yang Menguasai Dunia

Internet sangat penting bagi kehidupan sosial manusia zaman kini. Internet memudahkan kita semua untuk mendapatkan maklumat, berhubung dengan orang lain, membeli barangan atas talian, dan banyak lagi. 

Malah pandemik COVID-19 juga telah memaksa orang ramai untuk mula membudayakan kerja daripada rumah dan menghadiri kelas daripada rumah. Tanpa internet, ini semua mungkin tidak dapat direalisasikan. 

Sejak tahun 1998 sehingga kini, terdapat pelbagai syarikat internet yang menguasai peredaran laman web dunia.

Data di bawah diambil daripada Rankings – Comscore, Inc. yang kemudian dicantikkan semula ke dalam bentuk infografik oleh Visual Capitalist

Sumber: The 20 Internet Giants That Rule the Web (1998-Today)

Pada tahun 1998, AOL menduduki tempat teratas malah berada di atas syarikat internet gergasi lain seperti Yahoo, MSN, dan Microsoft. Mungkin ada yang tidak pernah dengar nama syarikat AOL. Sebenarnya AOL masih lagi wujud sehingga sekarang. 

Apa Itu AOL?

AOL merupakan sebuah web portal dan penyedia perkhidmatan online yang berpangkalan di New York City. 

Sumber: AOL

AOL diasaskan pada tahun 1985. 

Verizon membeli AOL pada tahun 2015 yang bernilai USD4.4 bilion dan kemudian Verizon mengambil alih Yahoo pada 2017 sebanyak USD4.5 bilion. Setelah menyelesaikan pengambilalihan Yahoo, Verizon meletakkan kedua-dua jenama di bawah jenama Oath. 

Baca : Yahoo is Yahoo once more after new owners complete acquisition

Verizon mempunyai harapan tinggi bagi Oath yang mana Oath direncanakan untuk menjadi opsyen ketiga bagi pengguna dan pengiklan yang tidak berminat menggunakan Google dan Facebook. 

Walaubagaimanapun, cita-cita tersebut tidak berjaya seperti yang diinginkan. Pada 2019, Oath dijenamakan semula menjadi Verizon Media dan kemudian dijual sekali lagi pada 2021. 

Pada kemuncak kegemilangannya, dianggarkan 35 juta orang mengakses internet menggunakan AOL. Malah, AOL turut mendapat tempias daripada Dotcom bubble. Ketika Dotcom bubble, nilai AOL berjaya mencecah USD222 bilion pada tahun 1999.

Pada hari ini 5 syarikat internet terbesar adalah Google, Microsoft, Yahoo, Facebook dan Amazon. Jika anda tanya pada semua orang, majoriti pasti mengenali lima syarikat ini. Nak cari maklumat pergi sahaja ke Google. Google telah berjasa kepada ramai orang dengan enjin carian Google.

Microsoft pula sebuah syarikat multinasional Amerika Syarikat yang menghasilkan perisian komputer, produk elektronik pengguna, dan servis berkaitan. 

Yahoo menyediakan portal web, enjin pencarian Yahoo Search dan pelbagai servis berkaitan.

Facebook pula merupakan laman rangkaian sosial yang menghubungkan ramai orang di seluruh dunia. India merupakan negara dengan pengguna Facebook terbesar dunia pada tahun 2021. 

Amazon sebuah syarikat peruncit dalam talian terbesar yang menyediakan platform untuk penjual memasarkan produk dan memudahkan orang ramai untuk membeli barang tanpa perlu ke kedai fizikal. 

Kelibat AOL sebagai salah sebuah syarikat internet gergasi tidak lagi kelihatan dalam senarai Top 20 tersebut.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.