Apa Perlu Buat Bila Inflasi Sedang Rancak Naik?

Setelah mengharungi zaman PKP selama lebih setahun setengah sejak tahun 2020, kini rakyat Malaysia terpaksa menerima “azab” kenaikan harga barangan asas dan makanan pula.

Harga barang naik sama dengan inflasi. Inflasi biasanya didefinisikan sebagai peningkatan peratusan dalam kumpulan barangan dan perkhidmatan sepanjang tempoh tertentu. 

Inflasi mula meningkat apabila pengguna dan perniagaan bersaing di antara satu sama lain bagi meningkatkan peratusan barangan dan perkhidmatan. Peningkatan harga barang dan perkhidmatan, akan menyebabkan kesan penurunan kepada kuasa membeli.

Pengurangan dalam kuasa membeli juga akan menyebabkan nilai wang ringgit mengecil dari tahun ke tahun.

Kesan kuasa membeli menurun adalah seperti contoh harga minyak masak tahun 2020 sekitar RM16.00 bagi 5kg, kini RM30.00 Elok-elok RM32.00 boleh angkut 2 botol minyak masak, sekarang boleh beli satu sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, malah harga barangan makanan asas seperti sayur-sayuran telah meningkat sehingga 200%. Kos perbelanjaan satu isi rumah atau satu keluarga yang kebiasaannya pada kadar RM300-RM500 di pasaraya dahulu kini telah meningkat kepada sekitar RM450-700.

Gambar : Freepik

Kadar inflasi negara mencatat 3.2 peratus pada bulan Disember 2021, disebabkan terutamanya oleh peningkatan indeks harga bagi komponen pengangkutan yang mencatat 9.5 peratus dan komponen makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatat 3.2 peratus. Bagi tahun 2021, kadar inflasi tahunan ialah 2.5 peratus berbanding -1.2 peratus pada tahun 2020. 

Kita boleh bicarakan tentang terma, definisi, kajian, serta segala bahasa ‘ekonomi’ dalam penulisan ini, namun ramai diantara kita hanya memikirkan bagaimana cara untuk survive pada fasa endemik ini yang sangat tertekan terutamanya kepada bajet kewangan kita.

Baca juga Mata Wang : Ringgit Turun Kerana Tidak Ditetap & Dijamin Kerajaan – Tun Dr Mahathir Mohamad

Apa Yang Boleh Kita Lakukan?

1. Jangan Berhenti Kerja.

Kita tahu bahawa musim COVID-19 ini telah memberi kesan kepada banyak syarikat dalam sektor-sektor tertentu tidak dapat mencapai jualan tahunan, ada juga yang tidak dapat mencapai pulangan tertentu bagi menampung kos pembayaran gaji pekerja. Hal ini telah menyebabkan majikan terpaksa let-go pekerja-pekerja mereka bagi menampung kos overhead  serta operasi yang akan datang.

Jika anda masih lagi bekerja, bersyukurlah kerana ramai yang telah menganggur di luar sana sejak PKP tahun 2020 lagi. Gunakan peluang ini untuk menjaga asas ekonomi keluarga dan kebajikan.

2. Beli Barang Masa SALE.

Biasa sangat turun ke lobi rumah apartmen, mesti penuh dengan barang-barang shopping dari Shopee, Lazada dan sebagainya. Setiap bulan pasti akan ada SALE dilakukan menerusi platform-platform ini dan yang lain juga.

Namun adakah anda mengambil peluang ini untuk membeli barangan asas yang lebih murah? Ketahuilah ketika musim jualan hangat ini, barangan seperti susu bayi, pampers, makanan sejuk beku, peralatan dapur juga diberikan diskaun besar-besaran. Daripada kita shopping ikut nafsu tak tentu hala, lebih baik manfaatkan ia kepada barangan keperluan harian kita!

3. Bawa Bekal ke Pejabat

Secara purata setiap hari pekerja akan membelanjakan sekitar RM15-RM30 untuk makanan sarapan, tengahari serta minum petang. Kalau setiap hari tak henti kita berbelanja di luar kemungkinan besar kita boleh habiskan duit sehingga RM700 sebulan, banyak tu!

Apa kata kita tukarkan cara kita berbelanja itu kepada membawa bekal makanan dari rumah. Sekurang-kurangnya tiada tambahan kos dikenakan dari ‘duit dapur’ kita kerana hasil pembelian barangan asas itu juga dibawa sekali ke pejabat. Jimat bukan?

4. Tambahkan Skill Yang Boleh Jana Pendapatan

Ada juga sektor-sektor pekerjaan yang mengamalkan sesi bekerja secara work-from-home (WFH). Akibat daripada perubahan kepada norma baharu ini, masih ramai lagi yang cuba menyesuaikan diri untuk menjadi lebih produktif ketika WFH.

Antara cara yang boleh menambahkan produktiviti kita adalah dengan cara tambahkan skill atau perhebatkan skill sedia ada yang boleh jana pendapatan.

Seperti contoh dalam bidang penyiaran, ada pekerja yang cuba menambahkan skill suara latar dan juga skill menulis. Ini kerana setiap job dalam bidang ini boleh dapat bayaran pada sekitar RM100 – RM500. 

Ada juga yang sudah mula menambah ilmu cara nak buat kopi dan biskut sebagai satu hobi baru. Maklumlah sambil-sambil dapat mengisi masa lapang, boleh juga menambahkan pendapatan bila dijual. 

5. Berniaga Part-Time

Nak berniaga sudah pasti kena ada ilmu, kena ada skill tertentu dan jiwa kena kental. Berniaga secara part-time juga salah satu alternatif terbaik untuk menambah pendapatan ketika kita sedang tertekan dengan keadaan kos sara hidup kini.

Namun yang demikian, buat secara part-time agar ia tidak mengganggu kerja hakiki kita yang telah diamanahkan majikan.

Berniaga secara sambilan ini anda boleh fokus kepada menjadi agen dropship, menjual makanan atau minuman, menjual buku, menjual pakaian kanak-kanak, dan macam-macam lagi.

6. Tambahkan Simpanan

Terdapat pelbagai inisiatif kerajaan yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia sejak pandemik. Antara  yang diberikan seperti bantuan pemberian tunai seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Geran Khas Prihatin (GKP), pengeluaran i-Citra &  i-Lestari di KWSP dan moratorium pinjaman bank selama satu tahun. 

Melalui inisiatif ini ia turut sama membantu dan mampu menambahkan jumlah simpanan kita daripada tiga ke empat angka kepada lima angka.

Baca juga panduan ini:

7. Jangan Lupa Mencarum Takaful

Takaful ni ada 3 sebenarnya, satu untuk tampung kos rawatan di Hospital, kedua melindungi kita ketika hilang upaya menyeluruh, ketiga ia bertindak sebagai pampasan kematian. Kita tidak tahu bila kita akan hadapi kemalangan, dan yang pasti kita juga tidak akan tahu bila kita akan “pergi” buat selamanya.

Ini sebenarnya merupakan satu tanggungjawab yang perlu kita titik beratkan. Cuba tanya diri kita sudahkah kita mempunyai simpanan yang mampu tampung keluarga kita sehingga 6 bulan? Kalau ya bagus, kalau tidak.. seharusnya kita membuat pertimbangan untuk mengambil Takaful bagi menjaga serta melindungi keluarga kita apabila kita sudah tiada daya mahupun tiada lagi bersama mereka buat selamanya. Tidak mampu ambil yang mahal, jangan risau. Caruman bermula dari RM50 pun ada.

Kami bukan ejen Takaful, cuma pernah menanggung kos yang sangat tinggi tatkala dimasukkan ke hospital.

Jom tonton dan share video ini!

Semoga kita membuat keputusan bijak serta berjaya tingkatkan upaya diri kita dalam fasa yang mencabar ini. Ayuh bangkit!

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

KWSP Suami Meninggal: Boleh Isteri Tuntut Sebagai Harta Sepencarian?

Selama ini, apabila seorang suami meninggal dunia, ramai mungkin menganggap wang KWSP yang ditinggalkan akan terus menjadi harta pusaka dan dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Namun, perkembangan hukum dan keputusan Mahkamah Syariah menunjukkan perkara ini sebenarnya lebih kompleks.

Pada September 2025, Muzakarah Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-128 memutuskan bahawa tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP oleh ahli beragama Islam adalah diharuskan, tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Mahkamah Syariah.

Keputusan ini membawa satu implikasi penting kepada pasangan yang berkahwin.

Wang KWSP tidak semestinya keseluruhannya menjadi harta pusaka untuk difaraidkan.

Sekiranya Mahkamah Syariah memutuskan sebahagian wang tersebut merupakan hak harta sepencarian pasangan, bahagian itu akan diberikan kepada pasangan terlebih dahulu. Bahagian yang diperintahkan sebagai harta sepencarian tersebut pula tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada pembahagian faraid.

Tetapi sebenarnya, isu ini bukan bermula pada 2025

Menariknya, beberapa negeri sudah mempunyai perkembangan berkaitan isu ini sebelum keputusan Muzakarah Kebangsaan tersebut.

Kelantan: kes KWSP sebagai harta sepencarian sejak 2000-an

Antara kes yang sering dirujuk ialah Norhayati binti Yusoff lwn Ahmad Shah bin Ahmad Tabrani, yang diputuskan di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Dalam kes tersebut, wang KWSP suami menjadi antara aset yang dituntut sebagai harta sepencarian.

Mahkamah mengiktiraf konsep sumbangan tidak langsung isteri. Walaupun isteri mungkin tidak membuat caruman KWSP secara langsung, sumbangan kepada rumah tangga boleh menjadi faktor dalam menentukan hak harta sepencarian.

Ini penting kerana ia menunjukkan bahawa persoalan harta sepencarian bukan semata-mata tentang siapa yang memasukkan duit ke dalam akaun.

Sumbangan pasangan kepada rumah tangga juga boleh mempunyai nilai dari sudut undang-undang Syariah.

Selangor pula mempunyai pendirian yang jelas

Dalam panduan Jabatan Mufti Selangor pada 2020 berkaitan wang KWSP selepas kematian suami, dinyatakan bahawa isteri boleh membuat tuntutan harta sepencarian sepanjang tempoh perkahwinan dengan arwah suami sebelum lebihan harta tersebut dibahagikan mengikut faraid.

Kemudian pada 2023, Selangor mempunyai fatwa khusus berkaitan harta sepencarian selepas kematian salah satu pihak dalam perkahwinan. Rujuk Fatwa Tentang Harta Sepencarian Selepas Kematian Salah Satu Pihak Dalam Perkahwinan Di Negeri Selangor.

Ini menunjukkan konsep tuntutan harta sepencarian selepas kematian bukan sesuatu yang hanya muncul selepas keputusan MKI pada 2025.

Johor: daripada pendirian lama kepada pendekatan baharu

Pendirian terdahulu di Johor menyatakan wang KWSP pencarum yang meninggal dunia merupakan harta pusaka dan tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian. Fatwa Johor yang lebih lama, dikeluarkan pada 2013, menyatakan:

“Apabila pencarum KWSP meninggal, wang KWSP ialah harta pusaka dan perlu difaraidkan; ia tidak boleh dijadikan harta sepencarian.

Namun, selepas keputusan MKI 2025, Johor mengambil pendekatan baharu yang membenarkan tuntutan harta sepencarian terhadap wang KWSP bagi ahli beragama Islam yang layak, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Syariah. Rujuk Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor.

Perubahan ini menunjukkan bagaimana pendirian berkaitan KWSP dan harta sepencarian boleh berkembang mengikut keputusan hukum dan kerangka undang-undang semasa.

NegeriKedudukan yang ditemuiTahun / status
KelantanAda kes Mahkamah Tinggi Syariah yang membenarkan tuntutan terhadap KWSP sebagai harta sepencarian; turut ada fatwa berkaitan tuntutan harta sepencarian selepas kematianKes 2006; Fatwa Negeri 2002
SelangorSecara rasmi mengiktiraf bahawa selepas kematian salah satu pihak, pasangan boleh menuntut harta sepencarian. Soal jawab Mufti Selangor juga secara jelas menyebut isteri boleh menuntut harta sepencarian terhadap KWSP arwah sebelum baki difaraidkanFatwa 2023; panduan 2020
JohorDahulu berpendirian sebaliknya: KWSP ialah harta pusaka dan tidak boleh dijadikan harta sepencarian. Tetapi pada 2026, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mengeluarkan keputusan baharu yang membenarkan tuntutan KWSP sebagai harta sepencarian, selaras dengan MKI 20252013 → berubah 2026
SarawakPernah memutuskan wang caruman KWSP tidak boleh dianggap harta sepencarian, sebaliknya harta pusaka yang difaraidkanKeputusan terdahulu

Jadi, apa maksudnya kepada pasangan?

Kita ambil contoh mudah.

Katakan seorang suami meninggal dunia dan meninggalkan RM500,000 dalam KWSP.

Isteri membuat tuntutan harta sepencarian.

Jika Mahkamah Syariah selepas mempertimbangkan tuntutan tersebut memutuskan bahawa RM150,000 adalah hak harta sepencarian isteri, maka RM150,000 itu bukan lagi sebahagian daripada harta pusaka suami untuk difaraidkan.

Baki RM350,000 pula barulah menjadi sebahagian daripada harta pusaka, tertakluk kepada proses pengurusan pusaka dan pembahagian mengikut faraid.

Jadi bukan bermaksud:

“Isteri automatik dapat separuh KWSP.”

Tidak.

Yang betul ialah:

“Isteri yang layak boleh membuat tuntutan, dan jumlah yang menjadi harta sepencarian bergantung kepada keputusan Mahkamah Syariah.”

Kenapa perkara ini penting untuk perancangan pusaka?

Sebab ramai orang melihat KWSP hanya daripada sudut simpanan persaraan.

Tetapi apabila berlaku kematian, ia menjadi sebahagian daripada proses pengurusan harta si mati.

Dalam konteks pasangan Islam, terdapat beberapa perkara yang perlu dibezakan:

Pertama, harta sepencarian.

Ini ialah tuntutan pasangan terhadap harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan, tertakluk kepada undang-undang dan keputusan Mahkamah Syariah.

Kedua, harta pusaka.

Selepas hak-hak yang berkaitan seperti harta sepencarian ditentukan, baki harta si mati boleh menjadi harta pusaka.

Ketiga, faraid.

Baki harta pusaka kemudiannya dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid.

Sebab itu seseorang tidak boleh terus melihat angka KWSP dan berkata:

“Ini semua akan difaraidkan.”

Ia bergantung kepada keadaan dan, bagi tuntutan harta sepencarian, keputusan Mahkamah Syariah.

Namun, jangan salah faham

Keputusan MKI 2025 bukan bermaksud setiap isteri automatik mendapat sebahagian daripada KWSP suami.

Ia hanya membuka ruang bahawa tuntutan tersebut diharuskan.

Tuntutan masih perlu dibuat dan dipertimbangkan oleh Mahkamah Syariah.

Jumlahnya juga tidak semestinya 50:50.

Mahkamah boleh melihat kepada pelbagai faktor dan bukti berkaitan sumbangan pasangan serta keadaan harta yang dituntut.

Satu lagi perkara penting ialah status keputusan hukum tersebut di setiap negeri. Keputusan Muzakarah MKI perlu dilihat bersama peruntukan dan proses undang-undang Syariah negeri masing-masing.

Daripada “siapa dapat KWSP?” kepada “apa hak setiap pihak?”

Ini sebenarnya perubahan cara kita melihat perancangan pusaka.

Bila seorang suami meninggal dunia, persoalannya bukan semata-mata:

“Berapa banyak isteri dapat?”

Tetapi:

“Apakah hak isteri sebagai pasangan? Apakah yang menjadi harta sepencarian? Apakah yang benar-benar menjadi harta pusaka? Dan siapa yang berhak menerima baki tersebut melalui faraid?”

Perbezaan ini nampak kecil, tetapi dari sudut nilai harta, ia boleh menjadi sangat besar.

Lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai simpanan KWSP jutaan ringgit.

Maka, bagi pasangan yang beragama Islam, memahami kedudukan harta sepencarian dan faraid semasa masih hidup jauh lebih baik daripada cuba memahami semuanya selepas berlaku kematian.

KWSP bukan sekadar soal berapa banyak kita berjaya kumpul. Kita juga perlu tahu bagaimana wang itu akan diurus apabila kita sudah tiada.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan nasihat undang-undang, fatwa atau nasihat kewangan. Kedudukan harta sepencarian, tuntutan wang KWSP dan proses pembahagian harta pusaka boleh berbeza mengikut negeri, fakta kes dan keputusan Mahkamah Syariah. Pembaca disarankan mendapatkan nasihat daripada peguam syarie, pihak berkuasa agama negeri atau pihak yang berkelayakan sebelum membuat sebarang tuntutan atau keputusan berkaitan harta pusaka.