Industri Pembedahan Kosmetik Di China Berkembang Dengan Kadar Yang Membimbangkan

Industri dunia kecantikan merupakan salah satu industri terbesar di dunia sejak seabad yang lalu. Sudah menjadi lumrah manusia untuk kelihatan cantik dan disebabkan perkara tersebut, industri ini menjana puluhan billion dollar setiap tahun.

Jika dilihat dari statistik, ramai yang menjangkakan industri kosmetik ini hanya tertumpu kepada barangan kecantikan untuk wanita tetapi untuk definasi yang lebih luas, industri ini juga turut merangkumi industri pembedahan plastik.

Sebelum ini, kita sering didedahkan bahawa Korea Selatan merupakan sebuah negara yang paling popular dalam mengamalkan pembedahan plastik di kalangan rakyat mereka. Ini kerana ia mempunyai nilai status di dalam sosioekonomi mereka sendiri dan kini telah menular ke China.

Dengan perkembangan muzik K-Pop ke seluruh dunia, masyarakat Korea Selatan mula menjadikan kelihatan cantik itu sangat penting dalam kehidupan masyarakat.

Selain Korea Selatan, fenomena pembedahan plastik juga turut berkembang pesat di China dan ia sangat membimbangkan berbanding dengan sedekad yang lalu. Sejak China menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat, kehidupan harian rakyat mereka juga turut berubah seiring dengan perubahan ekonomi yang pesat.

China merupakan salah satu negara yang paling cepat menghasilkan jutawan dalam dunia pada ketika ini.

Kenapa Rakyat China Suka Melakukan Pembedahan Plastik

Selaras dengan perubahan ekonomi yang berlaku di negara tersebut, tahap sosioekonomi juga turut berubah apabila rakyat China kini sangat meminati pembedahan plastik yang ditawarkan oleh mana-mana pusat kosmetik yang berada di dalam negara tersebut.

Selain dengan perkembangan ekonomi yang begitu memberangsangkan, terdapat beberapa faktor yang menjadikan China sebagai destinasi pembedahan plastik yang terkemuka dunia selepas Amerika Syarikat. Jika dahulu, setiap pembedahan plastik pasti akan menelan belanja yang sangat tinggi.

Sebagai contoh, jika seseorang itu ingin melakukan pembedahan untuk memancungkan hidung, dia perlu ditidurkan dan perlu melakukan prosedur seperti pembedahan sebenar. Dengan perkembangan teknologi yang semakin terkehadapan, mereka boleh melakukan prosedur memancungkan hidung tanpa memerlukan pembedahan sebenar.

Hanya suntikan bahan kimia yang dikenali sebagai hyaluronic acid (bukan hydrochloric acid yer) yang mana kesan yang diperolehi adalah sama dengan memasukkan silikon ke dalam hidung. Ini menyebabkan kos  untuk memancungkan hidung sangat murah dan boleh didapati hanya dengan membayar satu per sepuluh dari kos pembedahan sebenar yang sepatutnya mereka bayar.

Selain itu juga, kebanyakan ibu bapa di China menggalakkan anak mereka untuk melakukan pembedahan plastik dan sebahagian besar dari mereka sanggup membayar kos pembedahan tersebut demi kecantikan anak mereka.

Kebanyakan golongan millennial pada hari ini di China merupakan hasil dari polisi yang diperkenalkan pada era 1970-an yang mana satu keluarga satu anak. Jadi ibu bapa mereka sanggup berhabis wang ringgit terhadap anak tunggal mereka dan sebahagian ibu bapa di sana kebiasaannya menghadiahkan pembedahan plastik ini apabila anak mereka berjaya menamatkan sekolah di peringkat menengah.

Pembedahan yang paling popular di sana untuk masyarakat China adalah membuat kelpak mata dan kosnya adalah lebih murah pada ketika ini. Selain itu juga terdapat beberapa aplikasi yang menyediakan perkhidmatan dan pengiklanan untuk pelanggan melakukan pembedahan kosmetik.

Aplikasi Gengmei dan So-Young menjadi salah sebuah aplikasi yang popular di China kerana aplikasi tersebut menyediakan Artificial Intelligence (AI) bagi memberitahu pengguna mereka bahagian mana yang sepatutnya mereka ubah untuk kelihatan cantik.

Selain itu, pengiklanan klinik-klinik yang melakukan pembedahan kosmetik juga turut terpapar dalam aplikasi tersebut bagi memudahkan pengguna untuk memilih perkhidmatan mereka.

Kesan Buruk Jika Tidak Ditangani Dengan Betul

Dengan perkembangan yang semakin ketara terhadap pembedahan kosmetik di China, ia telah memberi kebimbangan yang terkini kepada pentadbiran Xi Jinping. Ini disebabkan oleh banyak klinik yang melakukan pembedahan kosmetik yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

Kerajaan China yang mula memandang berat tentang isu ini kerana mereka bimbang jika isu ini tidak ditangani dengan betul, ia akan memberikan kemudaratan yang besar kepada rakyat mereka untuk masa hadapan nanti terutamanya dari segi kesihatan fizikal dan juga mental.

Nak Belajar Buat Duit Dengan NFT?

Tak tahu apa itu NFT? Selalu dengar orang senang je buat duit dengan NFT.

Senang ke benda ni?

Ada yang buat duit melalui NFT dengan hanya memuat naik selfie!

Ada yang flipping NFT yang dimiliki. Wah!
Dah macam pelaburan hartanah ni ada flipping bagai….

Jadi, adakah anda :-

  • Nak tahu tentang NFT?
  • Berminat nak tambah pendapatan melalui NFT?
  • Nak tahu cara buit duit dengan mudah melalui NFT?
  • Ingin ketahui cara jual beli NFT?
  • Nak dapatkan tips untuk transfer fee yang rendah?

Segalanya akan terjawab dalam Webinar NFT tidak lama lagi

Jangan lepaskan peluang ini. Pra-Daftar SEKARANG di thekapital.my/jomNFT

Previous ArticleNext Article

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.”National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.