
Sub Topik
Ramai yang belum terlibat dalam pelaburan saham dengan memberi alasan tiada ilmu. Ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk mendapatkan ilmu seperti menyertai kelas saham anjuran guru saham, membeli buku pelaburan, menyertai webinar, menonton You Tube dan banyak lagi.
Pendek kata, ada banyak jalan untuk anda. Kami faham jika ada yang tidak berkemampuan untuk menyertai kelas saham dan membeli buku. Itu tidak menjadikan ilmu sukar untuk diperolehi.
Tahukah anda Bursa Academy merupakan salah satu tempat rujukan untuk anda mendapatkan ilmu saham percuma?

Apa itu Bursa Academy?
Bursa Academy ialah platform e-pembelajaran yang menawarkan ilmu pembelajaran yang menyeluruh meliputi 3 pasaran iaitu pasaran ekuiti, derivatif dan ekuiti Islamik.
Di Bursa Academy, ilmu yang disediakan adalah percuma dan terbuka kepada semua dan kandungan yang tersedia adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Webinar Untuk Memantapkan Ilmu
Berikut merupakan antara contoh webinar yang dijalankan oleh Bursa Academy. Sudah tentu ianya percuma.

Webinar-webinar yang dianjurkan pula hadir dalam pelbagai bahasa.
Jika anda selesa untuk belajar ilmu saham dalam Bahasa Malaysia, anda boleh sertai webinar yang menggunakan Bahasa Malaysia contohnya seperti di bawah “Ichimoku sebagai petunjuk dagangan”. Ia hanyalah salah satu contoh dari beberapa webinar Bahasa Malaysia yang dijalankan.
Ada juga webinar dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin.
Dalam webinar tersebut, anda bebas bertanyakan soalan pada speaker.
Equity Trading Simulator
Nak tahu sesuatu yang menarik? Jika anda belum ada akaun CDS dan akaun trading, anda juga boleh trade olok-olok di Bursa Academy.
Mungkin proses membuka akaun CDS agak memakan masa. Jika anda sudah tidak sabar untuk merasai pengalaman beli dan jual saham, sila cuba “Equity Trading Simulator” yang disediakan di Bursa Academy.

Anda perlu mempunyai akaun Bursa Academy untuk login ke dalam simulator tersebut. Selesai membuat pendaftaran, anda pun boleh login dan rasai sendiri pengalaman tersebut.
Jika malas nak daftar Bursa Academy, anda juga boleh login menggunakan emel dan kata laluan Bursa Market Place. Mudah bukan?
Setelah login, homepage simulator tersebut adalah seperti di bawah. Nampak macam biasa tengok bukan? Ciri-ciri yang ada pada simulator tersebut sangat mirip kepada trading platform sebenar.

Berita Terkini

Klik “News” untuk kemaskini berita berkaitan pasaran tempatan. Selepas ini anda tidak lagi ketinggalan untuk membaca berita-berita menarik dan terkini. Jangan risau berkenaan dengan kesahihan berita tersebut kerana sumber berita tersebut adalah daripada Bernama.com.
Tunggu apa lagi. Jika ini merupakan kali pertama anda dengar mengenai Bursa Academy, inilah waktunya untuk anda terokai platform tersebut dan tonton banyak video webinar yang sememangnya akan membantu anda.
Dapatkan juga ilmu ini:
- Pelaburan Saham Patuh Syariah Di Bursa Malaysia
- Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere
- Cara Melabur Patuh Syariah Di Bursa Saham – Apa Kata Mufti Wilayah?

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !
Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.
Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.
Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.























