4 Tips Memilih Broker Saham Yang Sesuai Dengan Anda

Adakah anda seorang yang baru berkenalan dengan saham dan telah tiba masanya untuk anda membuka akaun CDS dan akaun trading?

Untuk mula melabur dan berdagang saham, anda wajib mempunyai akaun CDS dan akaun trading.

Sebelum itu, apa itu akaun CDS dan apa pula akaun trading?

Akaun CDS berfungsi untuk menyimpan dan mengemas kini saham yang anda beli atau jual. Anda boleh membuka akaun CDS di mana-mana bank pelaburan dan syarikat broker yang berdaftar di negara ini.

Untuk pengetahuan anda, akaun CDS juga boleh dibuka secara online hanya dengan aplikasi Bursa Anywhere. Sekarang semuanya mudah dan maklumat juga boleh diperoleh di hujung jari. Kami kongsikan kepada anda tutorial buka akaun CDS secara online guna aplikasi Bursa Anywhere.

Baca: Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Bursa Anywhere merupakan aplikasi yang boleh dimuat turun di telefon pintar anda. Oleh itu, anda tidak akan dapat melayari Bursa Anywhere di laman carian internet.

Di atas merupakan cara mendaftar akaun CDS. Sekarang tiba masanya untuk membuka akaun trading.

Akaun trading pula berfungsi untuk membuat transaksi belian dan jualan saham. Modal pelaburan perlu dimasukkan ke dalam akaun trading ini sebelum anda boleh mula membeli saham.

Terdapat banyak broker / bank pelaburan yang anda boleh pilih untuk membuka akaun trading bergantung kepada keselesaan.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda pilih broker yang sesuai untuk anda.

1. Caj Brokerage

Setiap broker mempunyai caj brokerage yang berlainan. Ada yang murah dan ada juga yang sedikit mahal berbanding broker yang lain. Pada zaman ini, caj brokerage yang dikenakan amat kompetitif dan tidak jauh beza di antara broker-broker yang lain.

Jika anda seorang trader tegar, anda mungkin boleh mempertimbangkan broker yang mengenakan caj brokerage yang rendah. Jika anda seorang pelabur jangka masa panjang, caj brokerage mungkin tidak menjadi isu kepada anda kerana anda jarang melakukan transaksi beli dan jual.

Baca juga Brokerage Fee Dan Kos-Kos Lain Untuk Jual Beli Saham dan 4 Jenis Kos Beli dan Jual Saham

2. Trading Platform Yang Mudah Digunakan

Setiap broker menyediakan trading platform yang berbeza-beza. Ada yang mudah digunakan, ada yang mempunyai banyak fungsi menarik malah ada yang menyediakan screener yang baik.

Perkara yang paling penting adalah pengalaman pengguna menggunakan trading platform tersebut. Sekiranya anda masih baru dan belum lagi mempunyai pengalaman yang tinggi, anda disarankan memilih trading platform yang mesra pengguna.

3. Kempen Yang Menarik

Salah satu tips kepada anda untuk memilih broker yang baik adalah broker tersebut sering mengadakan kempen-kempen yang menarik serta menguntungkan para pelanggannya.

Sebagai contoh,kempen percuma caj brokerage bagi tempoh sebulan bagi pelanggan terpilih. Selain itu, antara kempen menarik yang sering dianjurkan adalah kempen memberi hadiah kepada pemenang terpilih.

Baca: Senarai Broker Saham Terbaik Di Malaysia

Kempen yang menarik memberi petanda bahawa broker menghargai klien-klien yang membuka akaun bersama mereka serta menggunakan servis mereka.

4. Mempunyai Barisan Remiser Atau Dealer Yang Memberi Support

Sebagai newbie dalam pelaburan saham, bimbingan daripada pihak yang berpengalaman dan betul adalah amat penting.

Apa yang anda boleh lakukan adalah kenal pasti remiser atau dealer yang menyediakan servis yang baik kepada klien mereka.

Antara servis yang disediakan adalah kelas saham percuma, support group yang sentiasa menjawab pertanyaan anda serta membantu anda sekiranya anda ada masalah berkaitan dengan akaun anda.

Kesimpulannya sekiranya anda seorang pelabur beragama Islam, sebaiknya anda pastikan terlebih dahulu broker pilihan anda tersebut adalah patuh syariah dan anda juga perlu memastikan anda membuka akaun Islamik bagi mengelak daripada menghadapi sebarang insiden terbeli saham yang tidak patuh syariah.

Akhir kata, selamat datang ke dunia pelaburan saham dan semoga anda terus menjana keuntungan daripada pelaburan anda.

Dapatka juga ilmu seperti :-

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Penjagaan Kesihatan: Program Rintis MediAsas Bakal Bermula Akhir Julai

Saranan WAJARAN TINGGI kekal

Program perintis untuk MediAsas, iaitu Pelan Asas Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT), dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Walaupun senarai hospital yang menyertai program ini masih belum diumumkan, kami menjangka pengendalipengendali fasiliti perubatan yang kami kaji akan menyertainya, walaupun secara pilihan. Premium bulanan indikatif berlingkungan antara MYR60 dan MYR550, manakala harga muktamad akan ditetapkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Apa itu MediAsas?

Ia merupakan produk asas MHIT yang direka untuk menambah baik tahap kemampuan sambil bertindak sebagai batu loncatan ke arah pelaksanaan berperingkat sistem bayaran mengikut diagnosis pesakit (DRG). Dua produknya iaitu Medi Asas Teras (pelan biasa) dan MediAsas Fleksi (pelan tambahan), akan dilancarkan secara rintis di Lembah Klang sepanjang tempoh tiga bulan sehingga Okt 2026.

Program rintis ini melibatkan enam syarikat insurans dan takaful, iaitu AIA, Allianz Malaysia (ALLZ MK, BELI, TP: MYR23.90), Great Eastern Malaysia, Prudential BSN Takaful, Etiqa, dan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga (STMB MK, NEUTRAL, TP: MYR3.60), dan hospital-hospital terpilih. Premium bulanan indikatif dijangka berlingkungan antara MYR60 dan MYR550 untuk individu yang menyertai pelan tersebut sehingga usia 70, dengan liputan dilanjutkan sehingga usia 85. Harga akhir akan disahkan sebelum pelancaran di seluruh negara pada Jan 2027.

Ciri-ciri utama dan bakal implikasi.

Kertas Putih untuk pelan MHIT Asas yang diterbitkan sebelum ini menggariskan potongan MYR500 di samping mekanisme bayaran bersama (co-payment) dua tahap, dengan tiada bayaran bersama untuk hospital Tahap 1 (rangkaian dalaman) dan bayaran bersama sebanyak 20% (terhad padaMYR3,000 bagi setiap kecacatan) untuk hospital Tahap 2 (luar rangkaian).

Dua kesan penting:

i) Hospital yang tidak terpilih sebagai hospital panel pilihan mungkin akan mengalami tekanan terhadap bilangan pesakit (kesan terhadap pengendali premium seharusnya kecil memandangkan tumpuan mereka pada kes-kes yang lebih serius

ii) penetapan harga yang dibandingkan dengan hospital swasta bertahap lebih rendah hingga sederhana mungkin memerlukan pengendali premium untuk menawarkan pakej yang lebih seragam dan cekap kos, sekali gus membataskan keupayaan mereka untuk mengewangkan nilai jenama premium untuk segmen M40.

Menyentuh hal tersebut, kami berpendapat bahawa KPJ Healthcare berada pada kedudukan terbaik untuk memanfaatkan pelaksanaan MHIT dan DRG kelak, khususnya menerusi rangkaian luas hospital sekunder/komuniti miliknya yang beroperasi dengan asas kos yang lebih rendah, dengan ruang untuk menampung lebih banyak bilangan pesakit dan seterusnya mungkin memelihara margin bawah struktur pembayaran balik berasaskan DRG.

Risiko-risiko negatif utama, kos mengurus lebih mahal daripada anggaran, kunjungan pesakit dan pertumbuhan intensiti hasil lebih rendah berbanding jangkaan, dan perubahan dasar yang buruk. Sekiranya nilai USD melemah dengan ketara, IHH Healthcare mungkin mengalami kesan FX yang buruk terhadap perolehannya di luar negara manakala Duopharma mungkin meraih manfaat daripada pelepasan kos terhadap bahan farmaseutikal aktif (API) diimport.