Betul Ke Nak Trade FCPO Kena Modal Besar?

Sejak kebelakangan ini, ramai yang mencari alternatif pelaburan lain untuk menjana keuntungan dalam fasa pasaran bearish ketika ini. Pasaran saham masih tidak menunjukkan tanda-tanda bullish yang kuat. Hal ini kerana, kenaikan kadar interest di seluruh dunia oleh bank-bank pusat untuk mengawal kadar inflasi harga barang. Kenaikan harga barang asas telah menyebabkan kos sara hidup meningkat dengan begitu drastik.

Pasaran alternatif yang ada di Malaysia adalah pasaran futures FCPO. Hal ini kerana, hanya produk FCPO yang disahkan patuh shariah dan juga paling tinggi volume di antara yang lain. Ramai pelabur yang tertarik dengan produk FCPO kerana boleh didagangkan secara dua hala dan juga patuh shariah. Namun begitu, kekangan lain yang menyebabkan pelabur tidak dapat meneruskan perdagangan dalam FCPO adalah modal yang besar. Untuk berdagang 1 lot kontrak FCPO memerlukan RM11,000. Modal margin yang tinggi menyebabkan ramai pelabur terpaksa menangguhkan niat untuk mula berdagang FCPO.

Tetapi tahukah anda, anda boleh berdagang FCPO dengan hanya modal bawah RM3,000 iaitu dengan cara berdagang Spread. FCPO Spread trading sebenarnya adalah cara berdagang secara hedging iaitu anda membeli satu kontrak dan menjual satu kontrak dalam masa yang sama. Sebagai contoh, jika pelabur FCPO Spread ingin mengambil Buy Position dalam FCPO Spread kontrak Oktober 2022, mereka akan membeli 1 lot kontak Oktober 2022 dan menjual 1 lot kontrak November 2022 pada waktu yang sama.

Modal Pelaburan FCPO Spread

Modal pelaburan FCPO Spread bermula dengan RM2200 sehingga RM3300. Perbezaan ini adalah berdasarkan kontrak bulanan dalam FCPO. Harga yang disebutkan di atas adalah berdasarkan tier harga FCPO Spread dari Kenanga Futures. Dalam FCPO Spread tier harga bermaksud perbezaan harga antara Spread dari kontrak bulan yang dekat hingga kontrak bulan yang jauh.

Tier 1 – Okt 2022/Nov 2022 (RM2,200)

Tier 2 – Okt 2022/Dis 2022 (RM2,700)

Tier 3 – Okt 2022/Jan 2023 (RM3,300)

FCPO Spread trading adalah satu alternatif yang sangat baik kerana volatility yang rendah dan low risk. Spread trading bermaksud pelabur berdagang berdasarkan perbezaan harga antara dua kontrak.

Contoh :

Harga Kontrak Okt 2022 : 4320
Harga Kontrak Nov 2022 : 4390

Jika pelabur berdagang FCPO Spread, pelabur hanya terdedah pada perbezaan antara dua kontrak. Jika dalam outright, harga FCPO bergerak antara 150 ticks hingga 300 ticks manakala dalam FCPO Spread harga bergerak antara 10 ticks hingga 30 ticks.

Bagaimana Spread Trading Didagangkan?

Pelabur tidak perlu melihat dua carta kontrak yang berbeza untuk berdagang FCPO. Hal ini kerana terdapat carta Spread yang telah disistemkan untuk memudahkan perdagangan Spread. Pelabur boleh berdagang Spread dengan menggunakan carta ini dengan mudah.

  • Buy Position

Contoh 1 :

Beli kontrak Mac 2022 dan jual kontrak Apr 2022 apabila buka position.

Jual kontrak Mac 2022 dan beli kontrak Apr 2022 apabila tutup position.

Setiap transaksi jual beli Spread akan melibatkan 2 kontrak yang berbeza.

  • Sell Position

Contoh 1 :

Jual kontrak Mac 2022 dan beli kontrak Apr 2022 apabila buka position.

Beli kontrak Mac 2022 dan jual kontrak Apr 2022 apabila tutup position.

Setiap transaksi jual beli Spread akan melibatkan 2 kontrak yang berbeza.

Rumusan

Setiap perkara baru yang kita pelajari perlu diteruskan dengan kajian dan pembacaan yang mendalam supaya dapat memahami dengan baik. Sebelum terlibat dengan pelaburan FCPO Spread, anda perlu merujuk broker masing-masing kerana setiap broker mungkin mempunyai panduan dan cara tersendiri dalam Spread Trading.

Dapatkan lagi ilmu FCPO:

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Lantunan Melawan Arus Namun Trend Menurun Masih Berlangsung

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO mencatat lantunan melawan arus trend semalam apabila menaik MYR13 untuk ditutup pada paras MYR4,551. Komoditi ini membuka sesi dagangan pada paras lebih rendah iaitu sebanyak MYR4,534. Ia jatuh kepada paras terendah sesi hari itu sebanyak MYR4,528 sebelum minat pembelian yang kuat muncul, lalu membawanya kepada paras tertinggi berjumlah MYR4,580. Akhirnya, ia menutup dagangan berhampiran paras tertinggi berkenaan dan membentuk corak lilin menaik. Pergerakan harga yang positif ini dianggap sebagai lantunan yang melawan arus trend. RSI sekarang semakin meningkat, sekali gus menunjukkan momentum menaik kembali muncul.

Walaupun mengalami kenaikan harga, komoditi ini masih lagi berada di bawah garisan SMA 50 hari, yang mengesahkan bahawa struktur pasaran menurun dalam jangka sederhana masih kuat. Kami ramalkan tekanan jualan akan kembali menghampiri garisan SMA 50 hari sekiranya momentum menaik bertahan. Buat masa sekarang, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO melepasi paras MYR4,700.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada penutupan 12 Mei, iaitu MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi kekal kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan pertama sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840.