5 Sebab FCPO Lebih Seronok Daripada Saham

Pasaran saham dijangka akan berada dalam fasa kitaran Bearish sehingga tahun hadapan. Ini disebabkan oleh polisi bank dunia yang akan menaikkan kadar faedah untuk melawan kadar inflasi yang tinggi. Negara Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah sedang mengalami tekanan inflasi yang sangat tinggi. Ini adalah kerana gangguan bekalan barangan asas disebabkan Perang Rusia-Ukraine yang seolah-olah tiada kesudahan.

Bermula pada awal tahun 2022, dunia mengalami ketidaktentuan dalam pasaran bermula dengan kejatuhan mata wang kripto dan juga kejatuhan harga komoditi.

Sumber: https://www.statista.com/chart/24966/bitcoin-ups-and-downs/

Pasaran saham juga tidak terkecuali, selepas Indeks FBMKLCI mencapai paras tertinggi pada bulan April yang lalu sekitar 1600 mata. Kini indeks pasaran kita masih kelihatan tidak mampu untuk meneruskan kenaikan.

Sumber: TradingView

Namun begitu, terdapat pasaran seperti pasaran niaga hadapan ataupun lebih dikenali sebagai Futures yang tidak terkesan dengan kejatuhan ekonomi dunia. Ini adalah  kerana pasaran Futures boleh didagangkan secara dua hala. FCPO merupakan salah satu instrumen yang boleh digunakan dan telah disahkan sebagai kontrak patuh syariah oleh panel syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SAC).

Sila baca juga: Derivatif Patuh Syariah?



Pasaran Futures di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) kini tidak lagi seperti dahulu. Hal ini kerana pasaran Futures di BMD telah masuk ke era globalisasi. Kadar kecairan pasaran Futures terutama FCPO yang sangat tinggi saban tahun telah menarik banyak pelabur dari luar negara. Masih ramai pelabur tempatan yang tidak terlibat dalam pasaran FCPO dek kerana kekurangan informasi dan tidak selalu diwar-warkan dalam arus media perdana.

Pasaran FCPO mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding pasaran saham. Artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengkritik pasaran saham. (Kami pun melabur saham). Cuma bertujuan untuk memberitahu pilihan lain yang pelabur ada selain saham.

Mari kita lihat 5 kelebihan FCPO berbanding saham.

1. Pasaran Dua Hala

Pasaran FCPO boleh didagangkan dalam dua hala. Maksudnya, jika pasaran sedang Bullish, pelabur boleh mengambil posisi long dan jika pasaran Bearish, pelabur boleh mengambil posisi short. Walaupun posisi long dan short dibenarkan dalam FCPO, ia tidak sama seperti pasaran Forex dan minyak mentah (Crude Oil). Hal ini kerana FCPO mempunyai ciri-ciri barang fizikal yang jelas.

Contoh kiraan posisi long dan short.

2. Pasaran Yang Volatile

Pada masa artikel ini ditulis, pasaran FCPO bergerak dalam purata 150 – 200 tick setiap hari. Sebagai pedagang FCPO, ini adalah masa keemasan untuk menjana keuntungan yang tinggi. Kiraan 1 tick bersamaan RM25, oleh itu peluang menjana keuntungan dalam pasaran FCPO sangat tinggi iaitu antara RM3,750 hingga RM5,000 setiap hari. Namun begitu, risiko untuk menerima kerugian juga adalah sama tinggi.

3. Fokus Pada 1 Carta

Tidak seperti saham, biasanya pelabur perlu meneliti dan mengkaji banyak saham yang berpotensi setiap hari. Dalam pasaran FCPO, pedagang hanya memfokuskan pada satu carta sahaja iaitu carta kontrak FCPO bulanan. FCPO didagangkan dalam bentuk kontrak dan ia bertukar-tukar setiap bulan. Jadi, pedagang hanya perlu fokus pada carta kontrak sahaja dan tidak perlu lagi untuk mengkaji kaunter yang banyak.

Sumber: Platform CGS-CIMB Futures

4. Patuh Syariah

Produk FCPO memang sudah disahkan patuh syariah oleh Panel Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SAC). Tiada ragu!

Sumber: Suruhanjaya Sekuriti

5. Boleh Trade Waktu Malam

Ini kelebihan FCPO yang tidak ada pada pasaran saham Bursa Malaysia. FCPO telah mula memperkenalkan sesi dagangan waktu malam sejak akhir tahun lepas. Hal ini untuk menarik lebih ramai pedagang global untuk terlibat dalam pasaran FCPO. Pasaran FCPO dibuka pada waktu malam bermula jam 9.00pm hingga 11.30pm.

Apabila pasaran saham merudum, pasaran Futures seperti FCPO adalah yang terbaik. Namun begitu, kena ada ilmu dahulu! FCPO antara pasaran yang sangat mudah cair dan mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding saham.

Baca juga: 10 Soalan Yang Sering Ditanya Mengenai (FCPO) Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah

Dapatkan Ilmu Betul Untuk Trade FCPO!

Khas untuk pembaca setia MajalahLabur, sertai webinar khas step-by-step untuk anda yang berminat nak tahu selok-belok berdagang Futures.

Pra-daftar dahulu untuk jadi yang terawal dapat info bila kami buka pendaftaran nanti!

Previous ArticleNext Article

FCPO: Mendatar Di Bawah Garisan SMA 50 Hari

  • Kekalkan pegangan jualan

FCPO menurun MYR2 untuk ditutup pada paras MYR4,535 selepas tekanan jualan muncul berhampiran garisan SMA 50 hari. Pada Jumaat, komoditi ini membuka sesi dagangan pada harga MYR4,547. Ia kemudiannya berayun antara MYR4,570 dan MYR4,518 sebelum menutup dagangan pada paras MYR4,535. Pergerakan harga ini mengesahkan bahawa garisan SMA 50 hari terus menjadi paras rintangan overhed.

Selagi komoditi ini berada di bawah garisan purata bergerak jangka sederhana ini, mereka yang menantikan penurunan harga akan mempunyai kelebihan teknikal. Sementara itu, paras rintangan kukuh dijangka berada pada paras MYR4,700. Dalam keadaan pasaran menurun, paras rintangan kukuh dan akan menghalang kenaikan harga komoditi ini. Kami akan terus berpegang pada bias dagangan negatif melainkan FCPO menembusi paras ambang MYR4,700 tersebut.

Kami menyarankan para pedagang untuk terus mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada 12 Mei atau MYR4,481. Untuk mengurus risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi masih kukuh pada MYR4,700.

Paras sokongan pertama berada pada MYR4,390 yang diikuti oleh paras MYR4,300. Paras rintangan terdekat sebaliknya berada pada MYR4,700 dan diikuti oleh paras rintangan lebih tinggi bernilai MYR4,840