Tabung Haji Catat Pendapatan RM1.47 Billion Separuh Tahun Pertama 2022

Tabung Haji menjadi tempat bagi umat muslim di Malaysia menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji. Tetapi, apa lagi yang anda tahu tentang fungsi lain Tabung Haji?

Dengan Tabung Haji juga, anda boleh menyertai pelaburan dengan simpanan yang dibuat dan juga kebajikan anda akan terjaga melalui melalui pelbagai kemudahan yang ditawarkan.

Baca juga: Sejarah Tabung Haji Di Malaysia

Kini, Tabung Haji semakin mengorak langkah ke hadapan setelah mencatatkan pendapatan yang semakin memberangsangkan.

Sumber: TH catat pendapatan RM1.47 bilion bagi tempoh separuh pertama 2022

Dalam entri ini, jom kita lihat antara pencapaian yang dilakukan oleh Tabung Haji sehingga mencapai pendapatan RM 1.47 Billion dalam tempoh enam bulan pertama 2022.

Pendapatan Tertinggi Sejak 59 Tahun Penubuhannya

Pencapaian yang dilakukan oleh Tabung Haji ini telah membuktikan bahawa ia masih lagi relevan dalam pilihan masyarakat muslim di negara kita. Dengan itu, pelbagai inisiatif akan dilakukan oleh Tabung Haji bagi memastikan masyarakat akan memberi sokongan yang konsisten. Mereka juga akan mengekalkan momentum dalam menguruskan hal ehwal ekonomi Islam.

Apa Yang Membuatkan Tabung Haji Memperolehi Pendapatan Tersebut?

Tabung Haji memperoleh pendapatan yang membanggakan ini adalah daripada hasil sumbangan aset-aset pelaburan utama seperti hartanah, saham dan sebagainya. Selain itu, peningkatan pendeposit dalam Tabung Haji juga adalah antara faktor kejayaan mereka memperoleh pendapatan tersebut. 

Untuk pengetahuan anda, jumlah deposit dalam Tabung Haji telah meningkat kepada RM88.09 Billion yang merupakan paras tertinggi dalam sejarah mereka.

Selain itu, pengurusan kewangan yang dilakukan oleh Tabung Haji secara berhemah juga telah meningkatkan pendapatan mereka. Mereka juga telah berjaya mengharungi ancaman inflasi yang terjadi semenjak berlakunya pandemik COVID-19.

Semenjak penubuhannya, daya tahan Tabung Haji sememangnya di tahap yang baik juga antara penyumbang kejayaan yang dimiliki oleh mereka.

Apa Rancangan Tabung Haji Seterusnya?

Selari dengan kejayaan yang dilakukan oleh Tabung Haji, perancangan dan tindakan yang mantap terus diatur dan dilaksanakan secara strategik. Mereka juga mempunyai sasaran untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh itu, Pelan Transformasi Strategik 2022-2024 yang dikenali sebagai HIJRAH24 telah dilaksanakan.

HIJRAH24 ini akan menjadi panduan dalam usaha transformasi yang dilakukan oleh Tabung Haji. Transformasi tersebut telah dilakukan secara berkala dari segi operasi, dasar, panduan dan kos berkaitan. Ianya dilakukan bertujuan untuk kekal berdaya saing dan seiring dengan peredaran masa bagi memastikan kekal mampan pada masa hadapan.

Tabung Haji Menyasarkan Penggunaan THiJARI

Sumber: Tabung Haji

Untuk pengetahuan anda, sasaran utama HIJRAH24 yang ingin dicapai pada penghujung tahun 2024 adalah peningkatan saiz dana berjumlah RM100 Billion. Sasaran tersebut adalah untuk meningkatkan lagi dana yang ada pada ketika ini. 

Saiz dana Tabung Haji pada ketika ini berjumlah RM88.09 Billion, satu kejayaan yang lagi besar sekiranya berjaya mencapai RM100 Billion kelak.

Di samping itu, Tabung Haji juga sedang meningkatkan sasaran untuk menarik pengguna baru platform digital THiJARI milik mereka. Kini, pengguna baru di platform THiJARI telah meningkat seramai 639 ribu orang. Mereka juga harap dapat mencapai sasaran pengguna seramai 1 juta pengguna baharu menjelang akhir tahun 2022 nanti.

Kesimpulannya, dengan adanya Tabung Haji, ia memberi manfaat yang sangat banyak kepada kita semua sebagai umat Islam di Malaysia. Ia turut berfungsi sebagai institusi kewangan Islam yang wajar dijadikan contoh dan mampu memberikan pulangan dividen yang lumayan.

Oleh itu, kepada anda yang belum mempunyai akaun Tabung Haji, jom daftar sekarang kerana banyak manfaat yang akan anda nikmati!

Jangan keliru lagi, baca juga: Apa Beza Buka Akaun Tabung Haji dan Daftar Haji?

Rujukan: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/kha-09222022-1200/th-catat-pendapatan-rm147-bilion-separuh-tahun-pertama-2022

Previous ArticleNext Article

FCPO: Momentum Kenaikan Pasaran Diteruskan

  • Kekalkan pegangan belian

FCPO melanjutkan kenaikannya buat kali kedua dengan mengekalkan lantunannya daripada paras sokongan MYR4,400 untuk ditutup pada harga lebih tinggi sebanyak MYR4,495. Komoditi ini memulakan sesi dagangan pada harga MYR4,491, kemudian ia mereda ke paras terendah intrahari pada MYR4,444 buat seketika, sebelum berterusan menaik ke arah paras tertinggi sesi pada MYR4,517 dan ditutup dengan corak lilin menaik. Pergerakan harga yang kukuh yang dilihat menerusi pergerakan positif kedua ini mengesahkan bahawa sentimen kenaikan sedang menguasai pasaran dengan teguhnya.

Paras rintangan terdekat sekarang ditambat pada MYR4,800, sekali gus memberi ruang untuk pergerakan menaik sekarang diteruskan. Komoditi ini kini didagangkan di atas kedua-dua garisan SMA 50 dan 200 hari, yang menandakan keadaan teknikal menaik masih berlangsung. Walau bagaimanapun, sekiranya kegiatan pengambilan untung berlaku, FCPO mungkin melantun daripada paras sokongan pertama MYR4,400, seiring dengan paras henti rugi kami. Melihat pada struktur kenaikan yang bertahan, kami tetap berpegang pada bias dagangan positif.

Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan belian yang dimulakan pada penutupan 6 Mac (MYR4,367). Untuk menangani risiko-risiko dagangan yang ada, paras ambang henti rugi ditetapkan pada MYR4,400.

Paras sokongan pertama sekarang berada pada MYR4,400, diikuti oleh paras MYR4,250. Paras rintangan terdekat sekarang pula adalah pada MYR4,800, disusuli oleh paras seterusnya iaitu pada MYR4,925.