Pop Meals Merevolusikan Produk Makanan Dan Minuman F&B Dengan Menawarkan Pengalaman Aplikasi Permainan Dari Dalam Talian Ke Luar Talian

Sambutan ulang tahun ke-2 dengan tawaran hadiah bernilai lebih RM122,222 termasuk iPhone 14 Pro tersedia untuk dimiliki.

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2022 – Restoran makanan segera Malaysia, Pop Meals kini
menyambut ulang tahun keduanya dengan 81 peratus kadar pelanggan setia mereka.

Sejak dibuka pada November 2020, jenama makanan segera Malaysia itu telah menyediakan
lebih daripada 2 juta hidangan menerusi 32 cawangan miliknya. Jenama ini bertuah kerana
popularitinya semakin meningkat disebabkan hebahan daripada mulut ke mulut dan daripada
pelanggan setia mereka yang terus menyokong pembelian produk jenama ini.

Pengurus Besar Pop Meals Shaik Ali Bajunid berkata, lapan daripada 10 pelanggan Pop Meals
kembali semula dalam beberapa hari ke cawangan mereka untuk membeli hidangan seterusnya
dan kebanyakan pelanggan baharu itu mengetahui berkenaan jenama itu daripada keluarga
dan rakan mereka.

“Situasi ini amat menggalakkan kami kerana industri makanan segera di Malaysia sangat
kompetitif dan pengguna tempatan mempunyai persepsi bahawa makanan segera itu biasanya
adalah hidangan seperti pizza, burger dan ayam goreng. Tidak banyak yang akan berfikir menu
seperti Mac & Cheese, Ayam Buttermilk Telur Masin atau Nasi Ayam Kicap Sambal Gesek
apabila mereka bercakap berkenaan makanan segera. Perbezaannya disini adalah jenama Pop
Meals menyajikan makanan segera lazat “dicipta khas untuk rakyat Malaysia dengan kaedah
penyediaan yang pantas” kata Shaik Ali.


Beliau turut memberitahu bahawa apabila Pop Meals kini sudah dua tahun memasuki pasaran,
oleh itu jenama ini tahu bahawa pihaknya perlu menawarkan sesuatu yang sangat istimewa
untuk meraih perhatian orang ramai. Ia pada awalnya bermula dengan mencipta menu yang
didorong sepenuhnya oleh pengumpulan data dan maklum balas pelanggan.


“Hidangan POPular” diminta oleh pelanggan dan dilancarkan pada “carta Pop”, kemudian
memasuki ranking menu makanan yang ditawarkan di mana-mana kawasan kejiranan.
Kedudukan menu adalah bersifat dinamik dan berubah berdasarkan populariti terkini.
Pelanggan kemudian mengundi untuk menentukan sama ada hidangan itu kekal pada carta
atau dibawa keluar daripada carta menu. Beribu-ribu pelanggan juga turut meninggalkan
maklum balas setiap hari melalui aplikasi disediakan sebagai maklum balas kepada chef
penyelidikan dan pembangunan (R&D) Pop Meals, agar mengambil langkah berterusan
menambah baik hidangan supaya menu kegemaran mereka kekal di Carta Pop.


Ini adalah salah satu cara Pop Meals mewujudkan jenama yang lari daripada identiti rangkaian
restoran makanan segera terkemuka.


Satu lagi yang boleh dinikmati ialah melalui pengalaman aplikasi permainan mereka, menerusi
setiap pembelian, pelanggan layak mendapat balingan dadu untuk mengambil bahagian dalam
permainan “Snacks & Ladders” Pop Meals. Setiap lontaran membawa mereka selangkah ke
hadapan untuk memperoleh ganjaran seperti minuman percuma, makanan ringan, pencuci
mulut dengan nilai ganjaran semakin tinggi apabila pelanggan maju ke hadapan di dalam
permainan ini.


“Pelanggan akan teruja untuk terus membuat pembelian kerana ganjaran adalah bermusim dan
nilainya semakin tinggi apabila semakin banyak pembelian yang dibuat mereka. Ulang tahun
kedua kami akan menjadi pemberian terbesar dengan lebih daripada RM122,222 ganjaran
diberikan dalam masa sebulan sahaja termasuk iPhone 14 Pro dan tawaran hidangan
sepanjang tahun”, kata Shaik.


Untuk mengambil bahagian, pengunjung hanya perlu memesan melalui aplikasi Pop Meals atau
mengunjungi laman web www.popmeals.com.my. Setiap hidangan melayakkan mereka untuk
melemparkan dua dadu pada permainan Snacks & Ladders untuk mendapat peluang
memenangi hadiah menarik ini.

Previous ArticleNext Article

Tiada Lagi Caj RM1 Pengeluaran Wang Di Semua Mesin ATM Mulai 1 Julai

KUALA LUMPUR: Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) tanpa dikenakan caj RM1 mulai 1 Julai 2026.

Pengumuman itu dibuat Persatuan-Persatuan Bank di Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menurut ketiga-tiga pihak itu, inisiatif berkenaan membolehkan pemegang kad debit di Malaysia mengakses lebih 14,000 ATM dan SRM di seluruh negara, tanpa mengira bank pengeluar kad mereka, dengan pengeluaran tunai percuma tanpa had.

“Pengecualian caj itu terpakai bagi ATM dan SRM yang dikendalikan oleh bank-bank di Malaysia,” menurut kenyataan bersama itu.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, inisiatif itu yang dilaksanakan dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mencerminkan komitmen berterusan industri perbankan untuk menjadikan perkhidmatan kewangan lebih mudah diakses, insklusif dan berpatutan kepada pelanggan.

Ia berkata, industri perbankan mengiktiraf bahawa wang tunai masih kaedah pembayaran yang penting dan asas bagi ramai rakyat Malaysia dalam mengurus kehidupan harian mereka.

Justeru, katanya, pemansuhan caj pengeluaran tunai ATM antara bank mencerminkan komitmen industri dalam memastikan akses yang boleh dipercayai, mudah dan berpatutan, di samping membantu meringankan beban kewangan harian rakyat.

Inisiatif itu menegaskan usaha berterusan sektor perbankan untuk menyokong semua lapisan masyarakat dengan memastikan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan kewangan yang praktikal, insklusif dan berfokuskan pelanggan.

Walaupun wang tunai masih merupakan pilihan penting bagi banyak komuniti, industri turut mengalu-alukan peningkatan penggunaan pembayaran digital dan tanpa tunai di seluruh negara.

ABM, AIBIM dan ADFIM berkata, seiring dengan kemajuan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih digital, bank akan terus memperkukuh dan mempromosikan penyelesaian pembayaran tanpa tunai yang selamat, lancar dan mudah sebagai alternatif yang sesuai untuk transaksi harian.

Katanya, industri kekal komited untuk memperkasakan pelanggan dengan kebebasan memilih kaedah pembayaran yang paling sesuai dengan keperluan mereka, di samping memajukan keterangkuman kewangan dan meningkatkan pengalaman perbankan secara keseluruhan untuk semua rakyat Malaysia.

— Berita Harian