Krisis Inflasi: Negara Mana Yang Paling Tinggi Kadar Inflasi?

Pada tahun 2022, dunia memasuki era krisis apabila tercetus konflik antara Rusia dan Ukraine. Konflik ini turut mengheret banyak pihak lain antaranya Kesatuan Eropah dan juga beberapa negara seperti Iran dan Amerika Syarikat.

Konflik ini dijangka akan berterusan kerana peperangan antara Rusia-Ukraine semakin memuncak dengan kedua-dua negara menggandakan tekanan dan serangan.

Dunia telah mengalami gangguan rantaian bekalan makanan di seluruh dunia kerana pandemik Covid-19 selama hampir dua tahun. Pada Ogos 2021, dunia mula memasuki fasa endemik dan kebanyakan negara dalam dunia kembali membuka ekonomi masing-masing untuk memulihkan perdagangan antara negara.

Gambar: Visual Capitalist

Namun begitu, pada 24 Feb 2022, Rusia telah menyerang Ukraine dan dunia sekali lagi memasuki era krisis tenaga kerana kedua-dua negara ini adalah pengeluar tenaga dan makanan yang dominan dalam dunia.

Rusia membekalkan gas untuk kebanyakan negara di benua Eropah manakala Ukraine merupakan pengeluar bahan makanan asas seperti minyak bunga matahari dan gandum terbesar dunia. Kedua-dua negara ini menyumbang 33% bekalan makanan dunia.

Walaupun hanya dua negara yang terlibat dalam peperangan ini, ia telah mencetuskan ketidakstabilan dalam ekonomi dunia. Kesatuan Eropah merupakan antara ekonomi peneraju dalam dunia dan mereka menerima bekalan tenaga 40% daripada Rusia.

Disebabkan krisis perang berlaku harga minyak dan gas melambung tinggi dan menyebabkan harga barangan lain turut melonjak.

Gambar di atas menunjukkan kadar inflasi negara di seluruh dunia. Antara negara yang paling teruk terjejas adalah negara-negara miskin di benua Eropah. Dalam pada itu, kebanyakan Bank Pusat telah menaikkan kadar OPR dalam usaha masing-masing untuk menurunkan kadar OPR. Menurut Bank of International Settlements 33 daripada 38 Bank Pusat telah menaikkan kadar OPR masing-masing.

Menuju tahun 2023, Bank Pusat akan terus berusaha untuk menurunkan kadar inflasi dengan meningkatkan kadar OPR. Negara paling tinggi kadar inflasi adalah Zimbabwe dan Lebanon manakala antara yang terendah adalah Macau, Oman dan China.

Perbandingan purata harga gas di Eropah pada tahun 2021 dan 2022 adalah sebanyak enam kali ganda. Penduduk Eropah mengalami peningkatan tarif elektrik rumah sebanyak 78% dan harga gas di Eropah berada di paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun iaitu meningkat 144% berbanding tahun lepas.

Data Sejarah Dunia

Pada tahun 1980, dunia mengalami keadaan ekonomi seperti sekarang iaitu kadar inflasi yang tinggi dan peningkatan harga barang yang tidak masuk akal. Pada tahun 1980, Itali antara negara yang berjaya dan paling awal menurunkan kadar inflasi daripada 22% kepada 4% pada tahun 1986.

Dalam tempoh enam tahun Itali berjaya turunkan 3% setiap tahun secara konsisten. Jika menggunakan data yang sama kadar inflasi dunia berada pada paras 9.8%. Dunia memerlukan tiga tahun untuk menurunkan kadar inflasi kepada bawah paras 3%.

Keadaan kadar inflasi yang tinggi di seluruh dunia dijangka pulih pada tahun 2025. Namun begitu, 2023 dijangka tahun yang penuh dengan cabaran ekonomi.

Bank Pusat dunia mengeluar satu data yang sangat membimbangkan iaitu terdapat lebih 30 negara yang akan menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang-hutang mereka dan akan terjerumus ke negara bankrup.

Bagi pelabur, sentiasalah bersedia menunggu masa terbaik untuk membeli saham-saham terbaik dengan harga diskaun. Pada masa sekarang adalah paling terbaik untuk menyimpan tunai seperti kata-kata pujangga “Cash is King”

Sumber : www.visualcapitalist.com

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Lebih 70 Peratus Depoh Pengadun Sedia Laksana Biodiesel B15 Guna Fasiliti Sedia Ada – Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR: Lebih 70 peratus depoh pengadun di Malaysia bersedia untuk melaksanakan biodiesel B15 menggunakan fasiliti sedia ada, susulan pengumuman kerajaan untuk meningkatkan adunan biodiesel kepada B15 secara berperingkat, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata, kerajaan telah mengadakan mesyuarat dan lawatan bagi mengenal pasti kesediaan kemudahan itu untuk melaksanakan adunan biodiesel B15.

“Hasil dapatan pemeriksaan infrastruktur depoh pengadun oleh Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mendapati lebih 70 peratus depoh pengadun di Malaysia bersedia untuk melaksanakan biodiesel B15 menggunakan fasiliti sedia ada.

“Langkah penyesuaian operasi sedang dirangka oleh depoh pengadun bagi memastikan kecekapan dan keterjaminan bekalan produk petroleum kepada pengguna,” katanya pada taklimat harian berkaitan krisis bekalan global.

Akmal Nasrullah berkata, beliau dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah melawat Terminal Pengagihan Lembah Klang (KVDT) dan melihat sendiri kesediaan loji pemprosesan biodiesel di Pulau Indah, Klang.

“Lawatan ini memberi mesej penting bahawa isu tenaga tidak lagi boleh dilihat hanya dari sudut bekalan semasa.

“Ia perlu ditangani dalam satu kerangka nasional yang menghubungkan keselamatan tenaga, kekuatan sektor komoditi, kecekapan logistik, ketahanan rantaian bekalan dan daya tahan ekonomi negara,” jelas beliau lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa lawatan tersebut penting kerana ia membolehkan kerajaan melihat sendiri keseluruhan ekosistem biodiesel negara secara menyeluruh, termasuk pengeluaran bahan asas, keupayaan pengadunan, kelancaran operasi fasiliti dan ketahanan rantaian bekalan.

Susulan keputusan itu, Kementerian Ekonomi dan KPK sedang menyusun tindakan bersama semua pihak yang terlibat untuk merealisasikan agenda biodiesel berkenaan.

Pada 14 April, kerajaan bersetuju untuk meningkatkan kadar campuran biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 bagi mengekalkan bekalan diesel negara susulan krisis yang berlaku di Asia Barat.

Langkah itu bertujuan mengelakkan kebergantungan melampau kepada bahan api fosil import dan pasaran luar serta melaksanakan penstrukturan semula ekonomi melalui peralihan yang dipercepatkan kepada tenaga boleh baharu.

-BERNAMA