Pakar Lain Kata Harga Rumah Tak Jadi Turun Tahun Depan

Sebelum ini, kami ada siarkan Tahun 2018 Bakal Menyaksikan Industri Hartanah Malaysia Merudum? di mana seorang pakar hartanah Dr. Ernest Cheong telah memberikan 5 point beliau. Di antaranya, beliau turut menjangkakan harga rumah yang sekarang ini RM500,000 bakal turun ke paras RM300,000.

Tetapi hari ini seorang lagi pakar iaitu Tang Chee Meng iaitu Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Malaysia berkata, walaupun pasaran hartanah di Malaysia kelihatan suram dan bilangan rumah yang tidak terjual bakal meningkat pada 2018; banyak projek di bawah harga RM500,000 dan di atas harga RM500,000 tetapi di lokasi popular masih menjadi pilihan ramai.

Sumber: Henry Butcher Malaysia

Jadi siapa yang sangkakan pasaran hartanah akan merudum pada 2018 adalah seorang yang pesimis.

Ini adalah kerana ekonomi Malaysia dijangka berkembang di antara 5.0% – 5.5% tahun depan. Beliau juga menekankan tiada sebarang pembuangan kerja besar-besaran berbanding beberapa tahun lalu yang menyaksikan ramai dalam industri penerbangan, minyak & gas, dan kewangan kehilangan pekerjaan.

Pinjaman Tidak Berbayar Tiada Peningkatan Ketara

Tang juga berkata tiada sebarang peningkatan di dalam pinjaman tidak berbayar (non-performing loans / NPL) atau peningkatan ketara di dalam lelongan hartanah oleh pihak bank.

Ini kerana NPL hanya akan meningkat jika peminjam berdepan dengan masalah kewangan, dan ini hanya akan berlaku sekiranya perniagaan tidak menjadi atau mereka kehilangan pekerjaan.

Berdasarkan kepada data ekonomi yang tersedia, situasi pekerjaan pada masa ini tidaklah negatif sangat. Ini akan memberikan keyakinan kepada para pelabur bagi menyokong pertumbuhan pasaran hartanah Malaysia.

Pemaju Beralih Ke Pasaran Rumah Mampu Milik

 

Kebanyakan pemaju hartanah juga telah mula beralih arah bagi membangunkan rumah mampu milik bagi memastikan projek mereka memenuhi permintaan daripada masyarakat dan lebih mudah untuk terjual.

Tan juga berkata kebanyakan pelabur mengambil langkah berjaga-jaga dan menangguh pembelian mereka sehingga keputusan pilihanraya akan datang.

Harga Rumah Tidak Turun

Sementara itu, pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia (REHDA) Pulau Pinang Dato’ Jerry Chan Fook Sing pula berkata; pihak pemaju tidak akan menurunkan harga melainkan mereka mempunyai masalah kewangan.

Sumber: Free Malaysia Today

Dan kebanyakan pemaju telah pun berada di pasaran selama bertahun lamanya dan menikmati pulangan yang lumayan – jadi mereka telah pun bersedia sekiranya pasaran mula suram.

Chan berkata pemaju tidak mampu untuk menurunkan harga kerana margin keuntungan mereka adalah rendah, tetapi mereka akan menukar produk mereka bagi memenuhi kehendak orang ramai. Sebagai contoh, pemaju mungkin membina unit yang lebih kecil dan mempunyai kelengkapan yang kurang.

Mereka hanya boleh menurunkan harga sekiranya pihak berwajib menurunkan kos-kos seperti levi, cukai dan syarat-syarat perumahan mampu milik.

Kita dapat lihat sebelum ini di mana pemaju dipaksa membangunkan rumah mampu milik yang dijual di bawah harga pasaran; dan ini memaksa mereka menaikkan harga bagi projek lain bagi menampung kerugian.

Permintaan Bagi Rumah Akan Berterusan

Chan juga berkata permintaan orang rumah terhadap sektor perumahan akan berterusan dan mereka pasti akan cari jalan untuk membeli rumah jua, samada menerusi menambah pendapatan sedia ada atau menurunkan sedikit definisi rumah idaman.

Beliau juga berkata industri hartanah di Malaysia tidak akan merudum pada tahun 2018, kerana eksport negara yang kukuh, keyakinan pelabur yang kuat, dan tiada pembuangan kerja besar-besaran yang berlaku.

Sumber: Free Malaysia Today

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman