MYAirline Optimis Dapat Pelabur Baharu Untuk Beroperasi Semula

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — MYAirline Sdn Bhd yang baru-baru ini digantung perkhidmatannya, masih berharap untuk mendapatkan bantuan ‘sayap’ baharu iaitu pelabur berpotensi bagi membolehkannya mengatasi kemelut dan kembali beroperasi. 

Pada 12 Oktober lepas, syarikat penerbangan tambang rendah itu patah sayap apabila tidak mampu meneruskan operasi atas alasan “menghadapi cabaran kewangan yang serius.”

Berikutan itu, pihak berkuasa terpaksa bertindak menggantung lesen syarikat itu dan pada masa sama melancarkan siasatan membabitkan penggubahan wang haram terhadap individu-individu yang ada kaitan dengan MYAirline.

“Kami benar-benar berharap dapat menyelamatkan MYAirline kerana masih perlu membayar gaji serta bayaran balik kepada penumpang.

“Lebih penting lagi, MYAirline adalah satu produk yang bagus dan kami sedar telah mencatat pencapaian berbeza di pasaran,” kata Pengarah merangkap Eksekutif Bertanggungjawab MYAirline Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman kepada Bernama.

Beliau optimis dalam usaha mendapatkan pelabur baharu bagi memastikan kebajikan lebih 900 pekerja terbela selain membuat bayaran balik kepada 117,000 penumpang yang terjejas.

“Daripada 15 pelabur yang berpotensi, dua kini di peringkat rundingan lebih lanjut. Pelabur-pelabur ini merupakan syarikat aeroangkasa berpangkalan di luar negara serta terbabit dalam operasi perniagaan lain di Malaysia.

“Tiada satu pun daripada pelabur berpotensi serta dua yang di peringkat akhir rundingan itu mempunyai kaitan dengan mana-mana penggiat tempatan,” katanya.

Jelas beliau, sebaik halangan itu dapat diatasi, tumpuan akan diberikan kepada usaha menyambung semula perkhidmatan dan membuat bayaran balik kepada penumpang terjejas.

“Proses bagi menyambung semula operasi itu akan memakan masa beberapa bulan kerana pemeriksaan terhadap pesawat perlu dibuat selain menyelesaikan isu berkaitan lesen,” katanya.

Untuk rekod, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah bertindak menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline pada 1 November lepas.

Mavcom turut menegaskan bahawa MYAirline bertanggungjawab untuk membayar balik penumpang yang terjejas sebagaimana ditetapkan mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016, walaupun lesen berkenaan telah digantung.

Biarpun berdepan kesukaran isu terbabit, Azharuddin menegaskan bahawa tugas yang perlu ditangani adalah jelas.

Ini termasuk dalam keadaan yang mana kehidupan para pekerja dan reputasi syarikat itu menjadi keutamaan.

“Saya dan pasukan sedang berusaha gigih untuk memastikan kami berupaya mendapat pelabur baharu untuk MYAirline.

“Di sebalik keadaan yang dihadapi ini, kami terus menerima pesanan daripada penumpang serta pihak berkepentingan yang mengharapkan agar kami dapat beroperasi semula. Ini memadai sebagai penguat semangat untuk memastikan kami dapat mencapai matlamat itu,” katanya.

Terlalu awal untuk gagal  

Azharuddin turut mengakui faktor-faktor seperti gabungan kos tinggi, kemerosotan modal serta pelan pengembangan yang agresif menjadi antara sebab yang membawa kepada nasib dialami syarikat penerbangan itu. 

Harapan untuk melihat MYAirline mampu terbang semula, berakhir selepas usaha memuktamadkan perjanjian dengan satu pelabur berpotensi bertukar buntu di saat-saat akhir pada 11 Oktober lepas.

“Kami tahu perlu mendarat, tetapi tidaklah menyangka pendaratan itu sebegitu sukar,” katanya ketika berkongsi analogi syarikat itu ibarat sebuah pesawat yang dalam proses mendarat.

Lebih-lebih lagi, faktor beban muatan bukanlah isu utama bagi MYAirline.

Sejak memulakan penerbangan sulung pada 1 Dis, 2022, MYAirline mencatatkan faktor muatan pada purata 91 peratus selain menerbangkan lapan pesawat Airbus A320-200 sehingga 12 Oktober lepas dengan prestasi ketepatan masanya melebihi 90 peratus.

Mengorak langkah dengan hanya dua pesawat, ia mempunyai kekuatan sembilan pesawat dalam tempoh operasi selama 11 bulan.

Sewaktu operasinya digantung, MYAirline menerima kehadiran pesawat ke-10 dan ke-11 selain mempunyai barisan juruterbang dan pembantu juruterbang yang mencukupi bagi mengendalikan kesemua pesawat berkenaan.

Apakah mudah memulakan perniagaan syarikat penerbangan?

Azharuddin sebelum ini merupakan pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, berkata undang-undang menetapkan bahawa syarikat penerbangan boleh mula beroperasi dengan minimum dua pesawat.

Mengikut Arahan Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 6004 — syarat pengeluaran dan pembaharuan Sijil Pengendali Udara (AOC) bagi satu-satu kumpulan atau armada perlu merangkumi sekurang-kurangnya dua pesawat atau helikopter untuk operasi berjadual.

Bagaimanapun, spesifikasi itu boleh dikurangkan kepada satu pesawat atau helikopter bagi operasi bukan jadual.

Beliau berkata, bagi mendapatkan satu AOC antara lainnya memerlukan kumpulan pesawat itu mengandungi pesawat yang berdaftar di Malaysia selain jenis pesawat, kakitangan berkelayakan yang mencukupi, destinasi penerbangan dan saiz modal dengan dokumentasi yang sewajarnya.

Realiti di sebalik persaingan sihat

Sementara itu, Ketua Penganalisis Pusat Penerbangan Asia Pasifik, Adrian Schofield pula menyifatkan persaingan terlalu sengit atau berlebihan boleh melemahkan kedudukan syarikat penerbangan selain mengancam aspek daya maju — realiti yang sebaliknya tidak sihat untuk penumpang, industri penerbangan atau pun ekonomi negara.

“Malaysia misalnya mempunyai bilangan syarikat penerbangan yang bagus dengan tawaran jumlah jaringan antarabangsa yang meluas. Pada masa sama, ini memberi pilihan baik untuk penumpang bagi syarikat penerbangan dengan perkhidmatan sepenuhnya dan penerbangan tambang rendah dengan banyak pilihan menerusi syarikat penerbangan yang berpangkalan di luar negara.

“Berikutan itu, sukar sebenarnya untuk melihat keperluan sebenar bagi penambahan syarikat penerbangan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, ini disukarkan lagi dengan syarikat penerbangan Malaysia berdepan isu kenaikan harga bahan api, inflasi serta kadar tukaran mata wang asing yang tidak menarik.

Justeru, peningkatan permintaan dan pendapatan dapat membantu mengimbangi cabaran ini dengan banyak syarikat penerbangan berupaya mengurangkan kos menerusi usaha penstrukturan semula sewaktu tempoh pandemik, katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.