Kenali Top 5 Pengeksport Beras Di Dunia

Pertengahan tahun ini dunia digemparkan dengan krisis beras yang makin meruncing hinggakan bekalan beras dalam negara juga terkesan. Walaupun Malaysia merupakan negara pengeluar beras namun kita membeli beras dari negara luar lebih kurang 30%.

Baca: Krisis Beras: Dunia Mengalami Gangguan Bekalan Beras Yang Kritikal

Selain Malaysia, banyak lagi negara yang mengeluarkan beras dan menjualnya kepada negara yang memerlukan. Dalam artikel kali ini, kita akan melihat siapakah pengeluar beras terbesar dalam dunia dan bagaimana isu krisis beras mula berlaku.

India merupakan pengeluar beras utama dunia sejak tahun 1960-an. Sejak Revolusi Hijau yang berlaku di India, pengeluaran beras negara meningkat dengan mendadak dan terus mengukuhkan kedudukan India sebagai pengeksport utama dunia.

India menghasilkan lebih 121 juta tan metrik pada tahun 2021. India menghasilkan hampir 10 kali ganda lebih tinggi dari Thailand. Ini membuatkan India berada di tempat pertama.

Mengikut data terkini, India mengeksport beras pada kadar 22 juta tan metrik. Untuk memahami data, nilai 22 juta tan metrik ini bersamaan dengan bekalan beras Malaysia selama 9 tahun

Thailand juga mempunyai sejarah yang panjang dalam menghasilkan beras untuk penduduk dunia. Sejak tahun 1970-an lagi, Thailand sudah terkenal dengan kapasiti pengeluaran beras mereka dan berada belakang India. Thailand sudah mampu mengeksport beras 2.6 tan metrik pada awal dekad 1980-an.

Pengeluar terbesar ketiga ialah Vietnam yang mana mula menjadi pengeksport pada awal tahun 1990-an. Selepas Vietnam membuat reformasi ekonomi dengan memfokuskan kepada peningkatan pengeluaran makanan asas negara iaitu beras. Vietnam telah menduduki tempat ketiga pengeksport beras dalam dunia.

Jadual dibawah menunjukkan data terkini pengeksport beras terbesar dalam dunia.

Gambar: Pengeksport Beras Dunia

Selain India, Thailand dan Vietnam, Pakistan berada di tempat keempat dalam pengeluaran beras terbesar di dunia. Kadar pengeluaran beras untuk semua negara tidak menunjukkan peningkatan yang stabil sejak lebih 10 tahun yang lalu.

Bagi negara yang berada di garisan khatulistiwa, kadar pengeluaran beras bergantung pada cuaca sepanjang tahun tersebut. Pengeluaran beras terkesan dengan fenomena El Nino yang datang menyerang negara-negara di Asia. Thailand dan Vietnam sangat terkesan dengan El Nino. 

Walaupun pelbagai cara telah dibuat, pengeluaran beras di Thailand dan Vietnam menunjukkan penurunan sejak 2013. Hal ini telah menyebabkan kepada berlakunya krisis beras.

Tambahan pula, pada bulan Julai yang lalu India sebagai pengeksport utama telah mengumumkan pengurangan sebanyak 40% kadar eksport mereka. Tindakan ini menyebabkan banyak negara pengguna beras terkesan dengan keadaaan ini.

Antara negara yang terkesan dengan tindakan ini ialah China dan Arab Saudi yang mana mereka adalah pengguna terbesar beras dalam dunia. Nilai import beras China adalah USD 2 billion manakala Arab Saudi adalah USD 1 billion.

Walaupun China merupakan pengeluar beras keenam terbesar namun mereka juga merupakan pembeli terbesar beras dalam dunia. Disebabkan penduduk yang terlalu ramai, China terpaksa membeli beras dari India. China menjadi negara pengeksport beras keenam terbesar di dunia.

Akhir sekali, Burma berada di tangga kelima dan USA berada di tangga ketujuh dengan jumlah eksport masing-masing 2.4 juta dan 2 juta tan metrik setiap tahun. USA yang merupakan kuasa besar ekonomi besar juga menjadikan beras sebagai produk eksport untuk masyarakat dunia. 

Gambar: UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH

Selebihnya, negara seperti Cambodia, Brazil dan Uruguay merupakan pengeluar beras yang dominan. Bahan asas ini berada dalam keadaaan yang sangat penting buat masa ini. Oleh itu disebabkan terdapat gangguan bekalan, maka harga purata beras dunia juga telah melambung tinggi.

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.