Andorra Bakal Buka Tujuh Cawangan Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Mesra Syariah

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) —  Andorra Healthcare Berhad (Andorra) akan membuka tujuh cawangan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Andorra yang berkonsepkan mesra syariah di Johor, Kelantan, Pulau Pinang serta Selangor dan dijangka siap dalam tempoh enam tahun bermula tahun depan.

Pengasas Hospital Andorra Dr Khamsiah Muda berkata ia berikutan meningkatnya permintaan yang tinggi daripada golongan wanita di luar Lembah Klang yang turut mahu mendapatkan perkhidmatan Andorra di kawasan mereka, selain menumpukan kawasan berkepadatan tinggi.

“Selepas enam tahun penubuhan Andorra dan kami telah melalui waktu-waktu sukar yang mematangkan kami terutamanya pada zaman pandemik COVID-19, kami kini bersedia untuk berkembang dan kita mahu berkembang secara agresif.

“Hospital-hospital ini bakal melibatkan pertambahan 10 multi-disiplin melibatkan wanita dan kanak-kanak seperti ortopedik, oftalmologi, pembedahan dan lain-lain berbanding tiga multi-disiplin yang ada ketika ini iaitu perbidanan dan sakit puan, pediatrik, serta anestesiologi. 

“Selain itu, ia juga akan melibatkan pertambahan katil iaitu 60 hingga 80 katil berbanding 34 katil di hospital sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Hi-Tea Bersama Media, Pemblog Dan Pempengaruh Sempena Ulang Tahun Keenam Andorra, di sini hari ini.

Dr Khamsiah berkata pihaknya juga bakal mengembangkan lagi perkhidmatan penjagaan kesihatannya dengan membangunkan Hotel ‘Confinement and Spa’ dan Kompleks Klinik Pakar berdekatan hospitalnya di Seri Kembangan dalam masa terdekat.

“Di hotel ini, kami akan sediakan perkhidmatan antaranya pakar psikiatri untuk menilai tahap kesihatan para ibu yang baru melahirkan anak, selain menawarkan sokongan dan pendidikan keibubapaan kepada pasangan suami isteri,” katanya.

Setakat ini, Hospital Andorra telah menyambut 12,000 kelahiran bayi sejak tahun 2017.           — BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.