BUDI MADANI: Kenderaan Diesel Mewah Berusia Akan Dipertimbangkan – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) — Kenderaan diesel mewah berusia 10 tahun ke atas akan dipertimbangkan untuk Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata bagi tujuan itu, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan senarai kenderaan yang diklasifikasikan mewah di bawah program BUDI MADANI tidak lama lagi.

“Walaupun mungkin diklasikasikan sebagai kenderaan mewah tetapi kalau (kenderaan itu) sudah ‘uzur’ lebih daripada 10 tahun, mungkin dapat (dipertimbangkan untuk BUDI MADANI),” katanya ketika ditemui pemberita di Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2024) di sini, pada Selasa.

MOF membuka pendaftaran BUDI MADANI mulai 28 Mei lepas susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Amir Hamzah berkata pengumuman mengenai keputusan sama ada harga diesel akan diapungkan atau sebaliknya, akan dibuat pada masa yang sesuai.

“Beri masa kerana kita tidak mahu spekulasi yang akan menyebabkan aktiviti ‘hoarding’ (penyorokan) atau penyelewengan diesel,” jelasnya. 

— BERNAMA 

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.