Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi Julai 2024

Pasaran saham Bursa Malaysia agak terkesan dengan beberapa peristiwa yang berlaku di seantero dunia. Memandangkan pasaran saham tempatan dianggap masih kecil berbanding pasaran saham negara-negara lain terutamanya Amerika, pasaran saham tempatan sering menerima tempias apabila berlakunya sesuatu pada pasaran saham Amerika.

Selain itu situasi geopolitik serantau juga memainkan peranan penting dalam pasaran saham.

Mari kita lihat 10 saham patuh syariah paling rugi bulan Julai 2024.

  1. Sarawak Cable Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Sarawak Cable menjadi saham dengan penurunan terbesar bagi bulan Julai 2024. Disebabkan saham ini merupakan saham penny, kejatuhan sebanyak 4 sen menyebabkannya turun sebanyak 30.77%.

  1. AHB Holdings Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

AHB Holdings Berhad di tempat kedua dengan kejatuhan sebanyak 26.09%. AHB dibuka pada harga RM0.115 dan ditutup pada harga RM0.085 setelah sebulan.

  1. L&P Global Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

L&P Global kehilangan sebanyak RM0.135 atau 23.89% dalam tempoh sebulan didagangkan. Ia merekodkan penurunan setelah naik dua bulan berturut-turut.

  1. Hextar Capital Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Hextar Capital Berhad pula ditutup pada harga RM0.480 pada penghujung Julai dan susut 16.52%.

  1. K-One Technology Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

K-One sebuah syarikat yang mempunyai pelbagai segmen perniagaan susut 12.96%. Dibuka pada RM0.27 pada 1 Julai 2024, ia ditutup pada harga RM0.235 pada penghujung Julai.

  1. NCT Alliance Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

NCT Alliance turut susut sekitar 12% sebulan setelah jatuh ke RM0.495 dari RM0.565. NCT mencatatkan prestasi suku tahunan yang agak konsisten sepanjang 4 suku yang terkini.

  1. MClean Technologies Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

MClean Technologies berada di tempat ketujuh setelah merosot sebanyak 11.84%. MClean dibuka pada harga RM0.380 pada 1 Julai dan ditutup pada RM0.335 pada 31 Julai 2024.

  1. Nestle (M) Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Nestle Berhad juga berada dalam senarai ini setelah susut RM13.30 sebulan. Disebabkan harganya yang mahal, ia hanya merosot sebanyak 10.91%. Nestle masih merupakan saham paling mahal di Bursa Malaysia. Harga Nestle ditutup pada RM108.60 pada 31 Julai 2024.

  1. Dufu Technology Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Dufu juga berada dalam senarai ini setelah saham-saham berkaitan dengan pusat data mula membuat pullback setelah kenaikan yang mendadak sebelum ini. Dufu susut sebanyak 10.12% sepanjang Julai.

  1. APB Resources Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Di tempat kesepuluh, APB Resources ditutup pada RM1.55 daripada RM1.71 setelah turun sebanyak 9.36%.

Kesimpulan

Pelabur mungkin perlu mengambil langkah lebih berhati-hati setelah kebanyakan pasaran serantau dan dunia mula menunjukkan penurunan. Pelabur boleh menunggu sehingga masa yang sesuai untuk membeli saham pada harga yang lebih murah.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya,
Jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR

 ✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan

 ✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

Pastikan tahu teknik betul untuk buat duit ketika musim QR!

Previous ArticleNext Article

Barangan Pengguna: Menilai Kesan Daripada Konflik Timur Tengah

Saranan WAJARAN TINGGI kekal; Saham Pilihan Utama: Nestle, Farm Fresh (FFB), Mr DIY Group, (MRDIY) Eco-Shop Marketing (ECOSHOP), dan AEON Co M

Pandangan optimis kami dibentuk berdasarkan kualiti daya tahan dan kebolehlihatan perolehan sektor ini yang akan menarik pelabur di tengah-tengah ketidaktentuan luaran yang berlaku. Tahap penggunaan persendirian yang teguh patut terus menjadi pemacu utama untuk pertumbuhan ekonomi, dengan dibantu oleh keadaan pasaran buruh yang baik, pertumbuhan gaji dan nilai MYR yang lebih kukuh. Penilaian telah menurun ke paras lebih menarik, tetapi kami percaya asasasas pasaran yang kukuh masih bertahan dan risiko penurunan terhadap perolehan sektor ini tidak ketara, sekiranya kes asas, iaitu gencatan senjata, bertahan.

Masih menawarkan pelaburan selamat biarpun pasaran bergolak

Meskipun berlakunya krisis tenaga dan ketidaktentuan yang timbul daripada konflik di Timur Tengah, sektor ini patut mengekalkan daya tahan yang tinggi disebabkan oleh asas perolehan yang menumpu pada pasaran tempatan dan sokongan subsidi kerajaan. Dasar fiskal yang membantu menerusi pemberian tunai dan subsidi patut mendorong perbelanjaan pengguna dan mengawal tekanan inflasi.

Kami menekankan kesan-kesan konflik terhadap sektor ini, iaitu:

i) Tekanan inflasi (kesan-kesan limpahan daripada kos tenaga dan pengangkutan yang lebih tinggi

ii) gangguan rantaian bekalan (kekurangan bahan mentah atau bahan input penting

iii) sentimen pengguna yang memburuk (kebimbangan berkenaan pendapatan/prospek kerja dan kenaikan kos sara hidup).

Setakat ini, kenaikan kos sudah terjadi tetapi bukan pada kadar yang mendadak, sementara gangguan rantaian bekalan yang berlaku rata-ratanya terasing. Secara meluasnya, sentimen pengguna mungkin melemah dan menyebabkan pola perbelanjaan yang berjimat cermat, tetapi sambungan komitmen subsidi petrol patut membataskan penurunan.

Strategi dan Saham Pilihan Utama

Dengan mempertimbangkan risiko tekanan inflasi dan sentimen pengguna yang lebih lemah, kami sarankan pelaburan dalam syarikat-syarikat dengan komposisi produk yang berkisarkan barangan keperluan, dengan risiko yang rendah terhadap perolehan akibat kenaikan kos atau gangguan rantaian bekalan dan juga syarikat-syarikat yang mempunyai penimbal margin atau kuasa penetapan harga yang kukuh.

Kami menyukai saham Nestle disebabkan oleh tawaran barangan asas dan potensi pemulihan margin berikutan kos input dan FX yang menguntungkan; FFB – atas sebab permintaan untuk barangannya, disokong oleh nilai jenama, beberapa faktor pertumbuhan (keupayaan pengeluaran ais krim yang diperluaskan, pengembangan ke pasaran luar negara) bagi mengekalkan pertumbuhan perolehan; MRDIY – kerana penimbal margin yang kukuh ekoran FX dan skala operasi yang semakin besar, bayaran dividen tinggi (kadar hasil kira-kira 5%), ECOSHOP – penimbal margin, menghampiri asas SSSG baru dan potensi cerah buat industri kedai barangan berharga murah.

Risiko-risiko terhadap saranan kami

Termasuk konflik geopolitik yang berlarutan, gangguan besar terhadap rantaian bekalan dan sentimen pengguna yang lemah.

Menilai Implikasi Konflik Timur Tengah

Penganalisis
Soong Wei Siang +603 2302 8130 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.