Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2024

Prestasi FBM KLCI

Sumber: TradingView

Indeks KLCI naik sebanyak 35.48 mata sepanjang Julai 2024 dan ia memberikan kenaikan sebanyak 2.23% bagi bulan Julai 2024. Tidak banyak perubahan bagi indeks yang mengumpul 30 saham terbesar Bursa Malaysia ini.

Tidak banyak sentimen yang berlaku pada bulan Julai 2024. Pergerakan KLCI juga dilhat tidak menentu sepanjang bulan.

Mari lihat 10 saham patuh syariah dengan memberikan pulangan paling tinggi sepanjang Julai 2024.

Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2024

  1. Go Hub Capital Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Go Hub disenaraikan pada 3 Julai 2024. Harga IPO ini ialah RM0.35 seunit. IPO Go Hub berjaya naik sebanyak 171.43%, ditutup pada RM0.95 pada hari pertama disenaraikan. Pada penghujung bulan Julai, Go Hub telah naik sehingga RM1.31. 

Dengan mengambil kira harga pembukaan Go Hub pada hari pertama iaitu RM0.80, saham ini telah naik sebanyak 63.75% dalam tempoh bulan Julai 2024.

  1. Theta Edge Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Theta Edge Berhad di tempat kedua dengan kenaikan sebanyak RM0.96 atau 57.14% dalam tempoh sebulan. Theta mula menarik minat pelabur setelah berita mengenai projeknya bernilai RM674 juta untuk kerja-kerja berkaitan IoT di Ampang Jaya.

  1. Bintai Kinden Corporation Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Saham ketiga dengan pulangan paling tinggi ialah Bintai Kinden dengan kenaikan sebanyak 56.25% dalam tempoh sebulan. 

Saham Bintai mula dilihat memulakan pergerakan seawal 1 Julai setelah volume mula meningkat hari demi hari menunjukkan minat belian terhadap Bintai. Indikator SMA 50 juga bersilang dengan SMA 150 menandakan signal belian bagi saham ini. Setakat ini saham ini masih didagangkan di atas SMA 50 & SMA150.

  1. WCT Holdings Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Pada bulan Julai, WCT meneruskan kenaikan yang telah berlaku pada bulan Jun 2024. Saham ini terus membuat uptrend sepanjang bulan Julai dan memberi pulangan sebanyak 48.86%.

  1. Crescendo Corporation Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Crescendo berharga RM3.73 pada 1 Julai 2024 dan ditutup pada RM4.89 pada penghujung bulan Julai 2024. Kenaikan sebanyak RM1.16 itu memberikan pulangan sebanyak 31.10% bagi yang membeli Crescendo pada awal bulan dan masih memegang saham ini pada penghujung bulan Julai.

  1. Country View Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Country View pula naik sebanyak RM0.36 dan ditutup pada RM1.78. Kenaikan Country View pada bulan lepas adalah sebanyak 25.35%.

  1. Kimlun Corporation Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Kimlun Corporation pula di tempat ketujuh dengan kenaikan sebanyak 25.19%. Kimlun ditutup pada harga RM1.64 pada penghujung Julai 2024.

  1. Itmax System Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Itmax System berjaya ditutup di atas RM3 di penghujung Julai 2024 dengan ditutup pada RM3.15. Kenaikan sebanyak RM0.59 telah membolehkan Itmax System Berhad naik sebanyak 23.05% dalam tempoh sebulan.

  1. UUE Holdings Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Selain Go Hub, UUE juga merupakan IPO yang baru disenaraikan pada bulan Julai 2024. Harga IPO UUE hanya RM0.24 seunit. Harga UUE pada pembukaan hari pertama (2 Julai 2024) adalah RM0.66 dan harganya pada 31 Julai 2024 adalah RM0.80. 

Di penghujung bulan Julai 2024, UUE telah membawa pulangan sebanyak 21.21% bagi yang beli pada pembukaannya pada 2 Julai dan masih memegang saham ini pada hujung bulan Julai 2024.

  1. Eco World Development Group Berhad
Sumber: Bursa Marketplace

Eco World telah naik sebanyak 18.79% bagi Julai 2024.

Jika anda perasan kebanyakan saham yang berjaya berada pada senarai ini adalah syarikat dari sektor pembinaan yang lebih laggard berbanding syarikat-syarikat besar yang lebih awal membuat kenaikan sebelum ini.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Previous ArticleNext Article

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA