Harga Bitcoin Menjunam Sehingga 40%, Apa Dah Jadi?

Pertama sekali, kita perlu faham bahawa Bitcoin HARUS Untuk Melawan Inflasi Dan Jual Beli Barangan Sebenar – Tapi Ramai Yang Beli Bitcoin Sebagai Medium Pelaburan. Kupasan yang menarik ini telah dibuat oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman, seorang pakar kewangan Islam melalui siaran langsung di kaca TV. Boleh juga rujuk di FB Dr Zaharuddin Abd Rahman.

Maka berhati-hatilah kalau masih ada di kalangan kita yang menggunakan Bitcoin sebagai medium pelaburan, iaitu beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi; kerana ianya adalah spekulasi semata-mata. Lagi ramai orang beli, semakin meningkat harga Bitcoin.

Jadi Kenapa Boleh Jatuh Sehingga 40%?

Kalau kita berpakat dengan membeli sesuatu barang secara beramai-ramai, ini akan mengakibatkan permintaan tinggi dan secara logiknya harga barang tersebut akan naik. Tetapi apabila permintaan menjadi rendah, orang akan lakukan apa sahaja untuk melepaskan barang tadi; termasuk menjualnya pada harga rendah walaupun terpaksa menanggung kerugian yang besar.

Hal yang sama berlaku dengan Bitcoin, apabila pemilik Bitcoin mula menjual Bitcoin secara beramai-ramai bagi mengaut keuntungan. Apabila harga semakin turun akibat jualan besar-besaran, maka terjadilah situasi yang dikenali sebagai panic selling. Lagi ramai orang menjual, lagi tinggi tahap kejatuhannya – itu yang boleh jatuh sehingga 40%. Daripada harga Bitcoin di sekitar $20,000 US Dolar pada kemuncaknya turun ke paras $12,000 US Dolar.

Pengasas Bersama Bitcoin.com Pun Dah Jual Kesemua Bitcoin Beliau

Baru-baru ini juga, kita dikejutkan dengan khabar bahawa pengasas bersama laman web Bitcoin.com yang telah menjual kesemua Bitcoin yang dimilikinya. Emil Oldenburg adalah merupakan Chief Technology Officer (CTO) adalah orang tersebut. Eh buang tebiat ke apa?

Ini adalah kerana beliau merasakan bahawa pelaburan dalam mata wang digital ini merupakan sejenis pelaburan yang paling berisiko tinggi buat masa ini. Beliau turut berkata kos untuk menjalankan transaksi pemindahan Bitcoin pada masa ini adalah sangat tinggi. Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak $50 USD dan terpaksa pula menunggu selama 12 jam bagi melihat transaksi ini berjaya.

Tanya diri sendiri beberapa soalan berikut:

  • Pernahkah anda menjual Bitcoin?
  • Adakah anda alami sebarang isu teknikal untuk menjual, terutama sekali apabila ianya di dalam tempoh yang sangat volatile, seperti kejatuhan harga yang mendadak?
  • Pernahkah anda cuba untuk mengeluarkan wang daripada wallet digital anda?
  • Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mengeluarkannya dan adakah ianya konsisten?
  • Adakah laman web tersebut sentiasa crash?
  • Selamatkah pengendali wallet anda?
  • Adakah pengendali wallet anda telus tentang siapa mereka dan bagaimana mereka beroperasi?

Jika anda tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut dengan penuh yakin, cuba baca artikel berikut pula:

Semoga kita beroleh sesuatu daripada maklumat yang diberikan.

Sumber Rujukan: Fifth Person

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.