Year In Search 2025: Apa Yang Rakyat Malaysia Cari Dan Ikuti Tahun Ini

Di kala rakyat Malaysia menutup tirai satu lagi tahun penuh perubahan pesat, peralihan budaya dan transformasi digital, Year in Search 2025 daripada Google menawarkan perspektif unik tentang perkara yang paling memberi kesan kepada negara. Daripada inisiatif kerajaan yang memberi impak langsung kepada isi rumah, kepada alat AI yang menjadi keperluan harian, sehinggalah drama, personaliti dan filem pecah panggung yang mencetuskan perbualan seluruh negara. Carian tular tahun ini mencerminkan nadi Malaysia pada 2025.

Beralih kepada Search untuk Menavigasi Kos Sara Hidup dan Kebajikan 

Pada tahun 2025, rakyat Malaysia menggunakan Google untuk menelusuri kos sara hidup yang meningkat, inisiatif terbaru dari kerajaan dan program kebajikan terkini, di samping kekal termaklum mengenai perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan kehidupan seharian mereka.

Sumbangan Tunai Rahmah (#2 Carian, #1 Berita) kekal sebagai topik bualan, sebagai salah satu bentuk  bantuan kewangan untuk kebanyakan isi rumah. Program bantuan kebajikan dan sosial seperti MyKasih (#3 Carian, #2 Berita)  dan skim subsidi petrol bersasar seperti Budi95 (#6 Carian, #3 Berita) juga melihat peningkatan yang ketara, tatkala keluarga mencari kepastian tentang kelayakan, jadual edaran dan langkah-langkah untuk memohon. Di sambil itu, E-Pembelajaran Sektor Awam (#7 Carian) dan mySalam (#10 Searches) terus mendapat perhatian yang tinggi, terutama dalam kalangan penjawat awam yang mencari peluang untuk meningkatkan kemahiran dan isi rumah B40 yang mencari maklumat mengenai pelindungan kesihatan yang boleh dipercayai.

Berita tergempar tempatan tahun ini, dari insiden letupan saluran gas Putra Heights (#8 Berita) hingga ke banjir selatan Selangor (#9 Berita), mendominasi tumpuan nasional di kala rakyat Malaysia terus bergantung kepada Search untuk kemas-kini langsung, penutupan jalan dan maklumat keselamatan.

AI Menjadi Sebahagian Kehidupan Seharian Rakyat Malaysia

Assistant kecerdasan buatan (AI) Google, Gemini, (#1 Carian) mengungguli carta trending keseluruhan – mencerminkan peningkatan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap AI untuk kerja, pembelajaran dan membuat keputusan. Pengguna juga semakin kreatif dengan alatan seperti Pixverse AI (#6) untuk mencipta kandungan visual hiper-realistik, video pendek dan animasi untuk kerja, pembelajaran dan media sosial.

Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna AI yang paling aktif di rantau ASEAN, dengan tiga daripada empat pengguna digital di Malaysia berinteraksi dengan alat AI Generatif (Generative AI) setiap hari. Peningkatan minat yang ketara terhadap AI ini mencerminkan usaha Malaysia ke arah digitalisasi yang lebih meluas – dari pelajar menggunakan chatbot untuk kerja sekolah, hingga PKS menggunakan AI untuk pemasaran dan khidmat pelanggan, hingga pencipta kandungan menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan mereka.

Filem dan Drama yang Menarik Minat Rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia sekali lagi membuktikan hubungan mendalam terhadap filem Hollywood dan Asia, dengan Blood Brothers (#1 Filem), Superman (#2) and Thunderbolts (#3) mendominasi carta di kala peminat tegar mencetuskan gelombang keterujaan dan perbualan dalam talian. Rakyat Malaysia dari semua peringkat umur turut menari mengikut lagu-lagu KPop Demon Hunters (#7), sementara penonton yang lebih muda meningkatkan populariti A Minecraft Movie (#9), dan francais kegemaran seperti Jurassic World Rebirth (#10) dan Mission: Impossible – The Final Reckoning (#6) muncul semula sebagai penarik utama penonton.

Drama tempatan seperti Keluarga Itu (#7 Drama) and Dia Bukan Syurga (#10 Drama) mencerminkan citarasa rakyat Malaysia untuk tema kekeluargaan yang mereka boleh kaitkan, jenaka tempatan dan penceritaan yang beremosi.

Di samping itu, drama global seperti Squid Game (#1 Drama) terus memastikan rakyat Malaysia berada di hujung kerusi mereka dan Emerald Hill (翠山小娘惹, #3 Drama), membawa mereka mengharungi perjalanan penuh budaya dan nostalgia.

Personaliti Yang Mencuri Tumpuan Rakyat Malaysia Pada Tahun 2025

Corak carian rakyat Malaysia tahun ini menunjukkan campuran antara hiburan, isu global dan momen budaya, dengan personaliti yang merangkumi tokoh antarabangsa, serantau dan bakat tempatan. Di Malaysia, Amira Othman (#1 People) memperlihatkan peningkatan minat yang ketara susulan keluaran muzik baharu dan perhatian yang kembali tertumpu kepada kehidupan peribadinya.

Di peringkat global, advokat iklim, Greta Thunberg (#7 People) mendorong peningkatan carian di kala rakyat Malaysia mengikuti perkembangan mengenai keadaan terkininya, sementara bintang serantau, Luna Maya (#8 People), figura hiburan Indonesia yang paling dikenali, menarik minat di kala berita mengenai perkahwinannya menjadi tumpuan. Di sebalik personaliti, nostalgia mengimbau di kala para peminat kembali mengikuti artis seperti My Chemical Romance (#9 People) selepas pengumuman konsert mereka di Kuala Lumpur dan penambahan hari kedua.

Ben King, Pengarah Urusan Google Malaysia & Singapura, berkata, “Year in Search benar-benar mengambil denyut nadi Malaysia – dari pencapaian nasional hingga mencari hiburan terbaik dan personaliti yang tular. Kami juga sedang melihat perubahan dalam cara rakyat melakukan carian. Mereka sekarang bukan sahaja mencari jawapan, tetapi konteks yang lebih mendalam dan pemahaman yang pantas. Dengan memperkenalkan ciri-ciri seperti AI Mode, kami membayangkan semula apa yang boleh dilakukan oleh Search untuk membantu rakyat Malaysia menavigasi dunia mereka dengan lebih pantas dan kekal membantu dalam setiap detik, besar mahupun kecil.”

Untuk senarai penuh, layari laman web di SINI.

Selain mengetengahkan perkara yang paling ingin diketahui oleh rakyat Malaysia pada tahun ini, Google Search juga menjelaskan topik yang menarik perhatian global pada tahun 2025. Layari laman web trends untuk meneroka lebih banyak kisah Carian Tahunan dan temui carta trending teratas dari Malaysia dan negara-negara di seluruh dunia.

Apa itu Year in Search Google?

Year in Search Google 2025 menangkap topik, detik dan personaliti yang mencetuskan rasa ingin tahu dan membentuk perbualan sepanjang tahun. Dengan menganalisis arah aliran yang menyaksikan lonjakan minat terbesar, ia memberikan gambaran tentang perkara yang paling diminati rakyat Malaysia – daripada kehidupan harian dan hiburan kepada acara global dan cerita tempatan. Di lebih 60 negara, Carian Tahunan juga mempamerkan ratusan senarai 10 teratas merangkumi budaya pop, gaya hidup, sukan, muzik, berita dan seterusnya.

Previous ArticleNext Article

ATLAS Vending Lancar ‘Nutri-Aid’ Sebagai Penyelesaian Berasaskan Teknologi Untuk Menangani Ketidaksamaan Pemakanan di Sekolah Malaysia

KUALA LUMPUR – Sempena Hari Susu Sedunia, ATLAS Vending, cabang mesin layan diri milik Etika Sdn Bhd, hari ini melancarkan ATLAS Nutri Aid di Kilang Susu Goodday di Petaling Jaya. Dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini bertujuan menangani ketidaksamaan pemakanan dalam kalangan murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan.

ATLAS Nutri Aid memanfaatkan teknologi mesin layan diri pintar untuk menyediakan akses harian yang konsisten kepada susu berkualiti tinggi secara percuma kepada pelajar yang memerlukan. Bagi ramai kanak-kanak dalam komuniti B40 di Malaysia, akses kepada pemakanan harian masih merupakan cabaran yang senyap tetapi kritikal. Inisiatif ini memastikan nutrisi tenusu asas bukan sahaja tersedia, malah boleh diakses secara berterusan di persekitaran sekolah dan komuniti.

Pelancaran rasmi ini menyusuli kejayaan program perintis di beberapa sekolah terpilih yang mencatatkan penglibatan pelajar yang tinggi serta peningkatan konsistensi transaksi. Susulan keputusan positif tersebut, program ini akan diperluaskan melalui pemasangan 10 mesin layan diri ATLAS Nutri Aid di sekolah-sekolah terpilih.

Inisiatif ini turut disokong oleh YRMS yang memainkan peranan penting dalam pembiayaan, penyelarasan komuniti dan mengenal pasti penerima yang layak, bagi memastikan program ini sampai kepada kanak-kanak yang paling memerlukan.

ATLAS Nutri Aid berteraskan komitmen untuk menangani cabaran kesihatan kompleks yang dihadapi belia Malaysia, khususnya isu “kelaparan tersembunyi” (hidden hunger) dan krisis terbantut (stunting) yang semakin membimbangkan. Tidak seperti negara jiran yang menunjukkan kemajuan sejak tahun 2000, kadar stunting kanak-kanak di Malaysia terus meningkat dan mencapai 24% pada tahun 2024, mengatasi Indonesia (23%), Kemboja (22%), Vietnam (19%), Thailand (12%) dan Singapura (3%). Ini menunjukkan satu kebimbangan kesihatan awam yang serius, ditambah pula dengan dapatan kajian SEANUTS II yang menunjukkan lebih 70% kanak-kanak tidak mencapai pengambilan harian yang disyorkan bagi Kalsium dan Vitamin D.

Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai keluarga B40 menghadapi cabaran besar untuk menyediakan makanan seimbang, dengan kadar kelaparan kanak-kanak dilaporkan mencecah 58.4% di beberapa kawasan bandar berpendapatan rendah. ATLAS Nutri Aid menangani isu ini dengan membekalkan susu Goodday Charge Milk secara percuma melalui mesin layan diri. Produk susu di bawah portfolio Etika ini diformulasikan khusus untuk meningkatkan tenaga, menyokong kesihatan tulang dan memperbaiki fungsi kognitif menerusi gabungan 10 nutrien penting yang membantu perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

“Bagi ramai keluarga, menyediakan pemakanan harian bukanlah sesuatu yang sentiasa terjamin dan itu tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tumbesaran kanak-kanak,” kata Hemalatha Ragavan, Ketua Pegawai Eksekutif Etika & International Exports. “Melalui ATLAS Nutri Aid, kami memastikan setiap kanak-kanak mempunyai akses kepada sesuatu yang asas seperti susu pada setiap hari persekolahan. Dengan menggabungkan teknologi dan tujuan, kami dapat menyampaikan nutrisi secara konsisten, bermaruah dan berimpak. Ini juga akan membantu meningkatkan kehadiran ke sekolah supaya generasi masa depan kita tidak terlepas peluang pembelajaran.”

Memperluaskan kerangka Hygiene Aid, ATLAS Nutri Aid menggunakan mesin layan diri pintar proprietari dan sistem kad “tap-and-go” yang lancar untuk memberikan akses pemakanan harian secara telus dan bersasar kepada pelajar. Dengan menyelaraskan kad dengan kalendar sekolah, sistem ini memastikan pengagihan yang konsisten pada hari persekolahan sambil mengelakkan penyalahgunaan dan ketirisan. Mekanisme berasaskan data ini membolehkan ATLAS Vending memantau impak program dengan berkesan, sambil memberikan pengalaman yang bermaruah dan berdikari kepada kanak-kanak.

Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) berkata, “Misi YRMS sentiasa tertumpu kepada membangunkan potensi belia. Pemakanan yang baik adalah asas kepada keupayaan kanak-kanak untuk belajar, memberi tumpuan dan berjaya di sekolah. Melalui ATLAS Nutri Aid, kami bukan sekadar menyediakan nutrisi harian, tetapi menghapuskan halangan penting kepada pendidikan dan memberikan tenaga serta peluang yang sewajarnya untuk mereka mencapai impian.”

Inisiatif ATLAS Nutri Aid mencerminkan komitmen jangka panjang untuk meningkatkan tumpuan di dalam kelas dan perkembangan fizikal generasi akan datang. Dengan menyediakan sumber nutrisi yang boleh dipercayai, program ini membantu merapatkan jurang penting dalam kesihatan kanak-kanak sambil menyokong keluarga kurang mendapat perhatian yang berdepan tekanan ekonomi.

Pada terasnya, ATLAS Nutri Aid dibina atas satu kepercayaan mudah: setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar, belajar dan berkembang maju, bermula dengan pemakanan yang baik.