5 Jenis Zuhud Yang Boleh Diamalkan Dalam Dunia Moden

Bila orang dengar perkataan zuhud, ramai bayangkan hidup susah, pakai baju koyak dan tinggal di pondok. Padahal dalam Islam, zuhud bukan tentang tiada harta tapi harta itu tidak menguasai hati.

Khairul Aming contohnya.
Jualan sambal dia puluh juta setahun, tapi masih memilih untuk tinggal di rumah dengan keluasan 1,000 kaki persegi. Bukan sebab tidak mampu, tapi sebab dia tahu itu “cukup” buat mereka sekeluarga.

Itu bukan miskin.
Itu zuhud.

Berikut 5 bentuk zuhud yang relevan dalam dunia hari ini:

1. Zuhud Daripada Pamer Kekayaan

Hari ini ramai tidak miskin duit, tapi miskin ketenangan kerana terperangkap dalam comparison trap.

Orang lain pakai kereta baharu, rumah mereka lebih besar, telefon lebih canggih.
Sedikit demi sedikit, semua itu menjadi beban dalam fikiran kita.

Zuhud di sini bermaksud:

Kita tidak rasa perlu buktikan apa-apa kepada sesiapa.

Kalau kereta lama masih elok, tidak perlu tukar semata-mata nak kelihatan “berjaya” di mata orang lain.

2. Zuhud Daripada Hutang Gaya Hidup

Ramai nampak kaya, tapi sebenarnya hamba kepada hutang.

iPhone baru.
Kereta mahal.
Rumah besar.
BNPL untuk beli barang kecil.

Semua dibiayai hutang jangka panjang atau bayaran bulanan yang seolah-olah tidak akan pernah habis.

Zuhud bermaksud:

Kita beli ikut kemampuan sebenar, bukan kemampuan kredit bank.

Orang zuhud guna duit yang dia ada.
Orang zuhud tidur lena.
Orang terperangkap hutang tidur dengan kalkulator dalam kepala.

3. Zuhud Daripada Kejar Status

Jawatan, pangkat, bilangan pengikut di media sosial semua ini boleh jadi penjara.

Zuhud di sini bermaksud:

Kita tidak jadikan pengiktirafan manusia sebagai penting.

Kalau kerja biasa tapi hidup tenang, itu lebih kaya daripada CEO yang tidak pernah merasa puas.

4. Zuhud Daripada Fear of Missing Out

Orang masuk saham, kita pun masuk sebab takut tertinggal.
Orang beli emas, kita pun rasa wajib beli.

Zuhud bermaksud:

Kita tidak melabur kerana terikut-ikut emosi orang lain.

Orang zuhud melabur ikut perancangan dan objektif sendiri, bukan ikut cakap pempengaruh.

5. Zuhud Daripada Anggapan “Lebih = Bahagia”

Inilah penipuan terbesar dunia moden.

Lebih duit.
Lebih kerap travel.
Lebih follower di TikTok, Facebook, Instagram, Twitter.

Ada semua ini tidak semestinya hidup lebih tenang.

Zuhud bermaksud:

Kita tidak menghadkan bahagia itu pada nombor dalam akaun.

Ada orang kaya tapi sentiasa resah dan gelisah.
Ada orang yang sederhana tapi hidupnya lebih lapang.

Kesimpulannya kita tidak perlu menjauhkan diri daripada kekayaan, tetapi kita perlu pastikan kekayaan itu tidak pernah mengambil alih jiwa dan ketenangan hidup kita.

Semoga Allah menjadikan kita termasuk dalam golongan zuhud mengikut apa yang disabdakan oleh Rasul S.A.W.

Kami tutup dengan doa:

اللهم اجْعَلِ الدُنْيَا فِى اَيْدِيْنَا وَلَا تَجْعَلْهَا فِى قُلُوْبِنَا

MaksudnyaYa Allah, jadikanlah dunia pada tangan-tangan kami (milik kami) tetapi jangan jadikan dunia pada hati-hati kami yang membawa kepada cinta dunia.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.