Harga Pengangkutan, Makanan Hadapi Tekanan Awal Daripada Konflik Timur Tengah

PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) — Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Oleh yang demikian, pakar ekonomi mengingatkan kos sara hidup akan meningkat secara beransur-ansur apabila kenaikan harga minyak, kos logistik dan input pertanian disalurkan ke dalam ekonomi.

Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata perkhidmatan berkaitan pengangkutan cenderung bertindak balas terlebih dahulu dalam tempoh konflik global.

Beliau berkata hal itu kerana pelarasan dalam logistik, operasi berkaitan bahan apt dan kos pengangkutan komersial yang lebih pantas.

Harga makanan biasanya menyusul apabila perbelanjaan bagi baja, makanan ternakan dan pengedaran yang lebih tinggi dipindahkan secara berperingkat dalam rantalan bekalan, katanya.

“Inflasi keseluruhan Malaysia kini pada 16 peratus tahun ke tahun, dengan pengangkutan pada -0.7 peratus dan makanan serta minuman pada 1.5 peratus.

“Kami menjangkakan inflasi meringkat kepada sekitar 2.2 peratus menjelang akhir tahun, sebahagian besarnya mencerminkan tekanan sederhana namun berterusan dalam kumpulan makanan dan perkhidmatan berkaitan pengangkutan” katanya kepada Bernama.

Pelabur dalam pasaranglobal menjadi lebih berhati-hati pada Ahad selepas Amerika Syarikat (AS) melakukan tindakan ketenteraan terhadap Iran sekali gus meningkatkan risiko geopolitik.

Ahli ekonomi turut mengingatkan keadaan itu boleh mengukuhkan sentimen elak risiko serta menjejaskan harga minyak mentah, ringgit dan aliran perdagangan.

Selain itu, Mohd Sedek berkata harga minyak mentah dibawah US$90 setong hanya akan menimbulkan tekanan inflasi yang sederhana.

Pada masa sama, dagangan ringgit dalam julat 3.90 hingga 400 berbanding dolar AS akan membantu mengekang inflasi import, katanya.

Beliau berkata bagi inflasi pengangkutan, hal itu dijangka kembali normal secara beransur-ansur daripada paras negatif kepada sedikit positif, manakala inflasi makanan boleh meningkat kepada antara 2.5 hingga 2.7 peratus berikutan kos pengeluarandan logistik yang lebih tinggi.

Beliau berkata utiliti pula bersifat kurang sensatif dalam jangka masa terdekat kerana pelarasan tarif utiliti tidak bertindakbalas secara serta-merta terhadap turun naik harga minyak mentah jangka masa pendek.

“Bagaimanapun, beberapa kesan pusingan kedua dijangka berlaku dalam ekonomi yang lebih luas apabila perniagaan menghadapt perbelanjaan logistik, pembungkusan, input import dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi.

“Semua tekanan ini tidak akan mencetuskan kenaikan harga secara meluas atau mendadak, sebaliknya akan muncul secara beransur-ansur, khususnya bagi premis perkhidmatan makanan, barangan makanan diproses, perkhidmatan penghantaran dan sektor yang mempunyai margin keuntungan kecil,” katanya.


Apakah Persediaan Malaysia?

Mohd Sedek berpendapat rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi tahun harga yang sedikit lebih tinggi, khususnya dalam kategori perkhidmatan dan berkaitan makanan, bukannya lonjakan kos bahan apt atau elektrik yang mendadak.

“Isi rumah dinasihatkan menilai semula corak perbelanjaan dan perlu membina penampan mudah tunal kecil bagi mergurus ketidaktentuan jangka masa pendek,” katanya.

Beliau turut menekankanbahawa risiko sebenar terletak pada kenalkan kos insurans dan penghantaran, bukannya kekurangan bekalan fizikal memandangkan saluran import Malaysia kekal pelbagai dan berfungsi.

Mengenal peranan kerajaan, beliau berkata sokongan fiskal perlu menumpukan kepada usaha mengekang kos di peringkat sumber, terutama yang melibatkan logistik dan pertanian.

“Kerajaan perlu menstabilkan kos baja dan menyediakan sokongan bersasar sepanjang rantalan bekalan makanan kerana langkah Itu lebih berkesan dalam mencegah inflasi menyeluruh berbanding pemindahan tunal segera.

“Menggiatkan pemantauan harga dan mengekalkan struktur subsidi bahan apt semasa akan terus membantu menyokong jangkaan tanpa menjejaskan ruang fiskal,” katanya.

Subsidi RON95 Mampan Namun Bukan Tampa Had

Mohd Sedek yang turut menyentuh ikrar kerajaan untuk mengekalkan harga subsidi RON95 berkata kemampanan mekanisme itu amat bergantung kepada harga minyak mentah Brent dan kadar pertukaran mata wang asing bagi ringgit.

“Sekiranya harga RON95 dikekalkan pada RM1.99 seliter, kos fiskal tambahan masih boleh dikawal jika harga minyak mentah Brent berada pada sekitar US$80 setong, namun kos akan meningkat dengan ketara apabila harga Brent menghampiri US$90 setong atau lebih daripada itu.

“Bagaimanapun, kos berkenaan menjadi bebanan berstruktur sekiranya harga minyak kekal melebihi US$90 untuk tempoh yang panjang dan semakin sukar untuk mengekalkan harga jika menghampiri US$95 hingga US$100 setong, terutama jika rilai ringgit lemah,” katanya.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent terus meningkat, dengan kenalkan US$1.98 atau 2.55 peratus kepada US$79.72 setong.

Sehubungan itu, Sedek berkata sekiranya penyesalan harga diperlukan, pendekatan yang kurang menimbulkan gangguan adalah dengan memperkenalkan mekanisme koridor harga secara berperingkat yang menyesuaikan sebahagian daripada harga petrol apabila harga minyak global melebihi ambang tertentu.

Beliau juga berkata penyesuaian secara berperingkat dalam julat yang terkawal akan mengekalkan disiplin fiskal dan pada masa sama mengelakkan kejutan mendadak kepada ist rumah dan pasaran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata kerajaan akan berusaha mengekalkan harga petrol RON95 pada harga semasa RM1.99 seliter demi untuk rakyat Malaysia meskipun pasaran global menghadap ketidaktentuan susulan situasi terkini konflik di Timur Tengah.

“Insya-Allah, untuk rakyat Malaysia saya akan cuba mempertahankan supaya tidak ada kenalkan harga minyak.

“Kita akan bertahan semaksimumnya… tetapt (pasarani) ini tidak terkawal, kalau keadaannya menjadi sehingga luar daripada kawalan kita, itu (jika berlaku kenaikan harga) tidak dapat kita pastikan” kata Arwar.

Senada dengan Perdana Menteri, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Nasir pada Selasa berkata kerajaan tidak bercadang untuk melakukan sebarang perubahan drastik dari segi harga serta dasar ketika ini.

BNM Dijangka Kekalkan OPR

Mengenal dasar monetari, Mohd Sedek berkata Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar faedah sedia ada berbanding menurunkannya walaupun inflasi adalah terkawal.

Beliau berkata Kadar Dasar Semalaman (OPR) semasa pada 2.75 peratus adalah bersafat akomodatif dan pelonggaran dasar terlalu awal dalam keadaan geopolitik yang tidak menentuboleh melemahkan ringgit dan meningkatkan inflasi import.

“Bank pusat perlu sentiasa berwaspada dengan kesan pusingan kedua dan mengambil langkah untuk mencegah jangkaan inflasi yang tidak menentu” katanya.

Ahli Ekonomi Prof Dr Geoffrey Williams pula berkongsi harapan yang sama mengenal pendekatan berhati-hati dalam kalangan pembuat dasar.

Beliau berkata keadaan semasa lebih banyak dipengaruhi oleh ketidaktentuan mengenal perkembangan situasi geopolitik berbanding jangkaan sebenar mengenai harga atau pertumbuhan.

Beliau juga menjangkakan kadar faedah di Malaysia tidak akan meningkat namun yakin penurunan kadar faedah hanya akan hanya dipertimbangkan sekiranya kebimbangan terhadap pertumbuhan semakin serius.

“Inflasi kekal rendah, ringgit agak kukuh, dan harga import adalah terkawal. Kedudukan perdagangan Malaysia menerima manfaat daripada harga minyak yang tinggi, walaupun ringgit mengalami turun naik, pembetulan pasaran dan ketidaktentuan politik di dalam negara kekal sebagai aspek yang perludibert perhatian,” katanya.

Williams berkata kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak terjejas dengan ketara memandangkan PKS memberi lebih banyak tumpuan terhadap pasaran domestik berbanding risiko luaran.

Beliau yang menasihatkan pembuat dasar supaya kekal tenang, bertindak denganberhati-hati dan mengelakkan perubahan dasar yang drastik turut menyuarakan keyakinan bahawa konflik itu akan reda pada masa yang sesuat
— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Inflasi Mac Pada 1.7 Peratus Kekal Terkawal, Bersifat Sementara – Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR (Bernama) — Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengeluarkan data hari ini yang menunjukkan inflasi Malaysia meningkat 1.7 peratus pada Mac 2026, dengan indeks meningkat kepada 136.4 daripada 134.1 pada bulan yang sama tahun lepas.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata bacaan inflasi terbaharu itu mencerminkan tanda-tanda awal tekanan kenaikan harga, namun ia kekal terhad dan bersifat sementara.

“Trend peningkatan baru-baru ini sebahagian besarnya didorong oleh kesan limpahan daripada konflik Asia Barat yang berterusan melalui kos bahan api dan logistik yang lebih tinggi dan bukannya sebarang perubahan bermakna dalam keadaan permintaan domestik.

“Apa yang penting, tekanan inflasi kekal terhad, dipacu oleh sektor pengangkutan dan perkhidmatan tertentu, manakala penggunaan teras kekal stabil, mencerminkan permintaan yang kukuh dan pemindahan kos yang terhad,” katanya kepada Bernama.

Mohd Sedek menjelaskan keadaan ini mencerminkan kejutan yang lazimnya disebabkan oleh harga minyak, di mana harga menyesuaikan diri ke paras lebih tinggi dalam jangka pendek tetapi tidak berkembang menjadi inflasi yang berterusan tanpa adanya kesan pusingan kedua.

“Berikutan itu, ketika momentum inflasi cenderung meningkat, struktur pendasar terus memaparkan persekitaran ketidaktentuan yang rendah dengan tekanan luar sementara berbanding kemunculan rejim inflasi yang ketara atau (bersifat) sistemik,” katanya.

Ditanya sama ada inflasi akan kekal dalam julat atau paras semasa, Mohd Sedek berkata walaupun berkemungkinan berlaku dalam masa terdekat, ini masih berpotensi meningkat dan bergantung kepada sejauh mana kos dilepaskan kepada pengguna.

“Buat masa ini, pelepasan kos itu masih hanya sebahagian, dengan syarikat-syarikat menyerap kenaikan kos tenaga dan logistik susulan konflik Asia Barat.

“Di peringkat domestik, sokongan dasar terutama kawalan harga bahan api RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95), terus (menjadi mekanisme) mengekang inflasi berkaitan bahan api dan mengelak kesan limpahan secara meluas,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Sedek menyifatkan titik perubahan penting terletak pada kesan pusingan kedua dengan kemungkinan inflasi meningkat jika kos input terus wujud dan syarikat bertindak melepaskannya menerusi kenaikan harga, terutama dalam sektor perkhidmatan.

“Sebaliknya, jika keadaan permintaan kekal stabil dan penampan dasar kekal utuh, pelepasan kos dijangka terus terkawal dan membolehkan inflasi kekal dalam julat rendah dan mampu diurus,” katanya.

Mohd Sedek juga menekankan, risiko utama terhadap prospek inflasi Malaysia bagi tempoh berbaki 2026 adalah tertumpu kepada kejutan kos luaran serta pelarasan dasar.

Sementara itu, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata walaupun inflasi kekal dalam jajaran terurus, terdapat tanda-tanda tekanan harga mula meluas.

Beliau berkata inflasi mungkin kekal dalam jajaran 1.0 hingga 2.0 peratus dalam tempoh terdekat tetapi memberi amaran risikonya sedang condong ke arah menaik, terutamanya jika tekanan kos terus disalurkan kepada pengguna.

“Inflasi sepatutnya kekal terkawal dalam tempoh terdekat tetapi risiko luaran seperti harga minyak dan gangguan bekalan boleh memacunya lebih tinggi. Dasar monetari masih mempunyai ruang untuk kekal menyokong tetapi adalah lebih baik untuk meneruskan sikap berhati-hati,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, RHB Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran inflasi 2026 Malaysia pada 1.8 peratus walaupun terdapat sedikit peningkatan pada Mac.

“Kami mengekalkan unjuran inflasi 2026 kami pada 1.8 peratus, sambil terus mengambil kira potensi tekanan tolakan kos menurutnya dalam nota kajian hari ini.

Bank pelaburan itu berkata konflik AS-Iran telah melonjakkan harga minyak global dan mampu memberi kesan ke atas inflasi domestik jika ia berterusan.

“Dalam beberapa bulan akan datang, tekanan tolakan kos memerlukan pemantauan rapi, kerana harga minyak yang lebih tinggi boleh memberi kesan kepada logistik, utiliti dan kos pengeluaran yang lebih luas, dengan potensi limpahan kepada harga pengguna,” tambahnya.

— BERNAMA