Bursa Malaysia Dan FTSE Russell Keluarkan Kertas Konsultasi Untuk Meningkatkan FBMKLCI Dan FBM70

Kuala Lumpur, 31 Mac 2026 — Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia” atau “Bursa”), bersama FTSE Russell, hari ini mengeluarkan kertas konsultasi bagi mendapatkan maklum balas pasaran berhubung cadangan penambahbaikan terhadap metodologi FTSE Bursa Malaysia KLCI (“FBMKLCI”) dan FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index (“FBM70”).

Seiring dengan perubahan landskap ekonomi Malaysia, FBMKLCI dan FBM70 memainkan peranan penting dalam membentuk cara pelabur domestik dan antarabangsa mengakses pasaran ekuiti Malaysia. Konsultasi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan penanda aras utama pasaran ekuiti Malaysia kekal relevan seiring dengan pertumbuhan saiz, keluasan dan kecairan pasaran.

Kertas konsultasi ini menggariskan beberapa pilihan bagi kedua-dua penanda aras:

• FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBMKLCI)

  1. Memperluaskan FBMKLCI daripada 30 kepada 50 komponen, dengan pilihan mekanisme had 10% pada peringkat syarikat bagi menyokong perwakilan sektor yang lebih luas; ATAU
  2. Mengekalkan struktur FBMKLCI sedia ada.

• FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index (FBM70)

  1. Menyemak FBM70 daripada 70 kepada 50 komponen, selaras dengan potensi peluasan FBMKLCI, tanpa perubahan kepada FTSE Bursa Malaysia Top 100 Index (FBM100); ATAU
  2. Mengekalkan struktur semasa FBMKLCI dan FBM70, dengan menerapkan prinsip pemantauan pasaran serta fleksibiliti untuk menyesuaikan diri dengan keadaan masa depan.

Bursa Malaysia dan FTSE Russell menjemput pihak berkepentingan daripada orang awam dan komuniti pelaburan, termasuk pemilik aset, pengurus aset, broker, pengurus dana, firma dagangan proprietari serta syarikat tersenarai awam untuk mengemukakan maklum balas terhadap cadangan ini sebelum 24 April 2026 melalui pautan yang disediakan di sini.

Semua maklum balas yang diterima akan dinilai berdasarkan Polisi FTSE Russell bagi Perubahan Metodologi Penanda Aras sebelum keputusan muktamad dibuat sama ada untuk meneruskan cadangan penambahbaikan atau mengekalkan metodologi indeks sedia ada.

Tertakluk kepada hasil konsultasi, sebarang perubahan yang diluluskan terhadap FBMKLCI dan FBM70 dijangka dilaksanakan sama ada pada Disember 2026 atau Jun 2027. Maklumat lanjut termasuk keputusan akhir dan garis masa pelaksanaan akan diumumkan selepas proses konsultasi selesai.

Konsultasi ini mencerminkan komitmen bersama Bursa Malaysia dan FTSE Russell dalam memastikan penanda aras pasaran yang kredibel, telus dan berpandangan ke hadapan, sekali gus menyokong proses membuat keputusan pelaburan, pembentukan modal serta pembangunan jangka panjang pasaran modal Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Persidangan Pengguna & Penjagaan Kesihatan: Pelaburan Selamat Ketika Menghadapi Risiko Luaran Semasa

Saranan WAJARAN TINGGI dikekalkan terhadap sektor Pengguna dan Penjagaan Kesihatan; Saham Pilihan Utama: Nestle, Eco-Shop Marketing, Mr DIY Group, KPJ Healthcare (KPJ), LAC Med (LACMED), Duopharma Biotech (DBB)

Baru-baru ini, kami menganjurkan persidangan bertajuk “Sektor Pengguna dan Penjagaan Kesihatan: Pelaburan Selamat Ketika Menghadapi Risiko Luaran Semasa” yang menampilkan lebih 60 pelanggan institusi kerana kami percaya penganjuran persidangan yang lain daripada yang lain ini berjaya memancing sambutan hebat daripada golongan pelabur. Berbeza dengan persidangan biasa yang sering mempersembahkan syarikat tersenarai yang biasa didengari, acara kami menampilkan 10 penceramah rata-ratanya daripada firma persendirian dan persatuan, bagi menawarkan sudut pandangan industri yang baharu dan eksklusif.

Profil bertahan teguh, dengan pencarian nilai lebih giat

Menerusi perbincangan dalam persidangan ini, pandangan kami tentang profil bertahan sektor pengguna dapat disahkan apabila disokong oleh tahap penggunaan domestik yang kukuh dan sikap pencarian nilai. Walaupun kebanyakan penceramah dilihat mengambil pendirian yang lebih berhati-hati, perbincangan yang berlaku menunjukkan bahawa pasaran masih menyajikan peluang-peluang untuk perniagaan mengambil langkah penyesuaian bagi memenuhi sikap pengguna yang berubah-ubah, dibantu oleh tahap pekerjaan yang stabil dan dasar-dasar fiskal yang menguntungkan.

Permintaan pengguna dilihat terus bertahan untuk barangan keperluan, barangan asasi, makanan, barangan runcit yang bernilai, produk mudah beli, dan barangan mewah mampu milik, sementara barangan bawah kategori bukan keperluan utama mungkin memerlukan penawaran nilai yang lebih tinggi untuk memacu keuntungan.

Peralihan kepada “barangan bernilai yang berpatutan”, selain tahap penggunaan lebih tinggi dalam kecerdasan buatan (AI) untuk memahami kemahuan-kemahuan pengguna, mengoptimumkan tahap inventori, dan memperkemaskan penetapan harga atau promosi harga, sekiranya ia dapat memastikan perniagaan terus relevan dan margin terjaga. Secara keseluruhan, persidangan ini mengukuhkan lagi pandangan positif kami pada sektor ini, dengan keutamaan diberikan pada kategori-kategori barangan keperluan, skala operasi perniagaan yang kukuh, dan ekonomi yang mencari nilai.

Daripada jangka hayat kepada jangka kesihatan

Berdasarkan sesi perbincangan yang menyentuh soal sektor penjagaan kesihatan, sifat kebertahanan pengendalipengendali hospital disahkan terjamin menerusi demografik penduduk semakin menua dan pertumbuhan jumlah pesakit dalam jangka panjang, sementara skop operasi sektor penjagaan kesihatan ditekankan beransur-ansur berkembang dan tidak terikat dengan merawat penyakit semata-mata, malah bergerak ke arah menjaga kesihatan untuk jangka panjang. Jangka hayat penduduk di Malaysia terus meningkat, namun jurang tersebut dengan jangka hayat kesihatan yang sebenarnya menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia yang menghabiskan zaman tua mereka dengan penyakit kronik atau kecacatan.

Demi menangani keadaan membimbangkan ini, sektor pengguna memberikan penekanan lebih besar terhadap penjagaan kesihatan pencegahan, usia yang panjang, dan kesejahteraan penduduk secara amnya, dengan tahap kesanggupan penduduk yang semakin meningkat untuk berbelanja bagi mengurangkan masalah kesihatan pada masa hadapan. Hal ini jelas menerusi perbelanjaan kesihatan yang kian berkembang merentasi ujian saringan kesihatan, diagnostik, makanan tambahan, ubat-ubatan yang disesuaikan mengikut keadaan pesakit, dan ubat-ubatan tradisional dan sampingan.

Kami tidak melihat kesihatan dan kesejahteraan pencegahan sebagai suatu yang menggantikan perkhidmatan hospital tradisional, tetapi sebagai pengembangan kepada ekosistem penjagaan kesihatan secara amnya di luar skop penjagaan akut, dengan hospital swasta, makmal diagnostik, penyedia saringan kesihatan, nutraseutikal, dan platform kesihatan digital mungkin akan meraih perbelanjaan tambahan.

Pilihan Utama

Bakal penerima manfaat utama dalam liputan kajian kami disertakan dalam jadual di bawah

Persidangan Pelabur RHB: Pelaburan Selamat Ketika Menghadapi Risiko Luaran Semara

Pengguna: Kemunculan peluang baharu daripada trend-trend baharu

Penjagaan Kesihatan: Perkembangan ekonomi kesejahteraan yang dibiayai sendiri oleh pengguna

Penganalisis
Wei Siang Soong +60 323028130 ([email protected]) & Eddy Do +60 323028125 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.