Saham-Saham Berkaitan Pilihan Raya Dah Mula Bergerak Naik

Dengar kata tak lama lagi Malaysia nak bubarkan Parlimen dan bermulalah episod Pilihan Raya Umum Ke-14. Setiap kali nak pilihan raya, inilah masa yang terbaik untuk melabur ke dalam saham-saham yang berkaitan pilihan raya.

Kami bukan nak bincang pasal politik, tapi kami nak sampaikan khabar gembira kepada pelabur-pelabur saham dengan catalyst pilihan raya ini.

Kesan Positif Kepada Pasaran Saham

Tahukah anda bahawasanya terdapat peluang kepada pelabur bijak untuk meraih pulangan yang baik apabila “sentimen”/ demam pilihan raya melanda?

Sumber dari RHB Investment Bank menyenaraikan saham-saham berkaitan pilihan raya seperti dibawah:

Ada Yang Dah Mula Panaskan Enjin

Tengok saja keuntungan yang diperolehi oleh rakan-rakan pelabur kami. Tak perlu tunggu setahun pun untuk meraih keuntungan di atas. Ada yang dapat dalam masa beberapa hari sahaja. Usah difikirkan pasal modal sangat, cukuplah sekadar berapa yang kita sanggup rugi untuk melabur dalam pasaran saham Bursa Malaysia ni.

Kenapa pula? Sebab melabur saham ni confirm rugi. Tetapi wajib untung. Bahasa mudahnya mereka yang berani menanggung risiko saja boleh melabur. Jadi keberanian tersebut akan dibalas dengan pulangan yang lebih baik berbanding instrumen pelaburan lain yang rendah risikonya.

Masa Silam Dijadikan Petunjuk

Sejarah yang lalu jadikan pengajaran. Nak tahu prestasi saham-saham patuh syariah ini pada pilihan raya yang lalu yang telah diadakan pada 5 Mei 2013? Sila baca 28 Kaunter Saham Patuh Syariah Yang Berpotensi Menjelang Pilihanraya. Bukan kesemua 28 saham syarikat tersebut mencatatkan kenaikan, ada 2 yang harganya jatuh.

Jadi kalau ada yang kata, sure untung kalau beli; jangan percaya. Masih banyak faktor yang mempengaruhi. Kena buat Fundamental Analysis dan Technical Analysis sebelum bertindak melabur. Jika perlukan guru atau mentor boleh baca :

Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Eh, dah daftar mengundi atau belum? Boleh semak Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LSH Capital Beli Tanah Perbadanan Aset Keretapi Di Subang Jaya Pada Harga RM197.9 Juta

KUALA LUMPUR: Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) akan membeli tanah milik Perbadanan Aset Keretapi (RAC) pada harga RM197.9 juta bagi membangunkan projek pembangunan bercampur berorientasikan transit (TOD) dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1.91 bilion di Subang Jaya, Selangor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, LSH Capital berkata anak syarikatnya, Astana Setia Development Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian jual beli dan pembangunan bersyarat dengan RAC bagi memperoleh dua lot tanah pegangan bebas seluas 7.04 hektar.

Projek TOD itu dijangka merangkumi sehingga enam menara kediaman yang dilengkapi komponen runcit dan komersial bersepadu.Dengan anggaran kos pembangunan kasar sebanyak RM1.32 bilion, projek itu akan dibangunkan secara berfasa dalam tempoh lima tahun.Kerja pembinaan dijangka bermula pada separuh kedua 2027, manakala siap sepenuhnya disasarkan pada separuh kedua 2032.Cadangan pembangunan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham, Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta pihak berkuasa berkaitan, dengan urus niaga dijangka dimuktamadkan menjelang suku ketiga 2027.

LSH Capital berkata projek itu dijangka meningkatkan kesalinghubungan dalam rangkaian pengangkutan Selangor, di samping merangsang aktiviti pembinaan, mewujudkan peluang pekerjaan serta menyokong pertumbuhan bandar yang mampan untuk jangka panjang.Tanah tersebut terletak di kawasan pembangunan matang Subang Jaya, kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, dengan akses mudah ke Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).Kawasan itu turut dihubungkan dengan Stesen Komuter Batu Tiga dan hab pertukaran rel bersepadu Subang Jaya, manakala Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah terletak kira-kira lima kilometer dari tapak pembangunan.Harga pembelian tanah itu, bersamaan kira-kira RM261 bagi setiap kaki persegi, dipersetujui berdasarkan prinsip “pembeli dan penjual yang rela” (willing buyer, willing seller).Nilai tersebut lebih rendah daripada penilaian bebas sebanyak RM202 juta, atau sekitar RM266 bagi setiap kaki persegi, yang dibuat oleh Nawawi Tie Leung Property Consultants Sdn Bhd.

Pemerolehan itu akan dibiayai melalui gabungan dana dalaman, pinjaman bank dan kutipan dana ekuiti.LSH Capital telah membayar deposit sebanyak 10% menggunakan dana dalaman, manakala baki pembiayaan akan ditentukan kemudian menerusi gabungan beberapa sumber pembiayaan.

Pengerusi Bukan Eksekutif LSH Capital, Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, berkata projek itu mencerminkan keyakinan RAC terhadap keupayaan syarikat dan akan memperkukuhkan saluran projek pembinaan serta pembangunan hartanah kumpulan.”Kami berharap dapat merealisasikan sepenuhnya potensi bank tanah ini bagi menjana nilai mampan untuk jangka panjang kepada pemegang saham serta komuniti yang kami berkhidmat,” katanya.

–Berita Harian