Perbezaan Akaun Saham (Trading) Islamik dan Konvensional

Kami percaya buat masa ini anda sudah mengetahui bahawa akaun CDS adalah perkara wajib ada sebelum boleh memulakan aktiviti jual beli saham.

Nama penuh CDS ialah Central Depository System. Akaun CDS ini macam seperti akaun simpanan kita tetapi kita bukan simpan duit, tetapi kita simpan saham.

Kalau masih belum buka akaun CDS, boleh baca tutorial yang disediakan:

Semasa buka akaun CDS, biasanya kita akan terus buka akaun trading.

Tapi tahukah anda akaun trading saham juga ada yang konvensional dan Islamik, sama seperti sistem perbankan?

Melalui laman web Bursa Malaysia, setakat Januari 2023, dilaporkan terdapat 15 institusi yang menawarkan akaun patuh syariah sama ada yang berstatus “full-fledged” atau “window basis”. Hanya BIMB Securities Sdn Bhd sahaja yang berstatus “full-fledged” iaitu syarikat broker yang 100% diiktiraf Islamik manakala yang selebihnya menawarkan kedua-dua perkhidmatan Islamik dan konvensional.

Untuk membuka akaun trading Islamik, anda boleh pilih broker pilihan dan terus ‘walk-in’ ke cawangan mereka. Setahu kami, masih belum ada pilihan untuk buka secara online. Jangan lupa untuk cakap yang anda inginkan trading Islamik.

Boleh juga semak senarai syarikat broker saham patuh shariah di Bursa Malaysia-i.

TERKINI : Dalam webiste Bursa Malaysia kita boleh lihat ada 15 broker yang menawarkan Akaun trading Islamik sama ada “FULL-FLEDGED” atau “WINDOW BASIS”.

Senarai broker-broker tersebut adalah :

  1. RHB Investment Bank Berhad (window)
  2. Affin Hwang Investment Bank Berhad (window)
  3. AmInvestment Bank Berhad (window)
  4. BIMB Securities Sdn Bhd (full-fledged)
  5. CGS-CIMB Securities Sdn Bhd (window)
  6. Hong Leong Investment Bank (window)
  7. Inter-Pacific Securities Sdn Bhd (window)
  8. Kenanga Investment Bank Berhad (window)
  9. Malacca Securities Sdn Bhd (window)
  10. Maybank Investment Bank Berhad (window)
  11. MIDF Amanah Investment Bank Berhad (window)
  12. Public Investment Bank Berhad (window)
  13. TA Securities Holdings Berhad (window)
  14. UOB Kay Hian Securities Sdn Bhd (window)
  15. KAF Equities Sdn Bhd (window)

Kalau nak buka akaun dengan BIMB Securities, mereka hanya mempunyai satu cawangan sahaja iaitu di Menara Multi Purpose yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda, margin financing yang ditawarkan oleh mereka adalah berasaskan kontrak Murabahah di mana syarikat akan membeli saham yang dikehendaki pelanggan dan segera menjual kepada pelanggan semula pada ‘marked-up price’ dan dibayar dalam tempoh yang dipersetujui.

Wajib Pilih Akaun Trading Islamik

Dah tau perbezaan di antara akaun trading Islamik dan konvensional, kita sebagai umat Islam wajib pilih yang Islamik. Takut terjebak pula dengan riba, jadi tiada pilihan melainkan untuk membuka akaun dan berdagang menggunakan akaun Islamik sahaja.

Boleh juga tengok Senarai Perbandingan Brokerage Fee Untuk Syarikat Broker Patuh Syariah Di Bursa Malaysia.

Jom Buka Akaun CDS

Kami ada berkongsi cara-cara untuk buka akaun CDS. Sila baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Artikel yang menarik, banyak manfaat. Yang paling penting, kita sendiri kena master cara baca maklumat2 yang ada di platform cds yang kita dah buka tu 🙂

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.