
Sub Topik
Kami percaya setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk melabur demi masa depan anak.
Ada yang membuka akaun SSPN sebaik sahaja anak dilahirkan.
Ada yang membeli emas setiap bulan.
Ada yang menyimpan dalam ASB, Tabung Haji atau dana pelaburan.
Semuanya pilihan yang baik kerana matlamatnya sama, iaitu menyediakan kehidupan yang lebih baik apabila anak dewasa nanti.
Tetapi apabila kami bertanya kepada beberapa ibu bapa,
“Apakah pelaburan paling berbaloi yang pernah anda buat untuk anak?”
Jawapannya bukan semuanya berkaitan wang. Ramai yang memberikan jawapan yang lebih menarik.
Pengalaman Adalah Pelaburan
Tidak semua pelaburan boleh diukur dengan jumlah ringgit yang disimpan.
Ada ibu bapa yang lebih rela membelanjakan wang untuk memberikan anak pengalaman yang mungkin tidak dapat dibeli apabila mereka dewasa nanti.
Mereka membawa anak melancong supaya dapat melihat dunia dengan mata sendiri.
Ada yang membawa anak berkhemah supaya belajar berdikari, bekerjasama dan menghargai alam.
Ada yang sanggup bangun seawal pagi setiap hujung minggu untuk menemani anak mendaki bukit atau menyertai acara sukan.
Tidak kurang juga yang menghantar anak belajar berenang, bermain alat muzik, menyertai pertandingan pidato, pertandingan robotik atau kelas seni.
Semua ini mungkin tidak memberikan pulangan dalam bentuk wang hari ini.
Namun pengalaman seperti inilah yang membentuk keberanian, disiplin, keyakinan diri dan cara anak melihat dunia.
Apabila mereka dewasa nanti, ibu bapa mungkin tidak lagi ingat berapa kos yang dibelanjakan. Tetapi anak akan sentiasa mengingati pengalaman yang pernah diberikan.
Ada Satu Lagi Pelaburan Yang Selalu Dipandang Ringan
Di sebalik semua pengalaman itu, ada satu pelaburan yang semakin penting dalam dunia hari ini.
Menguasai lebih daripada satu bahasa.
Jika dahulu fasih berbahasa Inggeris sudah dianggap satu kelebihan, hari ini keadaan sudah berubah.
Dunia pekerjaan menjadi semakin global.
Syarikat tempatan berurusan dengan pelanggan dari luar negara.
Mesyuarat dijalankan secara dalam talian bersama rakan sekerja dari pelbagai benua.
Ramai usahawan pula menjual produk ke pasaran antarabangsa.
Dalam keadaan ini, mereka yang mampu bertutur dalam dua, tiga atau lebih bahasa mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi.
Bahasa Membuka Lebih Banyak Peluang
Bayangkan anak anda mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan yakin.
Kemudian dia turut menguasai Bahasa Jepun atau Bahasa Korea atau Bahasa Sepanyol dan Perancis.
Peluang yang terbuka menjadi jauh lebih luas.
Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara. Lebih mudah mendapatkan biasiswa antarabangsa. Berpeluang bekerja dengan syarikat multinasional.
Malah jika menjadi usahawan sekalipun, mereka boleh berurusan dengan pelanggan dari seluruh dunia tanpa bergantung kepada penterjemah.
Dalam dunia yang semakin tanpa sempadan, bahasa bukan lagi sekadar subjek di sekolah.
Ia sudah menjadi satu aset.
Anak Lebih Mudah Belajar Bahasa Berbanding Orang Dewasa
Ramai orang dewasa menyesal kerana hanya mula belajar bahasa asing apabila sudah bekerja.
Pada ketika itu, komitmen semakin banyak. Masa semakin terhad. Berbeza dengan kanak-kanak. Mereka lebih cepat menangkap sebutan, lebih berani mencuba dan tidak malu melakukan kesilapan.
Sebab itulah ramai pakar pendidikan menggalakkan pendedahan kepada bahasa kedua atau ketiga sejak usia muda.
Semakin awal mereka bermula, semakin mudah proses pembelajaran.
Tak Perlu Lagi Pergi Ke Pusat Bahasa

Dulu, belajar bahasa asing mungkin memerlukan kita hadir ke pusat bahasa tertentu mengikut jadual yang tetap.
Hari ini semuanya jauh lebih fleksibel.
Melalui platform seperti Preply, ibu bapa boleh memilih guru dari pelbagai negara mengikut bajet, jadual dan tahap pembelajaran anak.
Pilihan bahasanya juga sangat banyak, termasuk Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Jepun, Korea, Jerman, Mandarin dan puluhan bahasa lain.
Menariknya, anda tidak semestinya perlu memilih tutor dari luar negara. Jika anak masih di peringkat asas atau lebih selesa belajar dengan gaya tempatan, terdapat juga ramai tutor dari Malaysia yang mengajar di Preply. Ini memudahkan komunikasi, terutama bagi kanak-kanak yang baru bermula.
Anak boleh belajar secara individu terus dengan tutor yang merupakan penutur asli atau guru berpengalaman, tanpa perlu meninggalkan rumah.
Ada Diskaun Untuk Pembaca Majalah Labur
Kalau anda memang bercadang untuk mendaftarkan anak ke kelas bahasa, sekarang mungkin masa yang sesuai.
Melalui pautan referral Majalah Labur, anda akan menikmati diskaun 70% untuk kelas percubaan pertama (bagi tutor yang mengenakan yuran sekurang-kurangnya USD7). Jika anda meneruskan langganan kelas pertama, Majalah Labur pula akan menerima kredit RM203 daripada Preply.
Kami bercadang menggunakan kredit tersebut untuk mempelajari bahasa baharu dan berkongsi sendiri pengalaman menggunakan platform ini kepada pembaca. Terima kasih kerana menyokong Majalah Labur melalui pautan referral kami.
Jadi, anda bukan sahaja melabur untuk masa depan anak, malah turut menyokong usaha kami menghasilkan kandungan percuma yang memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Kesimpulan
Setiap ibu bapa mempunyai definisi pelaburan yang berbeza.
Ada yang memilih menyimpan wang. Ada yang membeli emas. Ada yang melabur dalam pendidikan. Ada pula yang memilih memberikan pengalaman.
Tiada jawapan yang benar atau salah.
Tetapi jika ada satu pelaburan yang tidak boleh dicuri, tidak susut nilai dan akan dibawa oleh anak ke mana sahaja mereka pergi, ia ialah ilmu dan kemahiran berkomunikasi.
Kerana pada masa depan nanti, mungkin bukan siapa yang mempunyai modal paling besar akan mempunyai lebih banyak peluang.
Sebaliknya, mereka yang mampu berkomunikasi, memahami budaya berbeza dan membina hubungan dengan dunia akan sentiasa selangkah di hadapan.
Harta yang kita tinggalkan mungkin habis dibelanjakan. Tapi kemahiran yang kita beri akan memberi manfaat sepanjang hayat.











