Apa Itu Amanah Saham (Unit Trust) Dan 5 Kelebihan Melabur

Amanah saham atau yang dikenali juga sebagai unit trust, merupakan institusi pelaburan yang ditubuhkan khas untuk mengumpul dana daripada para pelabur yang bermodal kecil; tetapi berminat untuk melabur dalam pasaran saham dan ekuiti.

Modal yang sedikit daripada pelabur ini dikumpulkan ke dalam satu atau beberapa tabung dan kemudian digunakan bagi membeli dan menjual saham di pasaran saham.

Urusan pelaburan amanah saham dibuat oleh pengurus dana. Mereka merupakan orang yang pakar dan diiktiraf dalam bidang pelaburan.

Dengan cara ini, pelabur perseorangan tidak bergiat secara langsung di pasaran saham, tetapi hanya membeli unit di dalam sesuatu portfolio amanah saham.

Namun begitu, para pelabur masih boleh memperolehi faedah pelaburan yang sama seperti dalam pelaburan saham, iaitu melalui dividen yang diberi atau kenaikan harga unit amanah saham yang telah dibeli tadi.

Jom kita lihat beberapa kelebihan melabur dalam amanah saham seperti berikut.

1. Modal Pelaburan Yang Rendah

Bagi memulakan pelaburan dalam amanah saham, ia tidak memerlukan modal yang banyak berbanding pelaburan saham atau hartanah. Pada kebiasaannya, dengan modal RM100 dah boleh mula melabur.

Jadi ianya sesuai untuk individu yang masih muda dan baru nak terlibat dalam dunia pelaburan.

2. Diurus Oleh Golongan Profesional

Dengan hanya sejumlah modal yang kecil, para pelabur dapat melabur dalam portfolio yang diuruskan oleh pengurus dana yang professional. Pelabur tidak perlu terbeban untuk membuat penyelidikan saham dan ekonomi untuk memilih saham yang boleh mendatangkan keuntungan.

Serahkan saja kepada mereka yang pakar dan anda hanya perlu membayar yuran perkhidmatan yang minima.

3. Kepelbagaian (Diversification)

Sumber Gambar: Nattanan23 / Pixabay

Dalam sesuatu portfolio amanah saham, ia mengandungi saham daripada pelbagai syarikat dan sektor. Melalui kepelbagaian inilah, ia dapat mengurangkan risiko yang ditanggung dalam pelaburan.

Sebaliknya dalam pasaran saham, adalah mustahil untuk anda membeli 10 kaunter saham berbeza dengan modal RM100.

Antara instrumen lain yang dilaburkan melalui Unit Trust ini ialah :

  • Ekuiti (saham di Bursa Malaysia dan luar negara)
  • Bond atau sukuk
  • Fixed deposit
  • Money market

4. Kecairan

Walaupun pelaburan dalam amanah saham merupakan pelaburan jangka panjang, tetapi ianya mudah dicairkan. Ini bermakna pelaburan boleh dijual semula untuk mendapatkan wang pada hari yang sama.

Apabila anda ingin menjual semula unit pelaburan, pihak pengurusan akan membelinya semula dengan mengikut harga yang ditetapkan pada setiap hari.

Kemudahan untuk menjual balik saham amanah yang fleksibel ini, membolehkan anda menggunakannya pada saat berlaku hal kecemasan dan memerlukan duit dengan cepat.

5. Urus Niaga Yang Mudah Dan Cepat

Dalam pelaburan amanah saham, ianya sangatlah mudah dan cepat. Malah anda juga boleh mengeluarkan wang daripada simpanan KWSP untuk melabur. Malah, Kita Boleh Keluarkan Duit Akaun 1 KWSP Untuk Melabur Unit Trust.

Adakah pelaburan Unit Trust selamat?
Penubuhan syarikat-syarikat pengurusan unit amanah mendapat kelulusan daripada Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memastikan pematuhan garis panduan dan undang-undang supaya segala transaksi dalam keadaan telus dan selamat.

Sumber Rujukan:

Pastikan anda baca juga:

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan Bagi Dua Dana Syariah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — PMB Investment Bhd (PMB Investment), syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Bhd mengumumkan pengagihan pendapatan untuk Amanah Saham MARA dan PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengurusan dana itu berkata jumlah pengagihan pendapatan Amanah Saham MARA sebanyak 4.00 sen seunit, melebihi angka tahun lepas iaitu 3.26 sen seunit dengan jumlah keseluruhan RM1.57 juta.

Katanya, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

Berikutan pengagihan itu, Nilai Aset Bersih (NAB) seunit akan diselaraskan daripada RM0.6755 kepada RM0.6355.

“Pengagihan ini mewakili hasil sebanyak 5.73 peratus berdasarkan NAB penutup seunit pada 31 Dis, 2025,” kata kenyataan itu.

Mengulas mengenai prestasi dana Amanah Saham MARA, Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Hang Tuah Amin Tajudin berkata, walaupun pasaran tidak menentu, pendekatan berdisiplin pihaknya berjaya mencapai hasil kompetitif 5.73 peratus dan pulangan kumulatif 61.70 peratus untuk tiga tahun, sambil kekal mematuhi prinsip syariah sepenuhnya.

Sementara itu, PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund yang dahulunya dikenali sebagai PMB Wholesale Sukuk Fund mencatatkan agihan pendapatan sebanyak 5.96 sen seunit, berjumlah keseluruhan RM1.08 juta.

NAB sebelum pengagihan adalah RM1.1617 seunit dan diselaraskan kepada RM1.1021 selepas pengagihan, mewakili hasil sebanyak 5.40 peratus bagi tahun kewangan tersebut.

“PMB Amanah Saham MARA Wholesale Sukuk Fund menunjukkan prestasi konsisten dengan hasil 5.40 peratus dan pulangan kumulatif 14.43 peratus dalam tempoh tiga tahun sekali gus membuktikan keberkesanan strategi pendapatan tetap kami,” kata Hang Tuah.

Kedua-dua pengagihan dikreditkan pada 31 Dis, 2025 dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Jan, 2026.