5 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pelabur Emas

Ramai yang memasang impian untuk menjadi seorang pelabur emas tetapi kena fahamkan dulu betul-betul tentang emas ini. Kerana setiap pelaburan pastinya ada risikonya yang tersendiri.

Berikut merupakan 5 kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur emas.

1. Melabur Tanpa Ilmu

Ilmu adalah penting agar anda mampu menjadi kaya dengan emas. Lagi banyak ilmu yang anda ada, bermakna lagi banyak keuntungan yang mampu anda raih.

Dapatkan ilmu daripada buku-buku tentang pelaburan emas di mana buku tersebut ditulis dan dihasilkan oleh sifu-sifu pelaburan emas yang telah berjaya meraih keuntungan berlipat kali ganda dalam pelaburan emas mereka.

Jika anda bukan sejenis yang suka membaca, maka rajinkanlah diri untuk datang ke mana-mana seminar yang dianjurkan khususnya tentang pelaburan emas untuk belajar terus daripada pakar-pakar yang mempunyai pengalaman yang banyak ini.

2. Tunggu Harga Emas Rendah Untuk Beli

Harga emas sama seperti harga komoditi lain dunia iaitu ada naik dan turunnya. Kita sebenarnya sukar untuk memastikan sama ada harga emas sudah pun betul-betul murah atau tidak.

Ini kerana melihat kepada sejarah, harga emas akan berterusan meningkat sepanjang zaman. Satu dinar emas boleh membeli seekor kambing 1,400 tahun yang lalu ketika zaman Nabi Muhammad SAW, hari ini satu dinar emas juga boleh membeli seekor kambing.

Oleh itu, boleh tetapkan sasaran untuk membeli emas satu gram setiap bulan. Atau ada saja duit lebih, tukarkannya kepada emas.

3. Pinjam Duit Untuk Beli Emas

Pelaburan adalah apabila anda menggunakan duit lebihan anda yang tidak digunakan untuk sebarang komitmen anda. Dengan meminjam duit untuk membeli emas adalah cara yang salah untuk melabur.

Kalau betul nak melabur ke dalam emas, pastikan kita ada simpanan terlebih dahulu. Bila ada lebihan daripada simpanan tersebut, barulah tukarkan sebahagian daripadanya kepada emas.

4. Membeli Emas Paling Murah Tanpa Mengira Faktor Lain

Tahukah anda, dengan membeli emas yang murah, apabila anda jual semula ia juga memberikan nilai yang murah? Sebagai contoh anda beli emas yang telah dilelong oleh Ar-Rahnu, ianya belum lagi menguntungkan.

Anda perlu mengambil kira tentang kadar susut nilainya, kadar upahnya, syarat-syarat jual semula, tahap ketulenan emas tersebut, dan juga kredibiliti pengeluar.

5. Beli Emas Menggunakan Duit Yang Perlu Digunakan Dalam Masa Terdekat

Pembelian emas adalah satu bentuk pelaburan tempoh jangka masa panjang. Jika anda membeli emas menggunakan duit yang bakal anda gunakan dalam masa terdekat, kemudian harinya anda perlu menjual semula emas tersebut, ia sebenarnya boleh merugikan anda.

Anda mungkin mengalami kerugian daripada segi kadar susut nilainya. Anda beli bulan ini, bulan depan anda jual. Mungkin pada bulan anda jual tersebut, harga emas sedang jatuh.

Oleh itu, simpanlah emas untuk jangka masa yang lebih panjang. Gunakan duit lebihan yang tidak digunakan dalam masa terdekat. Selamat melabur.

Beli Emas Online

Sekarang anda dah tahu kesilapan yang patut dielakkan, jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Harga Emas Tinggi Jejas Permintaan Terhadap Barang Kemas – Tomei

KUALA LUMPUR: Harga emas mencapai kemuncak awal tahun ini sebelum pembetulan dan kini dijangka kekal dalam lingkungan harga yang sama sehingga terdapat kepastian dalam pasaran.

Pengarah Urusan Tomei Consolidated Bhd, Datuk Ng Yih Pyng, berkata walaupun Tomei kekal positif terhadap emas dalam jangka masa panjang, harga yang tinggi menjejaskan permintaan barang kemas kerana pengguna menjadi lebih sensitif terhadap harga, manakala permintaan untuk produk pelaburan emas seperti wafer, syiling dan bar kilo telah meningkat.

“Dari segi margin, Tomei membuat jualan berasaskan nilai pasaran semasa dan tidak mengamalkan lindung nilai untuk inventorinya, selain syarikat membeli semula kuantiti emas yang setara setiap hari selepas jualan dibuat,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan ke-21 syarikat itu

Sementara itu, beliau berkata platform emas digital Tomei, GoldNow yang dilancarkan secara tidak rasmi sebelum Tahun Baru Cina telah mencatatkan pengambilan yang menggalakkan walaupun sumbangannya kekal kecil iaitu kurang daripada satu peratus daripada jumlah perolehan kumpulan.

Dalam perkembangan lain, Tomei menjangkakan bakal mencatatkan peningkatan bersih daripada satu cawangan kepada dua cawangan menjelang akhir tahun ini, memandangkan peruncit barangan kemas itu mengambil strategi perluasan yang berwaspada namun selektif di tengah-tengah persekitaran pasaran yang tidak menentu.

Yih Pyng berkata, syarikat itu kini mengendalikan 63 cawangan dan sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah untuk potensi pengembangan.

Bagaimanapun, beliau berkata Tomei mungkin menangguhkan beberapa pembukaan yang dirancang dan turut mengkaji semula prestasi cawangan sedia ada.

“Kami sedang berbincang dengan beberapa pusat beli-belah mengenai pengembangan tetapi mungkin perlu menangguhkan sebahagian daripada pengembangan berikutan situasi semasa di Asia Barat.

“Kami mungkin membuka beberapa outlet dan menutup beberapa cawangan yang tidak berprestasi, namun peningkatan bersih tidak akan lebih daripada satu atau dua,” katanya.

Beliau berkata, Tomei kekal berhati-hati mengenai prospek jangka pendek, memandangkan suku kedua dan ketiga dijangka lebih perlahan susulan musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Raya telah berakhir.

Menurutnya, sentimen pasaran juga telah menjadi lebih perlahan, tetapi syarikat akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memperkenalkan rangkaian produk baharu untuk menyokong permintaan.

Sementara itu, Pengerusi Tomei, Raja Tan Sri Aman Raja Ahmad, berkata kumpulan itu kekal fokus untuk mengekalkan nisbah hutang yang sihat dan aliran tunai kukuh dan menilai peluang perniagaan baharu dengan lebih teliti.

“Menggunakan analogi bola sepak, ini adalah fasa bertahan bukannya fasa menyerang untuk menjaringkan gol. Kami perlu memastikan nisbah hutang berada dalam keadaan baik dan aliran tunai kekal kukuh,” katanya.

-BERNAMA