Elakkan 6 Kesilapan Biasa Yang Dilakukan Oleh Pelabur Saham

Kita melabur saham sebab nak buat duit lebih. Adat dalam dunia pelaburan, mesti pernah buat buat silap dan merasa kerugian. Cuma jika asyik rugi sahaja, maka something wrong somewhere.

Namun, pembaca tidak perlu risau atau merasa gusar kerana kami akan berkongsi sedikit sebanyak panduan untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan yang sama.

Berikut adalah beberapa contoh kesilapan yang kerap dilakukan. Kami juga pernah buat suatu masa dulu.

1. Beli Saham PN17

Terbeli saham syarikat yang berada dalam kategori PN17 kerana terlepas pandang untuk selidik status kewangan syarikat tersenarai.

Untuk mengelakkan daripada terbeli saham-saham syarikat yang berpotensi menjadi saham-saham di bawah PN17 ialah perlu mengelakkan diri daripada membeli syarikat-syarikat tersenarai yang meng­alami kerugian. Pastikan anda menyemak status kewangan syarikat dan jangan pandang ringan jika sesuatu berita tentang kerugian syarikat telah diumumkan.

Saham PN17 ni biasanya sedap untuk digoreng atau erti kata lain, harganya naik disebabkan spekulasi semata-mata.

Boleh baca Kenali 21 Syarikat Bermasalah di Bursa Malaysia kalau nak tahu lebih lanjut.

2. Simpan Dan Mengharap

Membeli dan menyimpan saham terlalu lama sehingga harga saham semakin turun serta tidak memberikan apa-apa faedah. Contohnya dari segi pembayaran dividen pun tak ada.

Semak syarikat-syarikat tersenarai tentang pembayaran dividen tahunan kepada pemegang saham. Syarikat tersenarai yang menca­tatkan kerugian dalam penyata kewangan tidak berupaya membayar dividen kepada pemegang saham. Juga, pastikan pembayaran di­viden tersebut tidak kurang daripada lima peratus setahun.

Boleh baca Apa Itu Dividen Saham? kalau nak tahu jenis dividen, 3 tarikh penting pengisytiharan dividen dan teknik menggunakan screener untuk tengok senarai syarikat yang beri dividen.

Grafik ini menunjukkan berapa banyak saham yang diperlukan untuk dapat RM500 dividen setahun.

Oh ya, saham ini dipilih secara random saja.

Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Infografik ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

3. Jual Saham Sebab Geram!

Nak buat duit dalam saham konsepnya adalah beli murah dan jual bila harga saham lebih tinggi.

Yang biasa berlaku, beli hari ini saham tu terus tak bergerak naik. Bulan depan, bila kita jual, esoknya saham tu naik.

Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, anda digalakkan belajar membaca carta pergerakan saham serta menyemak status kewangan syarikat tersenarai atau membuat sedikit kajian fundamental syarikat tersebut. Kemungkinan pada masa anda menjual saham syarikat tersebut, syarikat menjana keuntungan berganda atau mencatatkan keuntungan setelah berada dalam status kerugian pada tahun-tahun sebelumnya.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca Fundamental Analysis untuk tahu saham apa boleh dibeli dan Technical Analysis untuk tahu bila nak jual beli saham.

4. Beli Saham Ikut Buy Call

Membeli saham bersandarkan saranan orang lain (sepupu sepapat, kawan, pakcik, bos) atau daripada individu yang tidak dikenali dan tiada testimoni atau bukti transaksi saham yang dibuat.

Anda digalakkan tidak bersandar 100 peratus kepada maklumat saham daripada orang lain atau mana-mana sumber yang tiada rujukan kerana maklumat saham boleh dicari sendiri daripada pelbagai sumber. Sumber tersebut sama ada diperolehi di internet, platform saham, rumah penyelidikan (research house) broker saham dan banyak lagi.

Baca lagi So Bila Timing Sesuai Nak beli Saham? Ketahui Sweet Entry Sebelum Tekan Butang Beli

5. Buy On Rumor, Sell On News

Tidak membuat kajian terperinci setelah membaca artikel saham. Jangan membuta tuli bertindak tanpa menyemak dan membuat kajian apa yang didengar dan dibaca.

Dunia tanpa sempadan kini memerlukan kita berwaspada kerana tidak semua yang didengar, dilihat dan dibaca itu sahih lagi benar. Banyak cerita-cerita dan maklumat palsu yang disebarkan.

6. Melabur Guna Duit Simpanan

Elakkan menggunakan semua wang simpanan yang ada untuk berurus niaga saham. Bahasa anak muda sekarang ‘all in’. Dengarlah nasihat ini, guna wang lebihan yang tidak digunakan. Juga, bukan duit orang lain atau yang dipinjam dari bank seperti pinjaman periba­di.

Serabut kepala nanti.

Bayangkan, sekiranya harga saham yang dibeli itu naik lambat, ia akan membebankan peminjam untuk membuat bayaran bulanan serta faedah ke atas pinjaman tersebut.

Jadi jika belum cukup duit, elakkan dari masuk ke pasaran saham. Tambahkan pendapatan dulu, tak perlu terburu-buru.

Melabur Dalam Ilmu Dulu

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.