
Sub Topik
Adakah anda termasuk dalam 2 kategori di bawah?
Kategori 1
Dah mula terlibat dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia, sekarang nak explore pasaran saham antarabangsa pula?
Atau
Kategori 2
Belum mula apa-apa pun lagi, akaun CDS pun belum ada. Tapi asyik dengar orang cerita pasal buat duit kat stock market?
Sebelum nak ceburkan diri, wajib ambil tahu dulu sebab-sebab kenapa kita kena rebut peluang melabur di pasaran saham Amerika Syarikat yang juga dikenali sebagai Wall Street.
1. Pasaran Saham Terbesar Dunia

Kepada anda yang belum tahu, Amerika Syarikat adalah lubuk pasaran saham terbesar di dunia dengan penguasaan lebih daripada 40% pasaran saham dunia. Boleh kata satu dunia akan tertumpu di sini.
Kalau pasaran saham Amerika Syarikat berada dalam keadaan menaik, boleh kata pasaran saham satu dunia pun akan turut menaik.
Tapi bila pasaran saham Amerika Syarikat menurun, boleh dikatakan pasaran saham satu dunia akan turun juga.
2. Melabur Ke Dalam Syarikat Terkemuka
Saham-saham yang tersenarai di Amerika Syarikat adalah merupakan syarikat-syarikat yang terkemuka dunia. Sebagai contoh, kita boleh melabur ke dalam saham syarikat Apple, Facebook, Google, Microsoft dan lain-lain lagi.
Sekiranya di Malaysia saham-saham penny stock adalah merupakan saham yang aktif didagangkan setiap hari, tetapi di Amerika Syarikat yang aktif didagangkan adalah saham-saham blue chip ini. Maka tiada istilah ‘goreng’ kerana syarikat-syarikat ini mempunyai fundamental yang memang cukup padu.
3. Boleh Beli Minima Satu Unit Saham
Di Bursa Malaysia, minimum pembelian saham adalah sebanyak 1 lot iaitu bersamaan dengan 100 unit. Tahukah anda minimum pembelian saham di Amerika Syarikat hanyalah sebanyak 1 unit?
Sekiranya kita berminat untuk membeli 1 unit saham Apple, kita hanya perlu mengeluarkan modal sebanyak USD135.00 atau sekitar RM540 (berdasarkan pertukaran 1 USD = RM 4).
4. Kadar Mata Wang Negara Lebih Besar
Kadar mata wang luar negara lebih besar berbanding dengan mata wang negara kita. Jika dikira mengikut kadar mata wang USD, setiap keuntungan akan digandakan mengikut gandaan mata wang USD (sehingga empat kali ganda) dan pastinya pelaburan ini akan menguntungkan lebih daripada nilai Ringgit.
Dan pernahkah kita terfikir, sekiranya nilai Ringgit Malaysia jatuh, maka ia akan menguntungkan pelabur yang melabur di pasaran luar negara?
5. Terima Dividen Dalam Mata Wang Asing
Dividen yang kita terima jika melabur di pasaran luar negara adalah dalam bentuk mata wang negara tersebut. Sama seperti poin #4 di atas, sekiranya kita dapat dividen dalam mata wang US Dollar, maka keuntungan kita secara automatik adalah empat kali ganda.
6. Tak Perlu Buka Akaun Dagangan Di Negara Tersebut
Kita tidak perlu ke Amerika Syarikat untuk membuka akaun trading di sana. Kita cuma perlu ke bank pelaburan terdekat yang menawarkan khidmat Dagangan Rentas Sempadan (DRS) atau dalam bahasa Inggerisnya adalah Cross Border Trade (CBT) dengan membawa dokumen yang diperlukan syarikat tersebut bagi membolehkan kita untuk membuka akaun.
Kita juga boleh mendaftar di platform atau laman web yang bersesuaian dengan akaun saham global tersebut. Pastikan dulu kesahihan broker tersebut dan pastikan ianya berlesen.
Takut nanti kita dah masukkan deposit, mereka lari pula dengan duit kita.
7. Boleh Kembangkan Ilmu Dengan Lebih Meluas
Apabila kita membeli saham di Bursa Malaysia, sudah tentu kita lebih peka dengan berita semasa, keadaan ekonomi semasa, keadaan politik semasa dan semuanya lebih tertumpu kepada apa yang berlaku di dalam negara. Apabila kita melabur di pasaran saham Amerika Syarikat pula, sudah tentu kita perlu mengambil berat dan lebih peka terhadap catalyst di luar negara seperti keadaan ekonomi global, situasi politik global, persidangan OPEC, non-farm payroll dan banyak lagi.
Ini secara tidak langsung memberi kita peluang untuk belajar mengenai pasaran saham luar negara dan perkara-perkara yang mempengaruhi turun naiknya pasaran saham global.
8. Boleh Aplikasikan Teknik Beli Saham Yang Kita Pakai Di Bursa Malaysa Ke Pasaran Global
Kita dah biasa beli saham menggunakan teknik Buy On Breakout atau Buy On Reversal? Atau kita beli saham menggunakan kaedah Fundamental dengan memberikan penekanan kepada CANSLIM atau 5 Magic Numbers?
Itu dah kira terbaik, kerana kita juga boleh membeli saham global dengan menggunakan teknik yang sama. Sekiranya saham tersebut telah memecahkan paras resistance diikuti pula dengan volume yang besar, kita boleh menggunakan teknik Buy On Breakout untuk membeli saham tersebut.
Rebut Peluang Belajar Melabur Saham Di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk mula melabur saham di Wall Street.
Daftar Sesi PERCUMA sekarang >> Klik SINI!!
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street hari ini!
*Program ini bertujuan pendidikan sahaja dan tidak ada kena mengena dengan program skim cepat kaya. Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak akan memberitahu anda saham mana yang patut dibeli atau tidak. Sebarang saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Sebarang tindakan atau keputusan atau jual, beli saham adalah keputusan sendiri.