Mantapkan Ilmu Pelaburan Saham Anda Dengan Menghadiri Singapore Trading Festival

Di kala market tak menentu seperti hari ini, elok juga kita berehat seketika dan tambah ilmu berkenaan pelaburan saham. Sehingga keadaan kembali reda, terutamanya berkenaan konflik Rusia-Ukraine.

Dijadualkan berlangsung pada 26-27 Mac 2022 dan 2-3 April 2022, pastikan hujung minggu anda diisi dengan pelbagai perkongsian menarik daripada mereka yang berpengalaman.

Di antara perkara yang akan dibincangkan sepanjang acara 4-hari ini adalah mengenalpasti trend pelaburan yang bakal menggerakkan pasaran untuk jangka masa panjang. Juga berkenaan revolusi ekonomi dunia dan kesannya kepada kehidupan seharian.

Kita ada ramai speaker-speaker terkemuka yang akan membincangkan topik-topik hangat di Singapore Trading Festival seperti berikut.

Wakil dari Malaysia pun ramai yang akan berucap, kita ada Aiman Shamsul dan Benny Lee di antaranya.

Muat turun agenda penuh di laman web Singapore Trading Festival.

Bagi mereka yang berminat, dan kita jumpa nanti.

Previous ArticleNext Article

Swing Trading Dan Day Trading, Apa Perbezaannya

Pasaran saham adalah tempat di mana pelbagai jenis pelabur dan pedagang berlumba-lumba untuk mencari peluang menjana keuntungan dalam kaunter masing-masing.

Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dan ianya mengikut modal dan kekuatan ekonomi seseorang.

Antara cara pelaburan yang popular dalam kalangan pelabur adalah Swing trading. Swing trading adalah cara pelaburan mid-term to long term dan selalunya pelabur mengambil posisi dalam market dalam jangka masa beberapa hari hingga beberapa minggu.

Ada juga yang mengambil masa sehingga beberapa bulan.

Pelabur Swing akan mencari turning point dalam carta harian dan akan mengambil posisi pada permulaan trend.

Swing trading adalah cara pelaburan yang sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai masa yang banyak untuk melihat pergerakkan harga sepanjang hari. Swing trader juga selalunya mempunyai kerjaya lain untuk menampung keperluan harian mereka.

Ini juga memberikan Swing trader kelebihan kerana Swing trader boleh menggunakan pendapatan tetap dari kerjaya mereka sebagai backup jika terdapat kerugian pada pelaburan.

Manakala bagi yang memilih cara Day trading (intraday) mereka kebiasaannya adalah professional trader. Mereka menjadikan pasaran saham saham sebagai sumber utama pendapatan.

Cara Day trading lebih kompleks dan memerlukan minat yang mendalam dan pengalaman yang banyak. Disiplin yang tinggi amat diperlukan jika nak bertahan lama. Hal ini kerana para trader terdedah kepada risiko yang besar dan modal pelaburan yang besar.

Perbezaan Swing Trading Dan Day Trading

Walaubagaimanapun, kedua-kedua cara pelaburan di atas adalah yang popular digunakan oleh ramai orang dan ianya terbukti boleh menjana pendapatan yang kita dingini.

Kepada yang baru bermula, cara yang lebih sesuai adalah Swing trading.

Hal ini kerana ia tidak memerlukan modal dan masa yang banyak untuk melaksanakannya. Daripada segi analisis teknikal pula, Swing trading lebih mudah dikesan dan lebih mudah untuk kita menjana keuntungan.

Baca lagi Swing Trading: Teknik Popular Bagi Mereka Yang Tak Banyak Masa

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.