Mudahnya Melabur Saham Amerika Syarikat Dengan MIDF Invest

Saya pasti ramai pembaca setia dan follower kami dah ada akaun CDS untuk jual beli saham di Bursa Malaysia. Dan ramai juga yang berminat untuk mula melabur ke luar negara, tetapi mungkin tidak tahu caranya.

Jom kami kongsikan kepada anda satu platform online yang membolehkan anda beli saham-saham dan ETF (Exchange Traded Fund) yang ada di Amerika Syarikat.

Jom Berkenalan Dengan MIDF

Kalau nak tahu, MIDF atau nama panjangnya Malaysian Industrial Development Finance Berhad, adalah merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB). Alah, yang korang dok beli unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan (ASW) dan Amanah Saham Didik (ASD) tu.

Bagi mereka yang dah lama terlibat dengan pelaburan saham, pasti pernah terbaca laporan MIDF Research. Mereka sering mengeluarkan kajian tentang saham-saham tempatan, kajian mendalam mengenai fundamental sesebuah syarikat dan berapa harga sasaran saham tersebut. Mereka juga ada mengeluarkan laporan mengenai ekonomi, sektor dan ekuiti negara.

MIDF Invest Lancarkan Aplikasi Saham Amerika Syarikat

Pada awal bulan Julai yang lalu, MIDF Amanah Investment Bank Berhad telah melancarkan aplikasi MIDF Invest yang membolehkan rakyat Malaysia melabur di pasaran saham Amerika Syarikat.

Kini anda boleh melabur di dalam lebih daripada 6,000 saham dan ETF yang ada di Wall Street. Semuanya boleh dilakukan secara online menggunakan aplikasi MIDF Invest.

Daripada pembukaan akaun, masukkan duit dan boleh terus melabur. Semuanya hanya dalam beberapa minit saja, hanya dengan telefon pintar anda.

Dan katanya kini mereka ada sistem baru yang memudahkan lagi proses pembukaan akaun dan beberapa update terkini yang mereka baru lancarkan.

Beli Saham Terkemuka Dunia

Kalau selama ini anda hanya beli saja jenama kasut dan peralatan sukan yang terkenal di seluruh dunia, kini anda boleh beli saham syarikat mereka pula. Hasil daripada keuntungan saham tersebut, boleh pula digunakan untuk beli kasut sukan baru pula.

Begitulah dia punya pusingan. Untung saham, sokong dan beli barangan keluaran syarikat lagi. Untung lagi, guna duit keuntungan untuk beli lagi.

Sama juga halnya apabila kita suka minum kopi ‘mahal’ di kafe sambil bersantai jumpa kawan-kawan dan kenalan. Kini anda boleh beli saham syarikat tersebut dengan mudah.

Untung daripada saham nanti, boleh pula belanja kawan-kawan minum kopi bersama-sama anda. Best kan?

Serendah USD5 Untuk Beli Saham Amerika Syarikat

Ya betul, nak beli saham-saham terkemuka di Amerika Syarikat takdelah mahal mana. Kos brokerage adalah sangat berpatutan.

Lagi banyak anda beli, lagi murah kos tersebut.

Sekiranya anda buat perbandingan dengan broker-broker tempatan yang lain, pasti anda terkejut betapa murahnya kos untuk jual beli saham di platform MIDF Invest ini.

Broker Tempatan Dikawal Selia Pihak Berkuasa

Bila anda jual beli saham di platform yang dipercayai seperti MIDF Invest, pastinya akan berasa lebih selamat apabila tahu bahawa ianya dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). Bukan senang nak dapat lesen untuk beroperasi di Malaysia ini, pastinya pelbagai peraturan ketat dan undang-undang yang mereka perlu ikuti.

Berbanding aplikasi luar negara yang tidak berlesen, sekiranya mereka ini ‘tutup kedai’ anda boleh hilang semua wang anda di dalamnya. Nanti siapa yang nak bantu anda?

Sedangkan yang berlesen ada depan mata, sibuk nak cari yang lain juga.

Sokongan Yang Padu

Dan sekiranya anda berdepan dengan sebarang masalah seperti pembukaan akaun, ada problem nak transfer duit ke apa ke, terus hubungi Happiness Agent yang bersedia untuk membantu anda.

Mereka ini bekerja 24 jam sehari, setiap hari bagi memastikan segala permasalahan anda dapat ditangani dengan segera.

Mula Melabur Saham Amerika Syarikat Dan Buka Akaun MIDF Invest Hari Ini

Jadi apa anda tunggu lagi? Jom buka akaun MIDF Invest hari ini juga. Scan saja QR code di bawah atau klik link ini:

Proses pendaftaran kini lebih cepat dengan adanya sistem baru dan update terbaru yang mereka baru saja lancarkan. Hanya dalam beberapa minit anda boleh daftar akaun, transfer duit dan mula beli saham-saham di Amerika Syarikat.

Oh ya, lupa nak bagitahu.

Bagi mereka yang beragama Islam, kini anda ada pilihan untuk buka akaun patuh Syariah. Bila dah buka akaun patuh Syariah, anda hanya boleh melihat dan membeli saham-saham patuh Syariah saja.

Barulah untung dunia dan untung akhirat!

Kongsi Kegembiraan Dengan MIDF Invest

Lepas ini, bolehlah anda kongsikan kegembiraan anda jual beli saham-saham terkemuka dengan rakan-rakan anda. Pasti mereka pun teruja dengan kehebatan anda merebut peluang untuk melabur saham Amerika Syarikat bersama-sama dengan MIDF Invest.

Previous ArticleNext Article

Peluang Pelaburan Dalam Industri Pickleball: Saham Yang Patut Diperhatikan

Walaupun pickleball belum begitu popular di Malaysia berbanding Amerika Syarikat, sukan ini sedang berkembang pesat di peringkat global. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pickleball bukan sahaja mencuri perhatian sebagai aktiviti riadah, malah turut membuka peluang pelaburan menerusi syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam ekosistem sukan ini.

Artikel ini akan menghuraikan beberapa syarikat tersenarai awam di luar negara yang terdedah kepada pertumbuhan industri pickleball sama ada sebagai pengeluar peralatan, pengendali fasiliti, jenama pakaian sukan, ataupun pelabur dalam liga dan acara berkaitan pickleball.

Syarikat Luar Negara yang Berkaitan Dengan Pickleball

1. Life Time Group Holdings, Inc. (NYSE: LTH)

Perniagaan utama: Pemilik dan pengendali pusat kecergasan mewah di seluruh Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Life Time telah melabur besar-besaran dalam membina gelanggang pickleball di pusat-pusat kecergasan mereka. Syarikat ini menyasarkan untuk menjadi destinasi utama sukan pickleball komuniti dengan membina lebih 1,000 gelanggang menjelang tahun-tahun akan datang.

Faktor pelaburan: Dengan peningkatan penyertaan pickleball di Amerika, langkah ini dijangka meningkatkan keahlian kelab serta pendapatan dari fasiliti.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 2.1 bilion (YoY meningkat 8.5%)

EBITDA diselaraskan: USD 462 juta

Keuntungan bersih: Positif buat kali pertama sejak IPO pada 2021

Status: Tidak patuh syariah

2. Escalade, Inc. (NASDAQ: ESCA)

Perniagaan utama: Pengeluar peralatan sukan dan rekreasi, termasuk pickleball.

Hubungan dengan pickleball: Menerusi anak syarikat seperti ONIX Sports, Escalade ialah antara peneraju pasaran dalam peralatan pickleball termasuk paddle, bola, dan jaring.

Faktor pelaburan: Permintaan untuk peralatan pickleball dijangka meningkat seiring dengan penyertaan aktif di seluruh AS dan Kanada.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 88.3 juta

Margin keuntungan kasar: 30.1%

Dividen: 0.15 USD sesaham (yield sekitar 3%)

Status: Tidak patuh syariah

3. Dick’s Sporting Goods (NYSE: DKS)

Perniagaan utama: Peruncit peralatan dan pakaian sukan terbesar di Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Mempunyai rangkaian produk pickleball yang luas di kedai fizikal dan atas talian. Juga terlibat dalam promosi komuniti seperti kejohanan tempatan.

Faktor pelaburan: DKS mendapat manfaat terus daripada peningkatan jualan paddle, pakaian, dan kasut berkaitan pickleball.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 3.45 bilion

Margin bersih: 8.7%

EPS: USD 3.12

Status: Patuh syariah

Adakah Terdapat Saham Berkaitan Pickleball Di Malaysia?

Setakat ini, belum ada syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang secara langsung terlibat dalam industri pickleball.

Kenapa Pickleball Menarik Dari Sudut Pelaburan?

Pertumbuhan pantas: Menurut laporan Sports & Fitness Industry Association (SFIA), pickleball ialah sukan dengan pertumbuhan terpantas di Amerika Syarikat selama tiga tahun berturut-turut.

Demografi luas: Diminati oleh pelbagai peringkat umur dari belia hingga warga emas, menjadikannya pasaran stabil dan berkembang.

Peluang runcit dan fasiliti: Selain jualan produk, permintaan untuk gelanggang dan akademi latihan memberi peluang tambahan kepada sektor hartanah dan pendidikan sukan.

Walaupun pelabur Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan domestik berkaitan pickleball, peluang pelaburan antarabangsa terbuka luas terutamanya di pasaran AS.

Syarikat seperti Life Time Group, Escalade, dan Dick’s Sporting Goods menunjukkan pendedahan langsung dan boleh dimanfaatkan oleh pelabur jangka sederhana dan panjang.

Untuk pelabur runcit Malaysia yang berminat, ini juga masa terbaik untuk memerhatikan trend sukan baru ini. Bukan hanya untuk pelaburan, tetapi juga sebagai peluang keusahawanan, francais gelanggang, atau penganjuran acara tempatan.

Tak main pickleball pun tidak mengapa, janji kita ada saham yang berkaitan pickleball.