Pelaburan ESG (Environmental, Social and Governance) Yang Patuh Syariah Dan 12 Kelebihan Melabur Dengan BEST Invest

Pastinya ramai yang pertama kali dengar istilah ESG ni kan? Yang kita tahu biasanya unit trust, saham, ETF, ASB dan lain-lain yang popular di Malaysia.

Secara ringkasnya, Environmental, Social and Governance (ESG) merupakan kriteria yang digunapakai untuk menilai kesan amalan dan pelaksanaan sesebuah syarikat kepada prestasi kewangan dan operasi mereka.

Analogi mudah, kita lebih cenderung untuk suka dekat mana-mana syarikat yang menjalankan kerja-kerja amal dan mencintai alam sekitar. Dalam bahasa mudah, kita ‘Go Green’.

Kini ESG menjadi tumpuan para pelabur kerana orang ramai sudah mempunyai kesedaran mengenai pengaruh ESG dalam sesebuah syarikat. Banyak syarikat besar yang didagangkan di pasaran saham seluruh dunia kini melaporkan inisiatif ESG yang mereka jalankan dalam laporan tahunan syarikat.

Tapi apa sebenarnya ESG ini?

E: Environmental (Persekitaran)

Ianya bermaksud syarikat tersebut adalah mesra-alam terhadap persekitaran mereka dan tindakan syarikat terhadap alam sekitar serta keupayaan mereka untuk mengurangkan kesan negatif kepada persekitaran. Secara amnya, syarikat akan dinilai daripada segi penggunaan tenaga, penghasilan sisa, tahap pencemaran, penggunaan sumber dan kebajikan kepada haiwan.

Dengan adanya kesedaran yang tinggi dalam aspek ini, prestasi kewangan syarikat tidak akan terjejas berbanding dengan syarikat yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang mungkin akan dikenakan denda. Kerosakan alam sekitar juga akan mengganggu operasi dan mengurangkan kapasiti syarikat.

Bila alam sekitar terjaga, alam sekitar pula akan jaga kita. 

S: Social (Sosial)

Sosial di sini bermaksud hubungan di antara syarikat dengan syarikat lain dan juga komuniti setempat mereka beroperasi. Aspek sosial mengambil kira kepelbagaian, hak manusia dan perlindungan kepada pengguna.

Ianya mampu memberi kesan kepada kejayaan syarikat dalam menarik lebih ramai pelanggan baru dan mengekalkan pelanggan sedia. Hubungan dengan rakan niaga dan komuniti yang terlibat dengan perniagaan juga akan menjadi erat.

Syarikat sangat prihatin kepada apa masalah yang dihadapi orang ramai dan berusaha untuk menyelesaikannya.

G: Governance (Pentadbiran)

Pentadbiran pula bermaksud pengurusan syarikat yang baik, hubungan erat dengan pekerja dan kebajikan mereka terbela, sambil mengutamakan kepentingan pemegang saham.

Pihak pengurusan yang bagus dan telus boleh memastikan operasi syarikat berada di tahap yang optimum. Seterusnya pendapatan syarikat akan bertambah, keuntungan juga bertambah.

Pelabur pastinya suka kepada syarikat yang berkembang maju seperti ini, yang berpotensi untuk berkembang lebih pesat pada masa akan datang.

Kelebihan Pelaburan Lestari

Menurut laporan ‘How Sustainability Can Drive Financial Outperformance’ yang dikeluarkan oleh Arabesque, di antara kelebihan pelaburan lestari adalah:

  • Kelestarian adalah salah sebuah trend yang ketara dalam pasaran kewangan selama beberapa dekad
  • 90% daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa tahap kelestarian yang tinggi mampu menurunkan kos modal syarikat
  • 88% daripada kajian menunjukkan bahawa amalan ESG yang mantap mampu meningkatkan operasi syarikat
  • 80% daripada kajian menunjukkan bahawa amalan kelestarian yang baik memberikan kesan positif kepada harga saham syarikat

Boleh muat turun laporan tersebut di sini:

Sekarang kita dah tahu apakah yang dimaksudkan dengan ESG dan kelebihannya, jom kita tengok pula kelebihan melabur ke dalam dana ESG yang berlandaskan Shariah menerusi aplikasi pelaburan robo-pintar BEST Invest.

Apa Itu BEST Invest?

Sebelum itu, apa kata kita berkenalan dulu dengan BEST Invest ini. Kalau nak tahu, BEST Invest adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang menyediakan platform pelaburan atas talian patuh Syariah oleh BIMB Investment Management Berhad; yang merupakan anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad.

Bank Islam memang kita dah sedia kenal, terutamanya di kalangan orang Islam yang memilih perbankan Islam. BIMB Investment pula terkenal dengan dana BIMB-Arabesque yang cukup popular dan merupakan satu-satunya syarikat pengurus dana Islam yang pertama di rantau Asia yang menjadi penandatangan Prinsip Pelaburan yang Bertanggungjawab yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang pertama di dunia memperkenalkan dana Sukuk berteraskan ESG.

Jadi apa kaitan ESG dengan BEST Invest ini?

BEST Invest menyediakan kemudahan buat para pelabur untuk melabur dalam dana unit amanah Shariah-ESG di pasaran global dan domestic serta dana pasaran wang. Di samping kelebihan yang ditawarkan oleh pelaburan ESG yang disebut sebelum ini, jom kita tengok pula kelebihan pelaburan dengan BEST Invest ini.

12 Kelebihan Melabur Dengan BEST Invest

1. Modal serendah RM10

Nak melabur tapi tak mempunyai modal yang besar? Kini kita dah boleh buka akaun dan mula melabur hanya dengan modal RM10 saja. Bila ada duit lebih nanti, boleh tambah modal di kemudian hari pada bila-bila masa. Atau nak jadi berdisiplin dalam melabur, tetapkan sejumlah wang dan top-up pelaburan setiap bulan.

2. Tiada caj transaksi

Dalam dunia pelaburan, biasanya kita akan dikenakan caj belian, caj jualan dan juga caj pertukaran dana. Dengan BEST Invest, caj-caj ini tidak dikenakan dan pelaburan kita dapat berkembang dengan lebih cepat.

3. Mesra pengguna

Tiada istilah pelik-pelik mengenai pelaburan kepada para pelabur.

4. Pelaburan yang disasarkan

Tiada lagi kepayahan dalam memilih dana apa untuk dilaburkan, hanya fokus kepada apa matlamat pelaburan dan kewangan yang ingin kita capai.

5. Hanya Perlu MyKad

Nak mula melabur, kita hanya perlukan kad pengenalan saja.

6. Bantuan robo-pintar

Dengan bantuan dan nasihat robo-pintar, ini adalah pelaburan alaf baru yang sebelum ini hanya mampu diakses oleh pelabur dengan modal besar. Anda kini boleh membuat keputusan pelaburan dengan lebih yakin. Pengurusan dana yang menggunakan teknologi berkepintaran tinggi (AI) dan Big Data membolehkan aktiviti dan risiko pelaburan dapat diuruskan dengan lebih baik.

7. Keselamatan

Aplikasi yang selamat dan boleh dipercayai, dengan penggunaan teknologi terkini yang mengikuti piawaian ISO serta pengurusannya dia bawah BIMB Investment yang pantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

8. Disokong oleh institusi kewangan Islam

Rasa lega apabila kita tahu duit kita diurus oleh BIMB Investment, sebuah institusi kewangan Islam yang boleh dipercayai dan merupakan ahli Kumpulan Tabung Haji

9. Patuh Syariah

Nama pun BIMB Investment di bawah Bank Islam, maka kita boleh melabur tanpa was-was.

10. Mudah

Nak transfer duit ke dalam akaun pelaburan pun mudah, nak keluarkan pulangan pelaburan ke dalam akaun bank pilihan pun mudah. Tidak perlu lagi isi borang yang banyak atau proses yang mengelirukan.

11. Tanpa borang fizikal

Semua transaksi adalah di atas talian, tak perlu isi sebarang borang fizikal. Jimat kertas dan mesra alam kan?

12. Tiada tempoh ‘lock-in’

Dengan BEST Invest, kita boleh bawa keluar wang pelaburan pada bila-bila masa saja jika keadaan memerlukan. Tiada penalti mahu pun caj akan dikenakan.

Buka Akaun Pelaburan BEST Invest Hari Ini

Dah tahu kelebihan pelaburan ESG (Environmental, Social and Governance)? Dah tahu kelebihan pelaburan ESG dengan BEST Invest?

Muat turun aplikasi BEST Invest di Apple App Store dan Google Play Store sekarang dan nikmati kelebihannya. Cukup mudah dan cepat untuk kita mulakan pelaburan ESG hari ini.

Jika Anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk ruangan Soalan Lazim BEST Invest atau FAQ di www.bimbinvestment.com.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

55 Juta Unit IOIPG REIT Dikhaskan Untuk Bumiputera

Selama ni kita datang IOI City Mall untuk shopping, makan, tengok wayang atau sekadar jalan-jalan cukupkan 10,000 langkah.

Kali ni ada berita baik.

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk menubuhkan dan menyenaraikan IOIPG REIT di Bursa Malaysia. REIT ini akan mempunyai portfolio aset bernilai kira-kira RM7.58 bilion.

Dan antara perkara paling menarik untuk pelabur runcit ialah sebanyak 715.6 juta unit diperuntukkan untuk tawaran runcit.

Daripada jumlah tersebut, 55 juta unit dikhaskan untuk pelabur Bumiputera yang diluluskan MITI.

Jadi, apa sebenarnya yang bakal kita dapat melalui REIT ini?

Apa yang ada dalam IOIPG REIT?

Portfolio IOIPG REIT bukan sekadar satu bangunan.

Antara aset yang akan dimasukkan ialah:

  • IOI City Mall Phase 1 & 2
  • IOI City Towers
  • PFCC Towers
  • Putrajaya Marriott
  • Le Méridien Putrajaya
  • Moxy Putrajaya
  • Four Points by Sheraton Puchong
  • W Kuala Lumpur
  • Courtyard by Marriott Penang

Dan sudah tentu, nama yang paling mudah dikenali ialah IOI City Mall.

Mall yang kita kenal sebagai tempat shopping dan makan itu sebenarnya merupakan salah satu aset utama dalam portfolio REIT ini.

Jadi macam mana kita boleh “jadi landlord”?

Konsep REIT sebenarnya agak mudah.

Bayangkan satu hartanah bernilai berbilion ringgit.

Tak ramai individu mampu membeli hartanah tersebut secara terus.

Jadi, aset itu dimasukkan ke dalam satu struktur REIT dan dibahagikan kepada unit.

Pelabur pula membeli unit tersebut.

Secara tidak langsung, pelabur memiliki kepentingan dalam portfolio hartanah berkenaan.

Sebab itu orang selalu gambarkan REIT sebagai cara untuk memiliki sebahagian daripada hartanah yang besar tanpa perlu membeli keseluruhan bangunan.

Dalam kes IOIPG REIT, saiz awalnya ialah 5.5 bilion unit, dengan harga jangkaan 90 sen seunit.

Pelabur runcit dapat 715.6 juta unit

Ini antara bahagian yang paling menarik.

Daripada keseluruhan struktur tawaran, 715.6 juta unit akan diperuntukkan melalui tawaran runcit.

Dan 55 juta unit daripada tawaran tersebut dikhaskan untuk pelabur Bumiputera.

Kenapa ada allocation khas untuk Bumiputera?

Peraturan SC menetapkan penyenaraian tertentu, termasuk REIT, perlu memenuhi keperluan penyertaan ekuiti Bumiputera. Bagi penyenaraian yang tertakluk kepada syarat tersebut, 12.5% daripada jumlah unit selepas penyenaraian perlu diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan/diiktiraf.

Pada masa yang sama, sehingga 1.48 bilion unit pula akan ditawarkan kepada pelabur institusi, termasuk institusi Bumiputera yang diluluskan dan pelabur institusi lain.

Bukan sekadar tengok harga 90 sen

Harga indikatif yang disebut ialah 90 sen seunit.

Tapi pelabur jangan berhenti setakat:

“90 sen je? Murah ni.”

Dalam REIT, perkara yang lebih penting ialah aset yang berada di belakang unit tersebut dan kemampuan aset itu menjana pendapatan.

Contohnya:

Berapa banyak hasil sewaan?
Bagaimana kadar penghunian?
Berapa tinggi hutang?

Dan akhirnya, berapa banyak pendapatan yang boleh diagihkan kepada pemegang unit?

Sebab kita bukan sekadar membeli “nama IOI”.

Kita membeli unit dalam satu portfolio aset yang sepatutnya menghasilkan pendapatan.

Kenapa IOI Properties buat REIT?

Bagi IOI Properties, penyenaraian REIT ini juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk membuka nilai daripada aset matang yang dimiliki kumpulan.

Cadangan asal yang diumumkan pada April 2026 menyaksikan aset bernilai RM7.58 bilion dipindahkan ke REIT, dengan struktur transaksi melibatkan penerbitan 5.5 bilion unit pada harga indikatif 90 sen serta RM2.65 bilion dalam bentuk tunai melalui pembiayaan.

Struktur sebegini membolehkan IOI Properties mendapatkan semula modal daripada aset sedia ada dan pada masa sama mengekalkan pendedahan kepada portfolio hartanah melalui REIT.

Bila IOIPG REIT akan disenaraikan?

IOIPG REIT disasarkan untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada suku keempat 2026, tertakluk kepada syarat dan proses yang ditetapkan.

Jadi buat masa ini, perkara yang paling menarik untuk ditunggu ialah prospektus rasmi dan butiran akhir tawaran.

Satu perkara yang masih belum boleh dipastikan buat masa ini ialah status Syariah IOIPG REIT. Ini kerana i-REIT mempunyai keperluan Syariah tersendiri, termasuk berkaitan sumber pendapatan sewaan dan aktiviti penyewa. Bursa Malaysia sendiri membezakan REIT konvensional dengan i-REIT, iaitu REIT yang mematuhi prinsip Syariah.

Sebab dekat situlah pelabur boleh tengok dengan lebih jelas tentang harga tawaran akhir, struktur agihan, hasil sewaan, kewangan REIT dan potensi agihan pendapatan.

Kesimpulan

Penyenaraian IOIPG REIT di Bursa Malaysia menandakan satu lagi perkembangan menarik dalam pasaran modal tempatan. Bagi orang ramai, ia membuka ruang untuk menukar peranan daripada sekadar penyumbang pendapatan perniagaan di mall tersebut, kepada penerima sebahagian daripada hasil sewaannya menerusi agihan dividen kelak.

Laporan asal The Star mengenai kelulusan IOIPG REIT

Maklumat rasmi IOI Properties mengenai cadangan IOIPG REIT

Syarat Asas: Wajib Ada Akaun CDS

Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang peluang pelaburan seperti ini, penting untuk diingat bahawa pembelian unit REIT di Bursa Malaysia tidak boleh dibuat secara terus di kaunter pusat beli-belah.

  • Anda perlu memohon unit IPO tersebut menerusi e-IPO di dalam perbankan dalam talian seperti: Maybank2u atau aplikasi broker seperti CGSI.
  • Di sini syaratnya anda wajib ada Akaun CDS yang terikat dengan akaun bank anda supaya unit yang anda mohon itu ada “bekas” untuk disimpan.

Proses pembukaan akaun CDS kini boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan caj minima dan ia merupakan langkah pertama yang perlu disiapkan awal sekiranya anda berhasrat untuk terlibat dalam pasaran saham tempatan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.