Apa Itu Carry Trade?

Masih ingatkah anda dengan kejatuhan pasaran saham di Jepun pada bulan Ogos yang lepas? 

Indeks Nikkei 225 menyaksikan kejatuhan 27% daripada paras 52-Week High pada 11 Julai 2024. Impak kejatuhan mendadak tersebut sangat besar sehingga memberi impak kepada ekonomi global. 

Kejatuhan mendadak tersebut ada kaitannya dengan Carry Trade yang bakal dikongsikan di dalam artikel ini. 

Sumber: World Economic Forum

Dalam Carry Trade mata wang, pelabur akan meminjam mata wang yang mempunyai kadar faedah yang rendah dan menggunakan dana tersebut untuk membeli mata wang lain yang mempunyai kadar faedah yang tinggi. Pedagang mengambil kesempatan di atas perbezaan kadar faedah ini untuk membuat keuntungan.

Mata wang yen Jepun telah menjadi pilihan yang popular disebabkan oleh dasar jangka panjang Jepun yang mengekalkan kadar faedah yang sangat rendah.

Pelabur meminjam yen pada kadar rendah ini dan menggunakannya untuk membeli mata wang seperti dolar AS, peso Mexico, atau dolar New Zealand; yang menawarkan hasil lebih tinggi. Mereka kemudian melabur dalam bon atau instrumen kewangan lain dalam mata wang yang mempunyai hasil lebih tinggi tersebut.

Sebagai contoh, Bang Din meminjam wang di negara Jepun sebanyak 1 juta yen. Bang Din kemudian menukar mata wang yang dipinjam kepada Dolar Amerika dan menggunakan matawang Dolar Amerika untuk membeli bon US yang membayar faedah sebanyak 4.5%. 

Secara matematiknya, Bang Din menjana keuntungan sebanyak 4.5% daripada proses di atas selagi kadar pertukaran kedua-dua negara tersebut kekal sama. Setelah mendapat pulangan yang diinginkan dalam tempoh tertentu, Bang Din akan membayar semula pinjaman yang telah dibuat awal-awal tadi.

Nikkei vs Yen

Berbalik kepada hubungkait indeks Nikkei 225 dan mata wang Yen Jepun, indeks Nikkei jatuh dengan besar pada 5 Ogos 2024 iaitu kejatuhan terbesar sehari sejak Black Monday pada tahun 1987. 

Mengapa ini berlaku?

  1. Kenaikan kadar faedah Jepun 
  2. Kadar volatility Yen
  3. Pemotongan kadar faedah di Amerika dan negara lain
The charts show the Nikkei 225 index close and the Yen/USD level since January 2024.

Setelah Bank of Japan meningkatkan kadar faedah daripada hampir 0% kepada 0.25%, ia telah memberi implikasi besar kepada Carry Trade. 

Keputusan Bank of Japan tersebut diperkuatkan dengan jangkaan pemotongan kadar faedah di Amerika Syarikat akibat kebimbangan kemelesetan ekonomi yang akan datang. Ini mengukuhkan yen berbanding mata wang negara lain termasuklah dolar Amerika. Yen telah meningkat sebanyak 13% dalam tempoh sebulan.

Ingatkah anda dengan penerangan Carry Trade di atas tadi yang mana Carry Trade amat bergantung kepada julat yang besar di antara kadar faedah serta nilai mata wang untuk memberi pulangan yang baik kepada pelabur.

Gabungan situasi di mana pemotongan kadar faedah Amerika serta kenaikan nilai matawang yen tidak memihak kepada pelabur dan ini mengecilkan potensi pulangan pelaburan daripada Carry Trade. 

Carry Trade bergantung kepada pinjaman, bermaksud ia menggunakan leveraj. Bayangkan apabila pelabur terkena Margin Call, pelabur akan terpaksa menjual saham yang dimiliki untuk mendapatkan wang tunai atau pelabur perlu menjual kesemua pegangan. 

Kesimpulan

Walaupun sejak kebelakangan ini menunjukkan sedikit kestabilan, dengan Nikkei 225 Jepun melonjak 3.4% pada 13 Ogos, penganalisis masih berbelah bahagi sama ada volatiliti pasaran benar-benar telah reda.

Carry Trade telah memainkan peranan dalam pasaran kewangan selama beberapa dekad. Krisis kewangan Iceland pada tahun 2007-2008 dan kejatuhan 6% dalam peso Mexico baru-baru ini menjadi peringatan jelas tentang potensi impaknya.

Seperti yang kita lihat, Carry Trade boleh menjadi serampang dua mata dalam sistem kewangan global. Walaupun ia boleh menawarkan pulangan yang menarik dalam masa yang stabil, ia juga berpotensi memperkuatkan kegawatan pasaran dalam keadaan yang kurang pasti.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

[TERKINI] Bank Negara Malaysia Kekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75%

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 2.75%.

Berlandaskan kekukuhan pada tahun 2025, pertumbuhan global akan terus disokong oleh permintaan dalam negeri yang berterusan, inflasi yang semakin berkurang, pelaburan teknologi yang mantap serta sokongan dasar fiskal dan monetari. Walau bagaimanapun, konflik terkini di Timur Tengah telah meningkatkan ketidaktentuan dalam ekonomi global. Kesan terhadap ekonomi global akan bergantung pada tempoh dan keseriusan konflik.

Berikutan perkembangan terkini, risiko pertumbuhan menjadi perlahan telah meningkat disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing dan volatiliti yang ketara dalam pasaran kewangan global. Selain itu, masih terdapat kebimbangan yang berterusan terhadap kemungkinan tarif yang lebih tinggi dan penilaian yang tinggi dalam pasaran kewangan.

Pertumbuhan berpotensi menjadi pesat termasuk perbelanjaan untuk teknologi yang lebih kukuh, kesan tarif yang lebih sederhana terhadap kegiatan ekonomi serta dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.2% pada tahun 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh, eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih tinggi dan pelancongan ke dalam negeri yang giat. Momentum pertumbuhan ini dijangka berterusan pada tahun 2026, berteraskan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan. Guna tenaga, pertumbuhan upah serta langkah-langkah dasar akan kekal menyokong perbelanjaan isi rumah.

Aktiviti pelaburan akan didorong oleh kemajuan projek berbilang tahun yang dilaksanakan dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan projek awam baharu berskala kecil, lebih banyak pelaksanaan berterusan pelaburan yang telah diluluskan, serta pelan induk nasional yang terus dilaksanakan. Sektor luaran akan mendapat manfaat daripada eksport E&E yang terus kukuh dan perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi. Prospek pertumbuhan ini kekal tertakluk pada ketidakpastian berhubung dengan perkembangan global, termasuk konflik terkini di Timur Tengah.

Risiko prospek pertumbuhan menjadi perlahan kekal berpunca daripada perdagangan global yang lebih perlahan dan pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan. Sementara itu, potensi pertumbuhan menjadi pesat boleh berpunca daripada prospek pertumbuhan global yang lebih baik, permintaan terhadap barangan E&E yang lebih kukuh dan aktiviti pelancongan yang lebih giat.

Inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing berada pada 1.6% dan 2.3% pada bulan Januari 2026. Secara keseluruhan, inflasi keseluruhan pada tahun 2026 dijangka kekal sederhana. Walaupun harga komoditi global mungkin terdedah kepada volatiliti yang lebih ketara berikutan perkembangan terkini, kesannya terhadap inflasi dalam negeri dijangka terkawal. Sementara itu, inflasi teras pada tahun 2026 dijangka kekal stabil dan hampir dengan purata jangka panjangnya, mencerminkan pengembangan berterusan dalam kegiatan ekonomi serta ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan.

MPC mengambil maklum tentang ketidaktentuan yang timbul susulan konflik yang sedang berlaku di Timur Tengah. Impak kepada ekonomi global dan Malaysia akan bergantung pada perkembangan situasi ini. Ekonomi Malaysia menghadapi cabaran ini daripada kedudukan yang kukuh, dengan pertumbuhan dalam negeri yang mantap, inflasi yang sederhana, sektor kewangan yang teguh dan kedudukan luaran yang berdaya tahan.

Pada tahap OPR semasa, MPC berpendapat bahawa pendirian dasar monetari adalah wajar dan memberikan sokongan terhadap ekonomi dalam keadaan harga yang stabil. MPC akan terus memantau perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi dalam negeri.