Pembeli iPhone 16 Pertimbang Pilihan Di Sebalik Perbezaan Harga

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Ramai pengguna sedang mempertimbangkan sama ada membeli iPhone 16 terbaharu di pasaran tempatan adalah pilihan kewangan yang lebih baik dengan mengambil kira turun naik nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura.

Sehingga 2 petang hari ini, ringgit berada pada paras yang lebih kukuh iaitu RM4.1775 berbanding dolar AS dan RM3.2406 berbanding dolar Singapura. Bagaimanapun, ini telah menyebabkan perbezaan harga yang ketara apabila membandingkan kos iPhone 16 di Malaysia dengan harga di Singapura dan juga AS.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata rakyat Malaysia yang memilih untuk membeli iPhone 16 di Singapura akan berjimat sebanyak RM1,008.98, manakala mereka yang membelinya di AS akan menikmati penjimatan yang lebih besar iaitu sebanyak RM1,153.98.

“Perbezaan ini mencerminkan kesan kadar pertukaran ringgit terhadap barangan pengguna, terutamanya barangan bernilai tinggi seperti telefon pintar.

“Di sebalik potensi penjimatan ini, ramai pengguna Malaysia mungkin masih memilih untuk membeli di pasaran tempatan memandangkan kemudahan dan akses kepada perkhidmatan pelanggan adalah lebih mudah walaupun pada kos yang lebih tinggi,” jelas beliau kepada Bernama.

Bagi pasaran Malaysia, harga iPhone 16 bermula dari RM3,999 hingga RM7,999 seunit bergantung kepada saiz storan.

Harga itu termasuk cukai, duti import dan caj lain, yang menyumbang kepada peningkatan kos berbanding pasaran luar negara.

Menurut peminat iPhone Syaffiq Ashadi Saidin keputusan membeli peranti itu bergantung kepada pelbagai keadaan, seperti ada rakan yang melancong ke negara-negara tersebut, yang boleh menjadikan pembelian lebih berbaloi.

Namun, beliau berkata pengguna iPhone sedia ada mungkin akan terlepas nilai tukar beli yang besar jika mereka membeli di luar negara.

“Nilai tukar beli untuk iPhone sedia ada boleh berbeza dari RM200 hingga RM4,750, bergantung kepada jenis model dan keadaan peranti,” katanya.

Syaffiq berkata beliau lebih suka membelinya di Malaysia, kerana menukar beli iPhone lamanya memberikan kelebihan kewangan bagi mengimbangi harga yang lebih tinggi, menjadikan ia lebih menarik walaupun membelinya di luar negara adalah lebih menjimatkan.

Keadaan ringgit yang melemah dalam beberapa bulan lalu menjadi punca kebimbangan, terutamanya bagi pengguna Malaysia yang ingin membeli barangan import.

Apabila nilai mata wang berubah-ubah, perbezaan harga itu berkemungkinan akan kekal sebagai pertimbangan utama bagi pembeli celik teknologi.

Perbezaan harga itu juga menimbulkan implikasi yang lebih besar terhadap kuasa beli pengguna disebabkan kekuatan mata wang, satu faktor yang amat relevan memandangkan prestasi ringgit terus menjadi tumpuan ekonomi negara.

— BERNAMA

Artikel asal di TheKapital.my

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Organisasi Malaysia Terlepas Pandang Risiko AI Demi Mengejar Permintaan

KUALA LUMPUR, 23 April 2026 – Peneraju global keselamatan AI, TrendAI telah menerbitkan kajian baharu yang mendedahkan bahawa organisasi di seluruh dunia terus mempercepatkan pelaksanaan AI walaupun menyedari risiko keselamatan dan pematuhan yang terlibat.

Di Malaysia, kajian mendapati 75% pembuat keputusan IT dan 70% pemimpin perniagaan berasa tertekan untuk meluluskan penggunaan AI walaupun terdapat kebimbangan keselamatan, dengan satu daripada tujuh responden menyifatkan kebimbangan tersebut sebagai “sangat serius” tetapi tetap diketepikan demi mengejar pesaing dan memenuhi permintaan dalaman.

Penggunaan AI Mengatasi Kawalan

Dari segi kematangan tadbir urus, hanya 29% pembuat keputusan perniagaan di Malaysia berasa sangat atau amat yakin dalam memahami rangka kerja undang-undang berkaitan AI, berbanding 63% dalam kalangan pembuat keputusan IT.

Kira-kira separuh (52%) pembuat keputusan IT telah mempunyai dasar AI yang komprehensif, manakala 39% masih dalam proses merangka. Hampir separuh (51%) pemimpin IT menyatakan kekurangan kepakaran keselamatan atau data sebagai halangan utama kepada penggunaan AI yang selamat, diikuti kekurangan peraturan dan piawaian pematuhan (49%).

Pengarah Urusan Malaysia, TrendAI, Goh Chee Hoh berkata, “Organisasi di Malaysia melaksanakan AI lebih pantas daripada keupayaan mereka mengurus risiko berkaitan, sekali gus mewujudkan jurang yang semakin melebar antara aspirasi dan pengawasan. Jurang ini turut dipengaruhi oleh perbezaan tahap kematangan tadbir urus dalam kalangan pemimpin perniagaan. Untuk merapatkan jurang ini, kepimpinan perlu bergerak melangkaui pendekatan keselamatan reaktif. Ia bermula dengan keterlihatan menyeluruh mengetahui dengan tepat bagaimana AI berinteraksi dengan data serta mewujudkan kerangka berpusat yang menggabungkan akauntabiliti dan pengawasan risiko dalam seni bina sistem.”

Beliau turut menyatakan bahawa piawaian MY-AI adalah langkah positif dalam menangani risiko seperti deepfake dan bias algoritma. Namun, ketika Malaysia mempercepatkan usaha menjadi negara AI menjelang 2030, organisasi perlu memberi tumpuan kepada tadbir urus yang kukuh dan daya tahan defensif bagi memastikan penggunaan AI yang pesat dapat diterjemahkan kepada masa depan digital yang mampan.

Ketua Platform & Perniagaan TrendAI, Rachel Jin berkata, “Organisasi bukan tidak sedar akan risiko, tetapi kekurangan keupayaan untuk menguruskannya. Apabila pelaksanaan didorong tekanan persaingan dan bukannya kematangan tadbir urus, AI akan dimasukkan ke dalam sistem kritikal tanpa kawalan yang mencukupi. Kajian ini mengukuhkan fokus kami untuk membantu organisasi mencapai hasil perniagaan kukuh dengan AI sambil mengurus risiko dengan baik.”

Risiko Pelaksanaan AI Dipacu Tekanan Semakin Meningkat

Risiko ini diperburuk oleh ketidakkonsistenan tadbir urus dan ketidakjelasan tanggungjawab terhadap risiko AI, yang kini semakin meluas. Dalam banyak kes, pasukan keselamatan terpaksa bertindak secara reaktif terhadap keputusan pelaksanaan AI dari pihak atasan, yang sering membawa kepada penggunaan alat AI tidak rasmi atau “shadow AI”.

Kajian ancaman terkini TrendAI menunjukkan penjenayah siber sudah mula menggunakan AI untuk mengautomasikan proses pengintipan, mempercepat kempen phishing dan menurunkan halangan kemasukan kepada jenayah siber, sekali gus meningkatkan kelajuan dan skala serangan.

Keyakinan terhadap AI Autonomi Masih Rendah

Keyakinan terhadap sistem AI yang lebih maju dan autonomi masih berada pada tahap perkembangan. Kurang daripada separuh (44%) pembuat keputusan perniagaan di Malaysia percaya AI berasaskan agen (agentic AI) mampu meningkatkan pertahanan siber secara signifikan dalam jangka masa terdekat, dengan kebimbangan berterusan terhadap akses data, penyalahgunaan dan kekurangan pengawasan.

Data menunjukkan kebimbangan utama organisasi adalah:

  • 57% melihat akses AI kepada data sensitif sebagai risiko terbesar
  • 45% bimbang arahan berniat jahat boleh menjejaskan keselamatan
  • 37% risau penyalahgunaan status AI yang dipercayai dan risiko pelaksanaan kod autonomi

Selain itu, 36% mengakui mereka kekurangan keupayaan pemantauan dan audit terhadap sistem ini, menimbulkan persoalan serius tentang kawalan selepas AI digunakan.

Hampir separuh (48%) organisasi menyokong mekanisme “kill switch” AI untuk menutup sistem sekiranya berlaku kegagalan atau penyalahgunaan, manakala lebih separuh masih belum pasti. Ini menunjukkan organisasi sedang bergerak ke arah AI autonomi tanpa kesepakatan jelas tentang cara mengekalkan kawalan apabila diperlukan.

Rachel Jin menambah, “AI berasaskan agen membawa organisasi ke dalam kategori risiko baharu. Kajian kami menunjukkan kebimbangan sudah jelas daripada pendedahan data sensitif hingga kehilangan pengawasan. Tanpa keterlihatan dan kawalan, organisasi sebenarnya melaksanakan sistem yang mereka sendiri belum faham sepenuhnya dan risiko ini hanya akan meningkat jika tiada tindakan diambil.”

Untuk laporan global penuh: Securing the AI-Powered Enterprise – Governance Gaps, Visibility Challenges and Rising Risk

*TrendAI melantik SAPIO Research untuk meninjau 3,700 pembuat keputusan IT dan perniagaan di 23 negara seluruh dunia.