Kenapa Amerika Syarikat Terus Naikkan Kadar Faedah?

Isu kegawatan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun depan kini hangat diperkatakan.
Ramai penganalisis ekonomi yang bertauliah telah mengeluarkan pendapat mereka mengenai kegawatan ekonomi yang bakal berlaku pada tahun hadapan. Dengan maklumat dan data stastistik yang mereka perolehi, mereka percaya bahawa tahun hadapan merupakan tahun dijangka melesetnya ekonomi dunia.

Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang bakal berdepan dengan krisis ekonomi pada
tahun hadapan. Perkara tersebut menjadi topik yang hangat dalam media perdana di negara itu. Seperti yang sedia maklum, AS merupakan kuasa besar dunia yang pertama dalam dunia ini dan menguasai sebanyak hampir 50% ekonomi dan perdagangan dunia.

Sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi di AS, ia akan memberi kesan domino kepada hampir seluruh negara dalam dunia.

Kitaran Normal Ekonomi Bagi Sesebuah Negara

Ramai penganalisis yang menyatakan pendirian mengenai kemungkinan kemelesetan yang akan berlaku pada tahun hadapan disebabkan faktor semula jadi yang terdapat dalam sistem ekonomi sendiri. Ia dipanggil sebagai kitaran ekonomi yang mana terdapat empat bahagian yang utama.

Bahagian tersebut disebut sebagai expansion, peak, contraction, dan trough. Empat fasa ini wajib dialami dalam setiap kitaran ekonomi dalam dunia ini.

Kredit: Corporate Finance Institute

Kebiasaanya kitaran ekonomi yang berlaku mengambil masa dalam satu dekad. Selepas berlakunya krisis ekonomi dunia pada tahun 2008, dunia dijangka mengalami peristiwa yang sama pada tahun 2018.

Malangnya perkara itu tidak berlaku secara tepat dan ekonomi mula merosot apabila berlaku pandemik Covid pada tahun 2020. Pada tahun tersebut, kita dapat melihat bagaimana hampir semua sektor lumpuh akibat daripada berlakunya wabak Covid yang memaksa banyak ekonomi ditutup.

Setelah kebanyakan negara telah berjaya membanteras wabak tersebut yang akhirnya menjadi endemik pada bulan April tahun ini, kita dapat melihat ekonomi pun mula rancak. Ramai rakyat di dunia mula berbelanja dengan kadar yang luar biasa, sehingga menyebabkan kadar permintaan terhadap sesuatu produk melebihi pengeluaran. Ini menyebabkan terdapat beberapa barangan penting mula terjejas akibat daripada stok terhad; sekaligus menyebabkan harganya melambung tinggi.

Amerika Syarikat Menaikkan Kadar Faedah Bagi Mengukuhkan Nilai Dolar Di Pasaran

Disebabkan permintaan yang melebihi penawaran berlaku dalam pasaran AS, Federal Reserve Amerika Syarikat (Fed) telah menaikan kadar faedah negara itu bagi menghalang kenaikan kadar inflasi yang dilihat semakin rancak berlaku. Sepanjang tahun ini sahaja , Federal Reserve telah menaikan sebanyak 4 kali kadar faedah bagi menentang kenaikan kadar inflasi. Ketika Covid-19 berlaku pada kemuncaknya pada tahun lepas, Federal Reserve telah meletakan kadar faedah pada kadar sifar peratus bagi memberi galakan kepada pengguna supaya berbelanja.

Apabila Federal Reserve menaikan kadar faedah, ia bertujuan untuk mengurangkan mana-mana pihak untuk berbelanja. Perkara ini menyebabkan pinjaman kad kredit, perumahan, pinjaman kereta dan pinjaman untuk pengajian tinggi akan mahal.

Kredit: howsuffworks

Selain itu, kadar faedah yang tinggi kepada mana-mana pengilang sangat tidak bagus kerana ini menjadikan kos pengeluaran semakin mahal. Akibatnya, pengilang akan mengurangkan pengeluaran mereka. Seterusnya apabila barangan dan pinjaman semakin mahal, kebanyakan orang tidak akan berbelanja.

Hal ini dapat mengurangkan kadar inflasi di mana duit tidak perlu dicetak banyak ke dalam pasaran. Kesan daripada peristiwa ini menyebabkan ekonomi berada dalam keadaan meleset. Walaupun ia bagus untuk mengurangkan kesan jangka masa yang panjang, kesan jangka pendeknya ia akan menjadikan sesebuah negara itu menghadapi krisis ekonomi yang teruk.

Buat masa ini AS telah menaikkan kadar faedah bagi mengurangkan kadar inflasi di negara
tersebut untuk mengurangkan kemelesetan yang dijangka berlaku pada tahun hadapan.

Sumber Rujukan:
CNBC

Previous ArticleNext Article

GEAR-uP: KWAP labur RM51 juta dalam Bioscience Nutraceutical

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melabur RM51 juta dalam Bioscience Nutraceutical Holdings Sdn Bhd, pembekal sehenti dan pemilik jenama nutraseutikal di Malaysia, bagi membangunkan ekosistem pasaran persendirian negara menerusi Dana Pemacu.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam Laporan Kemajuan GEAR-uP yang dikeluarkan hari ini berkata, pelaburan itu dilaksanakan menerusi pengurus dana tempatan Mekar Capital dan pengurus dana global Navis Capital.

Menurut laporan itu, pelaburan berkenaan membuktikan modal institusi mampu memajukan sektor kesihatan bernilai tinggi menerusi inovasi nutraseutikal, pengkomersialan produk serta pembangunan jenama premium.

KWAP turut menyokong pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan bersama sebanyak RM210 juta dalam Fasa 1 bagi pembangunan 9,000 katil.

“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pembangunan yang lebih luas untuk menyediakan 28,800 katil menerusi empat projek, dengan jumlah nilai pembangunan kasar kira-kira RM600 juta,” menurut laporan itu.

MOF berkata, pelaburan berkenaan bertujuan mewujudkan persekitaran kediaman lebih baik kepada golongan yang menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.

Laporan itu turut memaklumkan pencapaian setakat Jun 2026 bagi inisiatif Dana Impak Khazanah Nasional Bhd.

Sebanyak 32 syarikat peringkat pertengahan disokong di bawah Mid-Tier Companies Growth Innovation Programme, manakala 21 lagi menerima sokongan menerusi Program ELEVATE 2.0.

Sementara itu, MOF berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memainkan peranan penting sebagai pelabur asas dan pelabur utama strategik dalam penyenaraian berkualiti di Bursa Malaysia.

Langkah itu melengkapkan konsep larian berganti apabila modal yang dipulangkan kepada pelabur modal teroka dan ekuiti swasta boleh dilaburkan semula dalam generasi baharu firma peringkat awal.

Pendekatan berkenaan membolehkan lebih banyak syarikat berkembang secara berperingkat sehingga mencapai tahap sesuai untuk disenaraikan.

Menurut laporan itu, aliran penyenaraian yang berterusan penting bagi mencapai sasaran Pelan Induk Pasaran Modal 2026-2030 untuk meningkatkan permodalan pasaran kepada antara RM5.8 trilion hingga RM6.3 trilion menjelang 2030.

Sokongan kukuh pelabur institusi turut menjadi antara faktor penting bagi memastikan aliran berkenaan kekal mampan.

MOF berkata, GLIC mengurus secara aktif portfolio merangkumi 37 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan sasaran pulangan tahunan 7.5 peratus bagi tempoh 2024 hingga 2028.

Portfolio berkenaan berpotensi menjana nilai sehingga RM100 bilion.

Prestasi pada 2025 melepasi sasaran apabila mencatat pulangan pemegang saham sebanyak 8.0 peratus.

“Memandangkan GLC mewakili kira-kira 27 peratus daripada permodalan Pasaran Utama Bursa Malaysia, keuntungan ini disalurkan semula kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWAP, Permodalan Nasional Bhd dan Tabung Haji untuk meningkatkan simpanan persaraan rakyat Malaysia,” menurut MOF.

Menurut laporan itu, GLIC memacu penjanaan nilai portfolio menerusi tiga pendekatan utama, iaitu menyediakan laluan keluar bagi kitaran modal, memperkukuh kredibiliti untuk pasaran lebih luas serta membina asas pemilik jangka panjang yang stabil.