Negara Boleh Raih Hasil RM1 Bilion Sebagai Permulaan Dengan Pengenalan GMT

CYBERJAYA, 6 April (Bernama) — Negara boleh memperoleh hasil RM1 bilion sebagai permulaan apabila cukai minimum global (GMT) diperkenalkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata rang undang-undang (RUU) yang berkaitan diharap dapat dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.

Ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini, Ahmad berkata kertas berkaitan RUU tersebut sedang disediakan oleh Bahagian Cukai Kementerian Kewangan (MOF) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara.

Mengenai maklum balas daripada syarikat multinasional yang bertapak di negara ini berhubung pelaksanaan GMT, katanya mereka perlu akur dengan standard antarabangsa selain tiada pilihan lain kerana isu cukai tersebut telah dibincangkan sejak dua tahun lepas.

“Perkara itu (GMT) memang perlu dilaksanakan dan boleh menjadi sumber baharu bagi hasil cukai negara, mungkin selepas diperkenalkan, kita boleh dapat RM1 bilion sebagai permulaan,” katanya.

Malaysia secara dasarnya bersetuju melaksanakan GMT sebanyak 15 peratus kepada sesetengah syarikat multinasional. Malaysia antara 136 negara yang diumumkan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) sebelum ini sebagai negara yang sudah bersedia melakukan reformasi sistem percukaian antarabangsa tersebut.

Pelaksanaan sistem cukai itu untuk memastikan entiti perniagaan membayar cukai secara adil di negara hos dan mengelak kebocoran cukai.

Mengenai Program Pengakuan Secara Sukarela (PPSS) LHDN sebagai strategi perluasan hasil cukai, Ahmad berkata ia akan dilaksanakan bermula 1 Jun depan dan berakhir pada 31 Mei 2024.

“Program ini dijangka melibatkan sebanyak 50,000 pembayar cukai dengan anggaran kutipan cukai bernilai RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata pembayar cukai dinasihatkan untuk ke pejabat LHDN apabila program itu mula dilaksanakan kepada mereka yang layak sebelum aktiviti audit dan siasatan iaitu prosedur biasa LHDN untuk diambil ke atas mereka.

— BERNAMA

TAG:

Previous ArticleNext Article

Pos Malaysia Laksana Pelan Transformasi Kurangkan Kerugian

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) di bawah DRB-HICOM Bhd (DRB-HICOM) akan melaksanakan pelan transformasi bagi mengurangkan kerugiannya, antaranya dengan memberi tumpuan kepada rasionalisasi rangkaian, pengembangan saluran digital dan pengurusan berhemat.

Menurut Kementerian Komunikasi, setakat ini Pos Malaysia telah mencatatkan peningkatan prestasi kewangan apabila merekodkan pengurangan kerugian bersih sebanyak RM19.5 juta bagi suku pertama 2026 berbanding RM41.5 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

“Pengurangan ini merupakan kerugian suku tahunan terendah dalam tempoh empat tahun, disokong oleh peningkatan hasil daripada perkhidmatan sijil digital dan percetakan, prestasi segmen penerbangan yang lebih kukuh serta pengurangan kerugian dalam segmen perkhidmatan pos,” jelasnya dalam jawapan bertulis yang disiarkan dalam laman sesawang Parlimen hari ini.

Kementerian Komunikasi berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew mengenai sama ada kerajaan akan memberikan bantuan kewangan kepada Pos Malaysia memandangkan rekod kerugian syarikat tersebut di bawah DRB-HICOM.

Pada masa sama, kementerian berkata kerajaan amat menggalakkan usaha transformasi dan pemodenan operasi yang dilaksanakan oleh Pos Malaysia.

“Sebarang bentuk sokongan kerajaan akan dipertimbangkan berdasarkan dasar semasa, kedudukan kewangan kerajaan, keperluan penyediaan perkhidmatan sejagat dan kerangka kawal selia yang berkuat kuasa,” katanya.

Selain itu, tambahnya, kerajaan menganggap bantuan kewangan secara langsung kepada Pos Malaysia bukan satu langkah utama, sebaliknya akan mewujudkan mekanisme pembiayaan yang lebih mampan bagi menampung kos penyediaan perkhidmatan.

Sehubungan itu, jelasnya, kerajaan sedang meneliti penubuhan Kumpulan Wang Perkhidmatan Pos sebagai mekanisme jangka panjang bagi menyokong penyediaan perkhidmatan pos di kawasan yang kurang berdaya maju secara komersial, tanpa menjejaskan kemampanan industri secara keseluruhan.

–BERNAMA