Penetapan Mekanisme Bagi Subsidi Bersasar Sudah 75 Peratus Selesai – Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) — Penetapan mekanisme bagi subsidi bersasar telah 75 peratus selesai, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan. 

Beliau berkata mekanisme tersebut berkemungkinan akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 yang dijadualkan pada Oktober depan. 

“Ia masih lagi diperhalusi. Ia (subsidi bersasar) sudah dimulakan iaitu di Tabung Haji kepada mereka yang menunaikan haji baru-baru ini. (Kumpulan) T20, M40 dan B40 ada kadarnya dan T20 langsung tidak diberi (subsidi), elektrik juga sudah mula. Jadi, sudah tiba masanya untuk diesel dan RON95. 

“Kita masih lagi memperhalusi dan masih belum ada lagi kemuktamadan kaedah yang ingin dilakukan. Belum ada kaedah yang benar-benar muktamad mengenai bagaimana cara untuk melaksanakannya. Bagaimanapun, keputusan subsidi bersasar itu sudah dibuat,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis menandatangani Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK) antara Malaysia dan Maldives di Bangunan Parlimen hari ini. 

Katanya kaedah pelaksanaan subsidi bersasar masih lagi belum dimuktamadkan sama ada menerusi penggunaan kad pengenalan, kad khas atau menggunakan kuasa kuda (cc) kenderaan serta data pengenalan senarai T20, M40 dan B40. 

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata kerajaan dijangka akan melaksanakan pemberian subsidi bersasar, termasuk untuk petrol RON95 dan diesel, mulai tahun depan.

Mengulas sama ada mekanisme subsidi bersasar itu akan diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024, beliau berkata ia berkemungkinan akan diumumkan kerana ia melibatkan pelaksanaan dasar baharu. 

— BERNAMA 

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.